Movie Review : Parineeta

Monday, 15 July 2019


Director : Pradeep Sarkar
Writer : Vidhu Vinod Chopra, Pradeep Sarkar
Cast : Vidya Balan, Saif Ali Khan, Sanjay Dutt, Raima Sen, Dia Mirza
Distributor : Vinod Chopra Productions
Genre : Romance/Drama
Running Time : 131 minutes
Release Date : 10 June 2005
Trailer :


Zaman awal 2000, ramai yang layan movie romantic lakonan #TheKhans sehinggakan sekarang pun masih keluar bersiaran di TV! Tapi sebenarnya ada je lagi movie romantic drama dari pelakon lain yang best nak layan.  


Diadaptasi dari novel tahun 1913 karya Saratchandra Chatterjee, Parineeta mengisahkan tentang Shekhar (Saif Ali Khan) dan Lolita (Vidya Balan) yang berjiran dari kecil lagi. Lolita berpindah ke kawasan tu selepas parents dia mati dalam accident dan tinggal dengan keluarga saudara. Disebabkan Lolita berbakat dalam seni muzik, dia selalu datang ke rumah Shekhar untuk create lagu sama-sama. 


Disebabkan Shekhar kaya, masalah duit tak pernah jadi isu since Shekhar bagi kunci duplicate kepada Lolita. Berapa banyak Lolita nak ambil pun dia tak kisah. Bukan setakat rapat dengan Shekhar je, mak dan pembantu rumah Shekhar pun senang bila Lolita datang sebab pandai memasak. 


Bila tengok bonding vibe Lolita dengan semua ahli keluarga Shekhar, you guys akan perasan suasana tu macam dalam movie Devdas. Even perangai Shekhar pun lebih kurang sama dengan Devdas. Tapi bezanya Shekhar bukan sejenis pengecut lah, dia memang tahu apa dia nak dalam hidup dia. Kenapa lebih kurang sama dengan Devdas? Sebab penulis novelnya orang yang sama. 


Disebabkan sayang dan cinta pada Lolita, dia sanggup buang harta yang ada untuk hidup dengan Lolita. Lolita pun sejenis yang setia orangnya. Walaupun Girish (Sanjay Dutt) datang bantu selesaikan hutang keluarga dan bantu perubatan pakcik Lolita, dia tetap dengan keputusan untuk setia dengan Shekhar. 


Suka tengok karakter mak Shekhar dalam movie ni sebab dia suka dengan Lolita tapi dia takut nak defend cinta anak dia bukan sebab takut dengan suami tapi dia taknak Lolita terkurung dan terpaksa patuh dengan kehendak suami. Lolita ada bakat besar apart than being a housewife. 

Not to degrade tapi konsep housewife dalam movie ni berbeza dengan sekarang. Plot masa movie ni tahun 60-an so mostly perempuan tak dibenarkan bekerja. Dan ayah Shekhar pun sejenis biadap bila dia anggap Lolita sebagai pelacur and he’s quite abusive. Semua masalah berpunca dari ayah Shekhar sebenarnya. He’s the villain and main culprit in their love story.  


Jalan cerita cantik except part Shekhar buat keputusan terburu-buru dengan bersetuju untuk kahwin dengan Gayatri (Dia Mirza) disebabkan cemburu dengan Lolita, chemistry antara Saif-Vidya pun looks nice onscreen. Tak sangka movie debut Vidya Balan dah pergi jauh sampai ke Film Festivals.What a talent!


Visual dan tema movie ni pun cantik, bila layan movie ni dapat rasa la vibe tahun 60-an di India masa tu, the setting, wardrobe, hair style, decorations semua kena dengan gaya zaman tu. Even the songs quite nice. Suka lagu Kaisi Paheli Zindagani sebab ada Rekha and the song itself. 


Recommended much for those yang nak layan genre romantic drama dengan lagu yang best dan happy ending of course.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.3/10

8 comments

  1. Kalau happy ending plus lagu2 best boleh masuk list utk ditonton nanti :)

    ReplyDelete
  2. Dah lama sgt x layan movie hindustan ni...:)
    tapi pelakon² dia kita minat

    ReplyDelete
  3. jarang tgk filem hindi yg diadaptasi drpd novel. kalau kisah benar tu, selalu jg kan?

    ReplyDelete
  4. Suka tengok hindustan... Sebb nak tgk view temp at diaorang berlakon cantik cantik 🌹🌹

    ReplyDelete
  5. jarang suda tengok hidustan ni.. skrg sy gila anime haha

    ReplyDelete
  6. deep citer ni berkisar kisah semasa

    ReplyDelete
  7. dulu memang suka layan hindustan tapi khan yg ni kurang minat sikit..hehe

    ReplyDelete
  8. Masa kecik layan hindustan, panggung sabtu, sekarang dah tak rajin dah tengok cite hindustan

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.