Bila tengok filem yang bertemakan haiwan ni hati rasa aww sangat. Dalam filem ni menceritakan tentang gajah yang jadi buruan pemburu haram untuk gading gajah. Dekat market boleh cecah harga juta dollar.
Dipankar Nair buka sanctuary untuk memelihara gajah di Kerala dan dibantu oleh Shankara (Pooja Sawant) dan Jayesh. Anak Dipanka, Raj (Vidyut Jammwal) bekerja sebagai veterinar di klinik dia sendiri di Delhi. Dia ada keistimewaan boleh faham haiwan sampai Meera (Asha Bhat) nak interview Raj untuk website dia.
Raj balik ke Kerala untuk majlis funeral ibu dia lepas 10 tahun meninggal disebabkan kanser. Dah lama dia tinggalkan Kerala sebab bergaduh dengan ayah dia terlampau attach dengan hutan sampai taknak keluar untuk rawat ibu dia. Gajah yang berkawan dengan dia sejak kecil, Bhola dan Didi dah besar dan bakal dapat anak.
Sayangnya kebahagiaan tu tak lama pun bila Bhola dan kawan-kawan yang lain dibunuh disebabkan gading yang cantik dan panjang. Didi cuba untuk tolong Bhola tapi dah terlambat. Senasib dengan Dipankar ditembak mati dengan pemburu haram Keshav Kotian (Atul Kulkarni). Dev (Akshay Oberoi), renjer hutan inform kepada polis untuk buat roadblock tapi diorang dah plan macam mana nak lepas dari situ.
Raj nak balas dendam untuk kematian ayah dia dan Bhola tapi Dev halang supaya biarkan gading tu dijual. Setiap tahun memang dia akan biarkan 2 atau 3 gading supaya dapat selamatkan kampung daripada terjejas teruk. Memang tak lah Raj nak layan Dev merepek.
Jalan cerita Junglee ni kalau diperkemaskan lagi mungkin tinggalkan impak yang lebih kuat especially scene Raj dengan haiwan. Suka sangat tengok Raj bonding dengan Bhola dan Asha. Dulu masa kecil tengok Haathi Mere Saathi pun awwwwdorable bila tengok scene gajah.
Bukan namanya movie Vidyut kalau tak bahagia tengok action stunt dia since dia lakonkan sendiri semua stunt. Untuk movie Junglee Vidyut belajar martial art Kalaripayattu sebab director Hollywood, Chuck Russell suka dengan budaya India. Dia nak Vidyut serlahkan dalam movie ni.
Yang cantiknya bila Vidyut campur seni Kalaripayattu tu dengan lenggok gerakan Komodo dragon, kala jengking dan ular. Scene dekat dalam bilik siasatan tu the best! Action stunt director dalam movie Junglee ni pernah bekerja dengan Jackie Chan dalam franchise movie Rush Hour so dia gunakan stunt yang sama untuk Vidyut.
Dalam movie ni boleh nampak keindahan kawasan luar bandar di Kerala, cantik sangat! Budaya masyarakat Kerala buat perayaan ataupun majlis funeral. Wardrobe for sure lah meriah, sama jugak dengan hiasan berbunga tu.
Suka sangat tengok cara diorang makan dalam majlis ni sebab tak guna pinggan pun tapi guna daun pisang. Minum air kelapa sorang sebiji. Boleh buat masa wedding ni tapi kalau harga kelapa tak mahal lah.
Music score untuk movie ni biasa je dan tak banyak macam movie Hindi lain. Ada 3 lagu je itupun diletakkan sekali dengan cerita dan letak di credit scene. Maybe sebab team ramai dari production Hollywood so diorang tak fokus sangat dengan music score padahal audience Bollywood pentingkan bab ni. Lagu Fakeera Ghar Aaja paling best.
Recommended movie Junglee ni since it’s a family entertainment and sampaikan mesej protect haiwan. Another stunt movie terbaik dari Vidyut haihh I’m a a fan! Tak sabar nak tunggu Commando 3 bulan September nanti.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.8/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Wah.. menarik nie.. boleh tengok dengan anak2.. bebudak sukalah kalau ada haiwan nie..
ReplyDelete