Cast : Kimberly Hough, Bo Yokely, Aaron Sherry, Zachary Williams
Production Company : DBS Films Orlando
Genre : Horror
Running Time : 67 minutes
Release Date : 22 June 2019 (USA)
Trailer :
Tak banyak info dapat pasal movie ni tapi baguslah sebab
orang boleh anggap macam movie ni tak pernah wujud je sebab menyesal invest
masa tengok movie ni.
Movie tentang 3 orang Youtubers – Amy (Kimberly Hough), Nick
(Aaron Sherry) & Jimmy (Bo Yokely) yang masuk ke dalam The Rodwick Forest, hutan yang paling
berhantu di US. Siapa yang masuk dalam hutan tu memang tak akan keluar balik
dan polis tak jumpa mayat mangsa yang hilang.
Kata penduduk di situ permulaan kehilangan ni bila
GretaFullmer culik 13 kanak-kanak dan
wanita masuk ke hutan dan bunuh semua orang dan diri dia sekali. Mayat 13 orang
mangsa culik tu semuanya mengelilingi mayat Greta.
Sampai sekarang dah 43 kes hilang sejak tahun 1968 kecuali kes
ayah Cassey. Tips untuk keluar dari hutan ni mudah, jangan masuk seorang diri.
Sebelum masuk hutan tu diorang interview Mr. Morgan (Zachary Williams) yang pernah bekerja selama 7 tahun dekat situ. Mr. Morgan bagitahu bila dia
masuk untuk check kawasan taman tu, ramai yang advise supaya jangan pergi dekat dengan hutan berpuaka tu. Selalunya dia akan dengar macam-macam jenis bisikan
dan kali terakhir yang buat dia decide untuk berhenti bila dia jumpa mak dia
walhal mak dia dah lama meninggal.
At first diorang macam tak percaya sangat pun hutan tu
berhantu tapi bila diorang jumpa ayah Cassey dan temankan dia jumpa anak dia
dalam hutan, diorang decide untuk teruskan misi untuk record alam angker The
Rodwick Forest sebab diorang berjaya record suara Cassey ketawa dalam hutan tu.
First half movie ni memang not bad walaupun tak banyak rasa
seram atau saspen tu tapi curious dan excited juga nak tahu apa misteri hutan
tu especially bila dengar suara Cassey berinteraksi dengan ayah dia.
Masuk second half rasa menyampah sebab director cipta
keadaan tak sengaja dan ketegangan antara diorang bertiga. I mengharapkan hantu
dekat situ kacau sampai diorang split up tapi lain pulak jadi. Hambar.
Walaupun movie ni cuma pakai camera yang diorang bawa dan
CCTV tapi visual dia agak bagus. One thing I puji movie ni tak ada scene gelap
macam typical horror movie yang lain. Lakonan pun okay cuma jalan cerita je
agak longgar. Plus rasa sakit hati juga bila ranger hutan tu dah bagitahu
risiko masuk dalam hutan tu tapi diorang bertiga ignore or maybe panic.
But still tak boleh terima scene diorang bergaduh tu sebab
benda tu kalau dah jadi isu dekat awal cerita mungkin jalan cerita lagi cantik.
Mungkin je lah sebab Amy tetap menyusahkan bila lupa bawa ubat sawan.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4.
Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3,
9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 5/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Mcm best mcm tak best juga ...ok, better jgn tengok ... Tunggu review lain cerita horrow dari Pana, kot2 ada yg lagi umphhh.
ReplyDeleteTak pernah pula nampak pasal filem ini.. Baca review Farhana nie baru tahu..
ReplyDelete