Cast : Aaron Jay, Dean J. West, Ashley Lenz, Jaren Mitchell, Joseph McRae, Manon Pages, Nick Shoemaker, Eric LeBlanc, Kristina Arntz
Production Company : Right And Left Studios, Mama’s Boy Production, Evil Penguin Films
Genre : Horror/Thriller
Running Time : 82 minutes
Release Date :
Trailer :
‘Your next ride might be your last’
Movie macam ni memang sesuai lah nak naikkan tahap ketakutan untuk book e-hailing service. Movie yang diarahkan, ditulis dan dilakonkan sendiri oleh Aaron Jay ni mengisahkan tentang friendship URYDE driver, Brandon (Aaron Jay) dengan penumpang dia (Dean J.West).
Penumpang dia kata dia ada rough night sebab kantoi dengan awek, Megan (Michelle West) bila hp dia ada gay dating apps. Dia kata dia cuma nak explore je sexual desire dia ke arah mana. Tapi lepas jumpa lelaki tu dia dapat jawapan yang dia sayang awek dia.
So Brandon ni bagi encouragement and advice supaya Judd pujuk dan confront masalah ni dengan awek dia sebab relationship diorang dah cecah 2 tahun and live-in relationship so it’s quite strong untuk dibuang macam tu je.
Dalam masa dia selesaikan masalah kawan baru, dia banyak juga bercerita tentang relationship dia dengan tunang dia, Steph (Ashley Lenz). Brandon suka panggil Steph, fuzzy. Setiap malam dia akan balik lambat tapi malam tu dia tak balik.
Pagi esoknya Steph dah kena gari dekat meja makan dan dipaksa makan oleh someone yang mengaku dia Brandon. Steph nak menjerit tapi ‘Brandon’ bukan setakat ugut guna mulut tapi fizikal sekali. Dia just play along since dia ada major in psychology.
‘Brandon’ yang Steph jumpa bukan biasa-biasa bila dia bunuh Simon (Jaren Mitchell), si wedding planner guna pisau dapur bila Steph suruh Simon minta bantuan polis. Jiran sebelah rumah pun kena langgar tanpa belas kesian bila dia cuba tolong.
Jalan cerita ni senang je boleh agak tapi disebabkan director bermain dengan beberapa timeline berbeza dalam satu masa buat audience tertipu dengan watak utama cerita ni. And yes watak utama bukan watak hero. I tak nak reveal banyak nanti jadi spoiler. All I can say is the trick works!
Walaupun screentime setiap character ni tak lama tapi tak rasa nak tahu pun kenapa dia ni nak bunuh kea pa because kita dah sedia maklum serial killer memang bunuh secara rambang. I must say lakonan tak lah bagus mana tapi terselindung dengan camera tricks yang director guna sepanjang movie which is great lah. Jimat kos untuk hasilkan movie bagus.
At first macam ragu-ragu nak tengok tapi bila datang passenger misteri ni terus rasa dia ada something cuma kita tak boleh nak agak apa akan jadi. He’s unpredictable since dia ni psiko so term belas kasihan tu tak wujud. Kalau lemah semangat jangan tengok sebab ngeri cara dia bunuh. Lagi satu hal, dia bunuh dalam masa yang tak dijangka so banyak kali terkejut.
Since pengarah, penulis skrip dan pelakon ialah orang yang sama, dari movie ni you guys can tell talent dia memang wow. Movie ni masuk Madrid International Film Festival dan menang Best Director & Best Feature Film so you guys need to watch this!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.9/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Wow pengarah, penulis skrip dan pelakon orang yang sama! Dasyat nih.. all in one ")
ReplyDeleteBest Feature Film? Nanti ahh kalau ada feel baru tengok hahab
ReplyDelete