Apa perasaan bila dapat Whatsapp dari member diorang tengah melepak walhal kau tengah bosan dekat office? Geram lah kan? Disebabkan dah 3x diorang ni lepak makan tak ajak, diorang plan nak turun Subang lepak dinner sama-sama.
Since area Subang Airport ni bukannya ada tempat lepak best sangat, I just suggest makan dekat Citta Mall try restoran MAKAN sebab restoran ni baru je buka and I tak pernah try makan lagi.
I nak makan dekat sini sebab ternampak deco restoran dia agak cantik, kemas dan bersih plus harga pun tak la mahal mana. Just nice lah for me.
Thank God my girls okay je nak makan dekat sini sebab diorang just nak lepak je. I yang tengah kebulur sebab dah cecah time untuk I dinner.
Uniknya dekat restoran ni ada Nasi Bon Bon, macam nasi yang dikepal bulat kecil macam bebola so if you guys pilih menu berlauk, dia akan bagi option untuk makan dengan nasi biasa ataupun nasi bon bon ni.
I nak try tapi I tak ada mood lagi nak makan yang unik so I just ordered Tom Yam with plain rice je and Teh Tarik Leleh. My girls order keropok lekor with cheese, buttermilk chicken with plain rice, honey lemon tea and mint water.
Idk for sure rasa keropok lekor ni since my friend yang order tapi gaya dia makan tu macam sedap sebab dia kata cheese ni bukan jenis cheese murah bancuh air tu. Next time I datang I'll order this one sebab keropok dia pun nampak rangup.
Set tomyam ni berbelas ringgit jugak tapi tak menyesal lah beli sebab penuh dengan bahan bukan penuh dengan bawang atau lengkuas dan halia. Cuma yang buat spoilnya semua bahagian ayam yang dia masukkan tu bahagian isi so cepat sangat la kenyang.
For me kuah dia memang pekat, enjoy hirup kuah sampai dah penuh perut. Itupun tak habis makan sebab banyak.
Dekat area Subang Bestari dengan Airport ni memang susah nak cari menu buttermilk yang sedap. Kadang tu ada yang cair sangat kuah dia, berminyak je lebih. Yang sedap dekat area yang dekat dengan rumah ni dekat
Kafe Stalker's, kedai Fattah Amin.
Now I dah jumpa buttermilk sedap dekat restoran MAKAN ni, tak perlu dah pergi jauh sampai sana sebab dekat sini dah ada. Kuah creamy pekat, ayam pun besar and crispy. Oh ya sembang pasal crispy, dekat MAKAN ni ada ayam rendang crispy tau!
I definitely in love with their Teh Tarik Leleh, memang sedap! Kena la dengan tekak, tak bersusu sangat, tak pahit teh sangat. Just nice je teh tarik dia. Fav!
So far, I enjoy makan dekat MAKAN CULTURE ni. Nanti kalau datang tengok wayang dekat sini, I confirm punya lah singgah dekat sini for lunch or dinner. Lepas dah habis makan, kitorang bergambar dekat sini sebab geram tengok tudung saji ni.
Bukan setakat happy dapat lepak and makan sedap je, layanan staff dekat sini pun terbaik. Akak ni tukang ambil gambar kitorang for that day. Baik and ramah sangat.
I personally recommend sangat you guys makan dekat sini kalau singgah Citta Mall since I pun akan repeat lagi lepasni sampai I bosan. And for my girls yang gigih datang dari Putrajaya redah jam untuk lepak sekali, thank you is such an understatement. Super love!
dah lama tak makan keropok lekor lepas baca kat iium confession betapa kotornya kilang kopok lekor ni...hihihi..terpengaruh la sikit...
ReplyDeleteterliur pula tgk buttermilk chicken tu
ReplyDeletemenarik tempat makan nya.. tertarik dgn pelbagai minuman tu..
ReplyDeleteMemang fell in love terok laa kalau tengok tempat makan deco lawa-lawa nih..
ReplyDeleteWah lawa tempat makan ni
ReplyDeletehiasan dalaman dia, wow nya.. tomyam tu, pergh.. selalu kalau order penuh dengan bawang je.. tapi bila penuh dengan isi cam tu memang bahagialah..
ReplyDelete