Pelakon : Janna Nick, Baim Wong, Syafiq Kyle,Mimi Lana, Maria Farida, Eizlan Yusof, Marissa Yasmin,Azizah Mahzan, Dini Schatzmann, Jay Iswazir, Aishah Azman
Genre : Drama/Cinta
Jumlah Episod : 20 Episod
Tarikh Tayangan : 5 Jun 2019 – 2 Julai 2019
Syarikat Produksi : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Penyiaran : TV3
OST : Bukan Cinta AKu – Dinie & Khai
Trailer :
Masa raya haritu opah pasang drama ni, quite okay lah masa tu dengan OST dia pun best rasa macam nak layan the entire drama tapi kecewa betul dengan team production. Why?
Mengisahkan tentang cinta Arjuna (Baim Wong), pemandu kepada keluarga Riana (Janna Nick) di Florence, Italy. Nampak je baik Datin Raihan (Maria Farida) dengan Dato’ Azhar (Eizlan Yusof) tapi bila tahu percintaan Riana-Arjuna, disepaknya Arjuna keluar dari rumah. Hilang punca pendapatan Arjuna untuk sara dia dan ibu dia yang buta (Azizah Mahzan).
Riana pula terpaksa kahwin dengan anak kawan baik mak dia, Aunty Kelly (Marissa Yasmin). Tengku Isma (Syafiq Kyle) yang tengah bercinta dengan Qisya (Mimi Lana) ikut je kehendak mak dia. 5 tahun bercinta dengan Qisya tu lenyap macam tu je lah.
Qisya pula mengamuk bila dia dapat tahu Isma nak kahwin dengan Riana. Dia sanggup ajak Isma kahwin lari sebab dia tahu Isma kena paksa tapi Isma taknak. Sam (Fizo Omar), kawan Isma jadi penasihat tak bergaji untuk Isma dengan Qisya tapi sia-sia je sebab pandangan dia tak pernah diambil peduli pun. Housemate Qisya, Lily (Aishah Azman) kuatkan semangat Qisya supaya move on dari Isma.
Remy (Dini Schatzmann) cuba selamatkan kakak dia daripada berkahwin dengan Isma walaupun dia yang cuba pisahkan Riana dengan Arjuna tapi dia pun tak sanggup tengok kakak dia sakit. Sia-sia bila Isma dapat hidu plan diorang berdua.
Geram dengan Riana dan Arjuna, dia tembak Arjuna, suruh bodyguard belasah Arjuna lepastu tinggalkan dalam hutan dan belasah sekali housemate Arjuna sebagai amaran supaya jangan ganggu Riana lagi.
Perkahwinan Riana dengan Isma tak bertahan lama pun sebab Riana tak layan Isma ataupun hormat dia sebagai suami. Dia tetap dengan cinta dia pada Arjuna. Sudahnya Isma hantar Riana ke Indonesia (dibaca Terengganu) untuk berjumpa dengan Arjuna.
Jalan cerita drama ni sebelum Riana kahwin memang terhibur lah nak layan bila Riana bercinta dengan Arjuna sebab watak Arjuna tu kelakar walaupun menyampah tengok watak Riana yang over. Tapi kalau dah Arjuna suka, siapa kita nak pertikai ye dok?
Bila masuk part Riana-Isma kahwin dah menyampah dah sebab Arjuna tak muncul except flashback sampai la episod 18. Sebagai manusia yang hadap drama ni sebab Arjuna, penantian tu satu penyeksaan jugak lah. Ingat tak penat nak hadap Isma yang saiko tu?
Ramai pertikai kenapa Riana tak bagi peluang dekat Isma, kenapa Riana tak appreciate apa Isma buat, kenapa biar Isma jadi dayus. Heiii kau orang tak tengok ke Isma tembak Arjuna? Mak dia suruh Isma kahwin dengan Riana pun sebab tamak dengan harta bff dia je. Dah lah buang Qisya.
Nak tengok cinta Isma, tengok macam mana dia layan Qisya. Tak ada salah apa pun Qisya tu, tahu tahu dah kena buang macam tu je. Beria kata sayang sudahnya kena buang. Kau rasa? Riana dah nampak macam mana Isma buang Qisya, buat apa dia nak terima Isma dalam hidup dia? Arjuna layan dia jauh lagi bagus dari Isma.
Lepas kahwin mana ada Aunty Kelly datang jenguk Riana pun, bonding mertua-menantu tak pernah wujud pun dalam drama ni. Bond mak Arjuna dengan Riana lagi sweet tau, memang tak lah Riana nak terima Aunty Kelly dengan Isma.
RAMAI SUKA DENGAN ISMA SEBAB DIA SYAFIQ KYLE JE KAN?!! CUBA KALAU AMIR EFFENDI YANG BERLAKON, MESTI RAMAI YANG MAGHOH.
Tak suka cara director highlight pasal dayus siap letak watak Adi (Jay Iswazir) nak remind pasal dayus dekat Isma. Dia tak marah pulak Isma tembak kawan dia. Merepek je masuk acah deliver nasihat padu. Scene Isma jumpa ustaz tu pun sama. Apa nak sembang pasal dayus? Isma tak cerita pulak dia aniaya Qisya dengan Arjuna? Dosa dia tidur dengan Qisya? Kenapa ustaz tak suruh taubat? Kenapa dayus? Merepek.
Walaupun sakit hati tengok drama ni tapi suka tengok Azizah Mahzan berlakon sebagai Bonda Arjuna, cara dia bercakap tu memang sama dengan orang Indonesia. Cuma screentime dia tak banyak. Baik la bagi screentime dekat dia daripada melayan Riana-Isma. Dini Schatzmann pun did a good job as Riana's brother walaupun dia nampak mengah nak bercakap Melayu.
Drama ni kalau nak layan kecantikan Florence Italy dengan Kuala Terengganu memang nice lah sebab cantik walaupun air laut hitam. Suka tengok diorang bina pondok siap ada kolam untuk Arjuna. Cantik!
Suka tengok wardrobe semua watak dalam ni especially layer ombre skirt Riana. Tapi sakit mata tengok hasil kerja jurusolek. Tempek foundation dekat muka Arjuna kau blend la betul-betul. Awal drama tu muka Maria Farida contour pun tak habis blend. Dia ingat orang tak tengok ke drama ni?
Drama ni bukan setakat jalan cerita dia je nampak malas, editing pun sama.
Tak tahu lah Arjuna perasan ke tak rambut kerinting dia hilang dekat laut.
Anyway, bazir masa tengok drama BCA ni sebab director highlight watak Isma bukan sebab tak suka Syafiq Kyle tapi Isma deliver mesej yang salah dekat audience. Lepas watak Ustaz Adam entah kenapa Syafiq terima watak Isma. Mungkin sebab ada Mimi kot.
Drama ni kena lah dengan tajuk dia. Arjuna tak dapat cinta dia, Riana pun tak dapat cinta dia, Isma dengan Qisya pun sama. Habis semua orang tak dapat.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.1, 10. Personal Thought +0.1 = 4.3/10
Walaupun saya boleh dikatakan minat jugalah dengan Syafiq Kyle, tapi saya tak tengok pun drama ni. Lepas baca review Kak Farhana, saya rasa nasib baiklah saya tak tengok. Kalau tak, mesti stress dengan watak Isma tu😆.
nsbla akak tak layan cite nih, tp ada la tgk masa raya aritu sbb adik2 layan... cuma akak mcm annoying nengok lakonan janna tuh, si arjuna tu nampak mcm best sbb watak dia... tp pastu tak tgk dhla... cuma mlm td ramai la kwn2 up kt fb psl ending cita nih hehehhe... nsb la akak tak ikut klu tak, akak pun sekali sakit hati
aida folo tgh2 citer. ending nyer pun, x dpt nak tau sgt. byk baca kome negatif. but dunno what happen. esok2 ada time, nak search balik 2-3 last episod.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Walaupun saya boleh dikatakan minat jugalah dengan Syafiq Kyle, tapi saya tak tengok pun drama ni. Lepas baca review Kak Farhana, saya rasa nasib baiklah saya tak tengok. Kalau tak, mesti stress dengan watak Isma tu😆.
ReplyDeletensbla akak tak layan cite nih, tp ada la tgk masa raya aritu sbb adik2 layan... cuma akak mcm annoying nengok lakonan janna tuh, si arjuna tu nampak mcm best sbb watak dia...
ReplyDeletetp pastu tak tgk dhla... cuma mlm td ramai la kwn2 up kt fb psl ending cita nih hehehhe... nsb la akak tak ikut klu tak, akak pun sekali sakit hati
masih nampak syafiq kyle sebagai Johan dalam tanah kubur
ReplyDeleteBosanlah cerita ni huhu. Si Riana tu macam dah terlalu obsess. Arjuna pun sama. Cinta ni kena bersederhana. Kalau tak, gitu la. Isma gak rilek haha
ReplyDeletetak follow sgt tapi ada juga tengok sikit. xboleh masuk dengan drama ni dengan watak riana yg over sgt.
ReplyDeletetak follow tapi bila baca reviw Farhana nie memang tak nak tengoklah.. dah semua tak dapat cinta.. tak best.. hehehe
ReplyDeleteaida folo tgh2 citer.
ReplyDeleteending nyer pun, x dpt nak tau sgt.
byk baca kome negatif.
but dunno what happen.
esok2 ada time, nak search balik 2-3 last episod.