Tahun 2019 Aishwarya sebagai duta utama L'oreal datang agak lewat sikit bila schedule dia selepas
Deepika dan penghujung Cannes. Macam tahun-tahun sudah, Aish akan datang dengan Aaradhya.
Kalau tahun lepas Aish menyerlah dengan dress ala butterfly dia tapi tahun ni agak debatable style dia. Mungkin ada yang kata unik, mungkin juga nampak tak kena.
1. Red Carpet - A Hidden Life Premiere
Hari pertama muncul di Cannes dah bergaya di red carpet dengan warna emas hijau metalik bertemakan ikan duyung dengan juntaian beberapa lapis kain dari material dan warna yang sama. Agak kecewa dengan kolaborasi Aish dan Jean-Louis Sabaji Couture.
Dalam sketch dress ni nampak lawa tapi bila presented in real look, nampak hideous sangat disebabkan warna dan material kain. Bab makeup dan hairstyle, on point she looks beautiful.
2. Red Carpet - La Belle Epoque Premiere
Kalau Deepika tampil dramatik dengan dress hijau pucuk pisang, Aish pula selesa dengan dress ekstravaganza dari koleksi Ashi Studio. For me, dress putih ni nampak sarat sangat dengan bulu di bahagian atas dan tambahan corak berbentuk hati di bahagian tengah.
Di bahagian belakang dress sarat dengan trail bertingkat dengan material kain organza putih. It's too much to carry actually. Aish nampak tenggelam dalam dress ni. Even makeup pun nampak tenggelam, padanan bold eye makeup dan lipstick berona pink lembut. Messy bun also a no no.
3. L'oreal Event
Untuk acara off carpet dan interview L'oreal, Aish pilih untuk bergaya dengan denim maxi jacket dipadankan dengan shirt putih dan juga denim jeans. Hiasan bunga berwarna kelabu di jacket dan jeans yang serlahkan gaya Aish.
Dengan gaya rambut curl yang dibiarkan lepas dan lipstick merah terang dipadankan dengan heels merah, Aish nampak ranggi dan elegan di Cannes.
4. L'oreal Interview
Stripe dress dari koleksi Leal Daccarett untuk interview di Cannes dan oversized Armani shade dengan gaya makeup yang sama dengan sebelumnya. Nothing much to impress pun sebab repetitious look.
Gaya ni sama dengan gaya Sonam di Cannes tahun lepas cuma bezanya stripe menegak which looks better sebab serlahkan cutting Sonam walaupun stripe tu agak berisiko untuk digayakan. Sama juga dengan gaya Huma tapi tak secantik Sonam lah. Sorry Huma.
5. Photoshoot L'oreal
Tak jauh beza pun dengan penampilan sebelumnya, cuma bertukar jacket lutsinar dan top shirt berwarna hitam. Playing safe but still looks hot diva for summer!
6. L'oreal Party
Masih lagi menggunakan hairstyle dan makeup yang sama dengan penampilan sebelumnya cuma kali ni Aish mengenakan dress biru coral metallic dengan drape di bahagian lengan sebelah kiri.
Gaya ni sama dengan gaya Sonam di Cannes pada tahun 2016, dari koleksi rekaan pereka fesyen yang sama, Rimzim Dadu. Bila ramai yang persoalkan tiru outfit Sonam, stylist Aish datang backup bagitahu outfit ni tak sama dan akan release full attire tapi sampai sekarang cuma ada gambar ni je.
7. Last Appearance
Tak tahu looks ni untuk event mana sebab stylist dan PR team Aish agak pemalas, well you guys can watch from all her looks. Kalau stars lain dah listkan semua jenama yang terlibat, Aish and her team just letak caption biasa. This look quite nice and dress ni macam baju kebaya kan?
Overall quite disappointed dengan penampilan Aishwarya di Cannes tahun ni walaupun ramai yang kata Aish Queen of Cannes. Exaggerated sangat sebab style dia tak wow mana pun, nama dia memang dah terkenal di tahap global sebab dia Miss World dan selalu terpilih dalam senarai World Top Beauty.
Dia tetap cantik :)
ReplyDelete