7 Movie Hasil Karya Pengarah Mohit Suri

Monday, 8 July 2019

Dalam ramai pengarah di Bollywood, Mohit Suri antara pengarah favorite sebab dia suka bermain dengan emosi audience. Dia punya level main tu tak sikit-sikit, kalau tengok movie dia mesti menangis teruk sampai seminggu tak mampu nak move on. 

Dalam entri ni nak senaraikan 7 movie yang dah pernah tengok dan best nak in mood sedih sebabak. 

1. Woh Lamhe (2006)


Movie ni diadaptasikan dari kisah kehidupan pelakon terkenal, Parveen Babi yang bercinta dengan pak cik Mohit Suri iaitu Mahesh Bhatt. Movie ni Mahesh nak jadikan tribute kepada Parveen sebagai kekasih hati dan juga mentor dalam industri.

Dalam movie ni diceritakan Sana dah start depressed dan diagnosed dengan schizo so Aditya yang banyak tolong dan jaga dia sampai la dia hembuskan nafas terakhir. Lakonan Kangana sebagai Sana antara lakonan yang lonjakkan nama dia sebagai pelakon terbaik. 

2. Awarapan (2007)


Movie remake dari movie Korea, A Bittersweet Life (2005) yang mengisahkan tentang Shivam sebagai orang kanan Malik dan perlu jaga perempuan simpanan dia, Reema. Malik beli Reema di Bangkok dari bapak ayam. 

Makin lama Shivam makin rapat dengan Reema sampai teringat kisah cinta tak kesampaian dia bila pendirian Reema sama macam kekasih Shivam. Movie ni antara best performance dari Emraan sebagai pelakon dan Mohit sebagai pengarah. 

3. Raaz 2 : The Mystery Continues (2009)



Movie kedua dari franchise Raaz ni bukan sambungan dari Raaz 1 - Bipasha & Dino Morea. Kali ni mengisahkan Prithvi yang berbakat dalam melukis tapi dia dapat vision buruk tentang model terkenal Nandita. Dia cuba bagitahu dan nak selamatkan Nandita tapi disalah anggap sampai lah penjaga kuil Kalindi mati dan Nandita dirasuk. 

4. Murder 2 (2011)


Movie kedua dari franchise Murder remake movie Korea, The Chaser mengisahkan tentang inspektor polis yang makan rasuah dan gunakan model Priya sebagai pemuas nafsu dia. Arjun ada deal dengan bapak ayam untuk siasat mana pelacur dia menghilangkan diri. 

Rupanya customer tu lelaki psiko yang suka abuse perempuan dan akan bunuh perempuan sebab dia anggap semua perempuan suka ambil kesempatan. 

5. Aashiqui 2 (2012)



Movie musical drama yang mengisahkan tentang penyanyi terkenal Rahul Jaykar yang alcoholic dan jatuh cinta dengan penyanyi bar, Arohi. First time dengar Arohi menyanyi dah buat Rahul jatuh cinta and nak launch Arohi sebagai penyanyi. 


Jadi masalah bila Rahul tak mampu terima bila ada yang membawang dia gunakan Arohi. Dalam masa yang sama peti suara dia dah rosak disebabkan arak. Arohi pula lebih pentingkan Rahul daripada karier nyanyian dia. Movie ni sama jalan cerita dengan A Star Is Born lakonan Bradley Cooper & Lady Gaga.

6. Ek Villain (2014)


Dah pernah mention movie ni sebelum ni dalam list movie bertemakan dendam. Movie yang mengisahkan tentang pasangan Guru kehilangan isteri tercinta bila Aisha tegur cara Rakesh bekerja. Guru buru Rakesh untuk balas dendam. 

7. Hamari Adhuri Kahaani (2015) 



Kalau Woh Lamhe movie percintaan pakcik Mohit Suri, movie HAK ni berdasarkan kisah percintaan datuk dia. Businessman terkenal, Aarav jatuh cinta dengan Vasudha tapi sayangnya Vasudha isteri Hari yang selalu abuse dia. 

Bila Hari ditangkap polis atas tuduhan membunuh, Vasudha minta tolong Aarav untuk selamatkan suami dia. 

Ada lagi beberapa movie dia tapi tak tengok lagi, ada juga latest release, movie Half Girlfriend tapi jalan cerita agak disaster walhal adaptasi novel terlaris Cheetan Bhagat. Tahun depan Mohit akan keluar dengan movie Malang, lakonan Aditya Roy Kapoor dan Disha Patani. Hopefully dapat create magic macam 7 movie ni. 

4 comments

  1. naper semua movie ni akak tak pernah tgk... hahahhah
    akak ni mmg jenis oldschool, jenis layan filem bollywood yg pelakon nya akak kenal je, yg pelakon akak tak kenal mmg payah nk tgk... n jenis minat layan pelakon lama2.. tu pasallah, takde 1 movie ni akak pnh nengok... hahahha lagi2 movie yg sedih2 nih

    ReplyDelete
  2. Semua tak tengok lagi.. Raaz 2 tu nampak menarik..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.