Zaman 90-an memang meriah dengan movie bertemakan keluarga tambah pula bila pengarah seperti Sooraj Barjatya aktif hasilkan movie kekeluargaan dengan pelakon yang ramai. Sekarang memang dah tak banyak pengarah yang cenderung dengan tema ni tapi masih ada lagi beberapa movie yang boleh ditonton sebagai hiburan atau dijadikan life lessons dari perjalanan ceritanya.
1. Udaan (2010)
Director : Vikramaditya Motwane
Cast : Rajat Barmecha, Ronit Roy, Aayan Boradia, Ram Kapoor, Manjot Singh, Anand Tiwari, Sumant Mastkar, Raja Hudda, Varun Khettry, Akshay Sachdev
Genre : Drama
Rohan dan 3 orang kawannya dibuang dari kolej bila kantoi tengok adult movie di panggung wayang. Hidup dengan ayah yang tegas amat menyeksakan bila dia perlu jogging setiap pagi, kerja di kilang besi dan belajar engineering sedangkan impian Rohan adalah untuk jadi seorang penulis. When every parents said it is the best trade in life, children tell otherwise. Movie yang bertemakan impian dan cita-cita ni terpilih untuk ditayangkan di Cannes.
2. We Are Family (2010)
Director : Siddharth P. Malhotra
Cast : Kajol, Kareena Kapoor Khan, Arjun Rampal
Genre : Drama
Aman dan Maya ambil keputusan untuk bercerai dan bawa haluan hidup masing-masing tapi bila Maya disahkan menghidap kanser, Aman dan teman wanita dia pindah masuk ke rumah Maya untuk jaga anak-anak. Perjalanan yang sukar untuk mereka semua tapi tak ada yang mustahil bila semuanya bersatu.
3. Patiala House (2011)
Director : Nikkhil Advani
Cast : Rishi Kapoor, Dimple Kapadia, Akshay Kumar, Anushka Sharma, Soni Razdan, Neelu Kohli, Kumud Mishra
Genre : Romantic / Comedy
Parghat Singh terpaksa tinggalkan impian dia sebagai pemain kriket untuk jaga reputasi keluarga dan menetap di London dan meniaga kedai runcit. Simran datang dalam hidup dia dan naikkan semangat supaya join balik team cricket.
4. English Vinglish (2012)
Director : Gauri Shinde
Cast : Sridevi, Adil Hussain, Mehdi Nebbou, Priya Anand
Genre : Comedy / Drama
Shashi seorang suri rumah yang menjual laddoo cuba belajar English semasa berada di United States untuk menghadiri majlis kahwin anak saudara dia. Semangat Sashi timbul selepas bertahun memendam rasa diperkecilkan oleh suami dan anak-anak dek kerana status suri rumah. Movie English Vinglish adalah movie comeback SriDevi lepas bertahun lama fokus dengan keluarga.
5. Shaadi Ke Side Effects (2014)
Director : Saket Chaudhary
Cast : Farhan Akhtar, Vidya Balan
Genre : Romantic / Comedy
Sid dan Trisha belajar untuk adapt dengan kehidupan bekeluarga selepas anak pertama lahir. Masalah utamanya bila Sid tak ready lagi untuk jadi bapa. Mak Trisha pula anggap Sid adalah seorang yang tak bertanggungjawab dan gagal jadi bapa yang bagus lepas insiden dia tertinggal anaknya di pasar. Terpaksa lah Sid menuntut ilmu bapa mithali dari abang iparnya yang berlagak dan kaya.
6. Dil Dhadakne Do (2015)
Director : Zoya Akhtar
Cast : Anil Kapoor, Shefali Shah, Priyanka Chopra, Ranveer Singh, Anushka Sharma, Farhan Akhtar, Vikrant Massey, Ridhima Sood, Rahul Bose
Genre : Comedy / Drama
Sambutan ulangtahun perkahwinan The Mehra dihadiri oleh beberapa keluarga yang terdekat dengan pelbagai tujuan - untuk show off keluarga bahagia, untuk berkumpul sesama keluarga, untuk mencari calon menantu dan juga mencari pelabur yang mampu selamatkan syarikat AyKa dari bankrap. Siapa yang menang, siapa yang kalah dalam majlis yang meriah ni?
7. Prem Ratan Dhan Payo (2015)
Director : Sooraj R. Barjatya
Cast : Salman Khan, Sonam Kapoor, Neil Nitin Mukesh, Swara Bhaskar, Samaira Rao
Genre : Romantic / Drama
It's a cliche Rajhsri film tapi still comel nak layan dengan family. Bila sang raja bertukar karakter dengan manusia biasa yang baik hati dan cuba selamatkan keluarga diraja dari berpecah. Bukan sahaja dapat selamatkan keluarga, dapat berjumpa pula dengan puteri Maithili Devi.
8. Nil Battey Sannata (2015)
Director : Ashwiny Iyer Tiwari
Cast : Swara Bhaskar
Genre : Drama
Si ibu yang bekerja sebagai pembantu rumah masuk balik ke sekolah bila anak dia malas belajar dan bercita-cita untuk jadi pembantu sama macam dia. Walaupun anak dia mengamuk disebabkan malu kena ejek dengan kawan sekelas, dia tetap dengan pendirian untuk jadi inspirasi kepada si anak.
9. Piku (2015)
Director : Shoojit Sircar
Cast : Amitabh Bachchan, Deepika Padukone, Irfann Khan
Genre : Comedy / Drama
Kisah anak-beranak yang stress hidup bersama dan selalu bergaduh disebabkan kedegilan masing-masing. Pemandu teksi yang terjerut sekali cuba untuk ubah relationship anak-beranak ni.
10. Kapoor & Sons (2016)
Director :
Cast : Sidharth Malhotra, Alia Bhatt, Fawad Khan, Ratna Pathak Shah, Rajat Kapoor, Rishi Kapoor
Genre : Drama
Keluarga kecil yang penuh dengan masalah tapi susah untuk cari cara berkomunikasi antara satu sama lain sehinggakan salah faham melarat dan menjarakkan kesemua ahli keluarga. Bertambah kecoh bila Arjun dan Rahul rapat dengan gadis yang sama.
11. Kahaani 2 (2016)
Director : Sujoy Ghosh
Cast : Vidya Balan, Arjun Rampal
Genre : Mystery / Drama
Vidya Sinha hidup berdua dengan anak perempuan dia, Mini yang lumpuh dari pinggang ke kaki. Mereka berdua mempunyai satu impian untuk pergi ke US supaya dapat rawat kaki Mini dengan fasiliti terbaik di sana. Satu hari Mini hilang dan rahsia anak-beranak ni terungkai bila Inspektor Inderjeet baca diari Vidya.
12. Dangal (2016)
Director : Nitesh Tiwari
Cast : Aamir Khan, Fatima Sana Sheikh, Sanya Malhotra, Zaira Wasim
Genre : Sports / Drama
Impian Mahavir untuk masuk gusti peringkat Olimpik gagal walaupun mempunyai teknik unik. Ekoran dari kejadian tersebut, ayahnya paksa untuk bekerja di pejabat kerana lebih stabil. Harapan dia untuk dapat anak lelaki supaya impian dia tercapai juga melebur bila semua anak-anaknya adalah perempuan. Tak berputus asa, Mahavir latih anak-anak dia dengan sukan gusti hingga masuk ke Olimpik.
13. A Death in the Gunj (2016)
Director : Konkona Sen Sharma
Cast : Kolki Kaechlin, Vikrant Massey, Rahul Bose, Konkona Sen Sharma
Genre : Drama
Family trip selama seminggu di McCluskieganj, Bihar nampak meriah dan penuh dengan gurau senda pada awalnya tapi bertukar tragedi bila Shutu terasa dipinggirkan, dibuli dan diejek oleh ahli keluarga. Kalau nak tengok jenis family toxic, filem debut arahan Konkona adalah pilihan yang tepat.
14. Toilet: Ek Prem Katha (2017)
Director : Shree Narayan Singh
Cast : Akshay Kumar, Bhumi Pednekar
Genre : Romantic / Drama
Keshav jatuh cinta dengan Jaya yang berpelajaran tinggi dan kemudiannya berkahwin mengikut adat resam tradisional. Keshav seorang suami yang baik dan romantik tapi gagal sediakan tandas untuk isteri dia sampai terpaksa travel jauh semata untuk membuang. Mampukah Jaya bertahan dengan kehidupan perkahwinan mereka berdua?
15. MOM (2017)
Director : Ravi Udyawar
Cast : Sridevi, Sajal Ali, Adnan Siddiqui, Nawazuddin Siddiqui, Akshaye Khanna
Genre : Thriller
Bila anak tiri dirogol dan dibuang dengan kejam oleh sekumpulan pelajar kaya, Devki guna kelebihan sebagai guru Biologi untuk balas dendam. Dalam masa yang sama dia perlu berjaga-jaga dengan Detektif Matthew yang ditugaskan untuk menyiasat kes tersebut.
16. Hindi Medium (2017)
Director : Saket Chaudhary
Cast : Irrfan Khan, Saba Qamar, Deepak Dobriyal, Amrita Singh
Genre : Comedy / Drama
Setelah 5 tahun bekerja sebagai penjual sari, Raj dan Mitra berjaya ubah taraf hidup mereka dan berpindah ke Delhi. Di sana mereka berusaha untuk daftarkan anak di sekolah elit tapi cuma ada satu cara yang paling mudah - berlakon jadi miskin dan masuk melalui quota keluarga miskin.
17. Secret Superstar (2017)
Director : Advait Chandan
Cast : Zaira Wasim, Aamir Khan
Genre : Drama
Insia berbakat besar dalam bidang nyanyian tapi impian dia terhalang disebabkan ayah yang baran dan kaki pukul. Insia curi-curi upload video nyanyian dia di Youtube dan menggunakan niqab supaya identiti dia tak diketahui oleh si ayah. Disebabkan markah ujian yang rendah, ayah Insia buang laptop dan gitar. Dia perlu cari jalan untuk capai impian dan selamatkan ibu dia.
18. Hope Aur Hum (2018)
Director : Sudip Bandyopadhyay
Cast : Naseeruddin Shah, Sonali Kulkarni, Aamir Bashir, Naveen Kasturia, Kabir Sajid, Virti Vaghani, Kenil kajavadra
Genre : Drama
Nagesh Srivastava (Daadu) sayang dengan mesin fotokopi antik yang dimilikinya sejak dia buka kedai printing semasa zaman mudanya. Menantu dia cuba untuk fahamkan yang anak-anak makin membesar dan tak ada ruang untuk mereka semua tinggal di rumah tersebut.
19. 102 Not Out (2018)
Director : Umesh Shukla
Cast : Amitabh Bachchan, Rishi Kapoor
Genre : Comedy / Drama
Dattatraya Vakharia berumur 102 tahun dan nak pecahkan rekod dunia manusia tertua hidup di dunia tapi untuk capai impian dia, Dattarataya kena hidup dalam keadaan yang happy. Jadi masalah bila anak tunggal dia berusia 75 tahun sangat serious dan pemarah orangnya.
20. Badhaai Ho (2018)
Director : Amit Ravindrenath Sharma
Cast : Ayushmann Khurrana, Neena Gupta, Gajraj Rao, Surekha Sikri, Sanya Malhotra, Shardhul Rana
Genre : Comedy / Drama
Huru-hara jadinya bila parents yang dah mencecah usia 40-an buat keputusan untuk tambah ahli keluarga baru. Anak-anak makin stress bila saudara, jiran dan kawan-kawan ketawakan keluarga mereka.
That's all for now, kalau ada lagi kita buat Part 2 pulak! Enjoy your movies!
Dina dah tengok Badhaai Ho! Tak larat nak gelak. Kelakar sangat. hehe
ReplyDeleteOwh banyak rupanya! Satu pun tak pernah tengok lagi. hehe
ReplyDeletecerita we are family serious emotional sangat tengok tapi best..
ReplyDeleteFatina Mudz || Amazing Distance
kadang-kadang layan juga cerita Bollywood ni.
ReplyDeleteada dua yang menarik perhatian.. kalau ada masa nanti nak cuba tonton.. tq share Farhana..
ReplyDeleteCam best je...semua tak pernah tengok lagi. kalau yang zaman dulu punya kita paling suka Hum Saath2 Hain.
ReplyDeletesaya suka tengok citer hindustan, tapi tak terlayan semua.mana yang sempat, tengok. btw, nice sharing
ReplyDeletelama dah mama tak layan ceita bollywood.. bukan bollywood je semua movie pn jarang2 tgk gak hihi
ReplyDeleteDah lama sangat tak tengok movie bollywood
ReplyDelete