Smoothie Kiwi

Saturday, 22 June 2019

Jumaat lepas pergi pasar malam sebab nak mencari buah mata kucing dengan buah bidara tapi dua buah ni tak kena jual lagi. 

Alang dah datang jalan je la cuci mata dari hujung ke hujung. Kebetulan ternampak brader ni jual buah kiwi murah - 2 pek RM10. Satu pek ada 5 biji kiwi. 

Kira murah la kan? 1 pek RM5 je. Kalau dekat supermarket dah cecah RM10. Since dia dah jual combo 2 pek, terus grab 2 pek je lah. Masa makan tu memang sedap la kiwinya. 

Dah beli dah bawa balik rumah, tak sampai 3 hari pun dah start lembik. Bila dah lembik nak makan pun tak syok so buat smoothie je la habiskan stok susu sekali.

Bahan-bahan just kiwi dengan susu je. Blend dua bahan ni sampai hancur.




Tak letak gula pun sebab nak stay healthy gittewww lagipun susu dah ada gula dia sendiri dah. Minum sambil blogwalking. Nyum!

7 comments

  1. tak suka kiwi kena cari buah lain kalau nak buat smoothie ni.

    ReplyDelete
  2. Saya tak pernah beli lagi buah kiwi sebab harganya mahal sangat😅. Cuma beli minuman yang ada campuran buah kiwi je.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah makan buah kiwi. tak minat

    ReplyDelete
  4. tak pernah cuba lagi. ni nampak menarik. Boleh cuba nanti!

    ReplyDelete
  5. sedap niiii...lenkali tambah pisang sekali...

    ReplyDelete
  6. Uish.. sedap.. tambah ais, pergh!!

    ReplyDelete
  7. mudahnyaaa! macam tu eh je rupanya nak buat smoothie. ingatnya ada bahan bahan lain hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.