Movie Review : Nirdosh

Tuesday, 11 June 2019


Director : Pradeep Rangwani, Subroto Paul
Writer : Amit Khan
Cast : Arbaaz khan, Manjari Fadnis, Ashmit Patel, Maheck Chahal and Mukul Dev.
Production Company : UV Films
Distributor : UV Films
Genre : Crime/Drama/Thriller
Running Time : 110 minutes
Release Date :  19 January 2018.
Trailer :


Movie ni starts dengan Shinaya Grover (Manjari Fadnis), pembaca berita yang dituduh membunuh jiran lelaki (Mukul Dev) di apartmen dia. So Inspektor Lokhande (Arbaaz khan) ditugaskan untuk siasat kes ni.

Banyak la cara yang Lokhande guna supaya boleh korek cerita tapi lepas 3 hari Shinaya tetap diam dan cakap dia tak bersalah. Dia cuma minta nak balik sebab nak jumpa anak dia since anak dia masih breastfeed so bahaya la bila tinggal lama.

Insp Lokhande tak percaya dengan pengakuan Shinaya sebab dia tak tahu apa motif sebenar Shinaya, perempuan biasa yang terkenal dengan sifat lemah lembut boleh membunuh lelaki besar dan ganas macam jiran dia tu.


Tak lama lepas tu Shinaya buka mulut pasal suami dia curang dengan penyewa rumah dia, Adah yang agak cantik dan seksi sebab Adah ni akan debut sebagai pelakon. Kantoi suami dia curang bila jiran dia berjaya rakam sex tape diorang dan ugut nak amaun duit yang agak banyak untuk diam.

Bila suami Shinaya datang penjara, suami dia pula mengaku dia yang bunuh jiran sebelah tapi masalahnya alibi dia kukuh masa waktu kejadian dia ada dekat office. Lokhande dengan pembantu dia terpaksa patah balik kepada Shinaya.


Dalam masa yang sama pihak polis jumpa mayat Adah yang membusuk dalam sungai berdekatan dengan banglo kosong di kawasan tu. Rupanya Adah pun ada kaitan dengan jiran sebelah.

Annoying jugak lah layan movie ni sebab plot tak cantik ditambah pulak dengan dialog cliché acah gangster dari Lokhande. Lakonan Arbaaz sebagai polis pun boleh menangis tengok. Kayu teruk depan camera.


Stay sampai hujung sebab nak tahu je macam mana jiran dengan Adah tu boleh mati je itupun seksanya nak tunggu. Visual tak cantik, lagu pun tak best. What a waste!

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.6/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.