Movie Review : Lust Stories (2018)

Tuesday, 11 June 2019


Director : Anurag Kashyap, Dibakar Banerjee, Zoya Akhtar & Karan Johar.
Cast : Radhika Apte, Bhumi Pednekar, Kiara Advani, Manisha Koirala, Vicky Kaushal, Neil Bhoopalam, Neha Dhupia, Sanjay Kapoor, Akash Thosar
Production Company : RSVP, Flying Unicorn Entertainment
Distributor : Netflix
Genre : Drama/Comedy
Running Time : 120 minutes
Release Date : 15 June 2018
Trailer :


Movie Lust Stories dapat banyak positive reviews so I try layan sebab movie Bollywood dekat Netflix not bad jugak lah. Lust Stories ada 4 filem pendek hasil arahan dari pengarah dan team berbeza and pengarah yang terlibat antara nama-nama besar macam Anurag Kashyap, Dibakar Banerjee, Zoya Akhtar dan Karan Johar.

Kalau you guys pernah layan movie Bombay Talkies, mungkin you guys akan terhibur juga dengan movie Lust Stories ni sebab masih mengekalkan tema human sexual desire dalam kehidupan. Sex scene cuma dalam filem pendek kedua so you can just skip it.

Filem Pendek Anurag Kashyap


Mengisahkan tentang professor kolej, Kalindi yang ada hubungan sulit dengan student dia sendiri, Tejas (Akash Thosar). At first dia macam nak main-main je dengan Tejas sebab dia tak puas dengan husband dia. Bagi Kalindi, suami dia tak mampu nak jadi suami, best friend dan wildest fantasy dia so dia nak cari some adventure dengan Tejas.


Tapi jadi celaru bila dia macam cemburu bila Tejas syok dekat Natasha (Ridhi Khakhar). Dia geram Tejas taknak mengaku so dia sengaja buat hal dalam kelas sampai ceroboh masuk bilik Tejas. Bila Tejas tahu yang Kalindi serabut sebab Natasha, Tejas sanggup tinggalkan Natasha tapi Kalindi larang sebab dia dah ada suami. Dia saja je nak eksperimen dengan emosi dia bukan nak commit dengan Tejas pun.

Filem Pendek Zoya Akhtar


This is one of my fav actually bila Ajit (Neil Bhoopalam) selalu have sex dengan orang gaji dia, Sudhaa (Bhumi Pednekar) sebab Ajit tinggal sorang je. Satu hari family Ajit datang bawa keluarga perempuan untuk bincang pasal perkahwinan Ajit.


Sudha patah hati sebab Ajit gunakan dia je selama ni bukan nak dijadikan isteri pun. Bila masuk part bini Ajit cari yang cantik, bekerjaya dan baik. Celaka kan?

Filem Pendek Dibakar Banerjee


This one quite boring nak pula ada Manisha Koirala. She’s not my fav dari kecik lagi well don’t ask why. I find her quite boring. Tapi cerita ni agak bagus lah sebab mesej dia bila Reena (Manisha Koirala) ada affair dengan kawan baik suami dia, Sudhir (Jaideep Ahlawat). 


Reena jelak dengan perkahwinan dia sebab Salman (Sanjay Kapoor) nak ibu kepada anak-anak dia je bukan nak seorang isteri so Reena tak dapat perhatian pun dari Salman. Tak sama macam perhatian yang Sudhir bagi. 


At the end Reena pilih untuk stay dengan Salman, bukan sebab anak-anak tapi Salman mampu appreciate dia lebih dari label seorang ibu kepada anak-anak dia. 

Filem Pendek Karan Johar


Berbeza dengan 3 director lain, Karan Johar buat filem pendek kelakar yang menampilkan kisah perkahwinan Megha (Kiara Advani) yang bahagia dengan Paras (Vicky Kaushal) tapi kelemahan Paras ni bila dalam kiraan 5 dia dah habis dah.


One day kantoi Rekha (Neha Dhupia) masturbate dekat library guna vibrator so Megha nak try jugak tapi huru-hara bila nenek Paras tertukar remote vibrator dengan remote TV. I love it when Karan tak try hard dengan character Megha bila dia cuma portray Megha sebagai perempuan biasa tapi tak nak hidup sebagai mesin pengilang anak semata.

Lust Stories menghimpunkan kisah yang agak taboo dalam masyarakat tapi sebenarnya benda ni memang jadi in real life pun especially kes Sudha dengan Ajit. Lelaki macam Ajit bersepah dan kes maid kena sexual abuse pun dah banyak dekat negara ni.


Kes tak puas pun banyak je naik dekat mahkamah syariah even dalam kursus kahwin pun ada highlight but still men being men and their egos. 

Bukan setakat kisah yang real tapi garapan cerita yang menarik dengan genre tersendiri ditambah pula dengan barisan pelakon yang bagus buat Lust Stories quite delightful untuk dilayan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

3 comments

  1. Oooo best ek, nampak gak kat Netflix cite ni..nanti nak tengoklah ..
    Sekarang sakan duk layan horror movie je hahahaha

    ReplyDelete
  2. kisah yang no 2 tu memang banyak berlaku..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.