Movie Review | Luka Chuppi (2019)

Saturday, 8 June 2019


Director : Laxman Utekar
Writer : Rohan Shankar
Cast : Kartik Aaryan, Kriti Sanon, Aparshakti Khurana, Pankaj Tripathi, Vinay Pathak, Atul Srivastava, Alka Amin, Himanshu Kohli
Production Company : Maddock Films
Distributor : AA Films, Jio Studios
Genre : Rom-com
Running Time : 126 minutes
Release Date : 1st March 2019
Trailer :


Rom-com movie paling penat nak tunggu sebab lama sangat Maddock Films peram finally raya ni dapat jugak tengok. One of the reason nak tengok sebab Kartik Aryan and pairing pun fresh dengan Kriti Sanon. Selalunya dia berlakon dengan Nushrat Barucha but thank God dah bertukar angin.


Luka Chuppi mengisahkan tentang PR strategy Culture Protection Party yang triggered lepas dengar statement pelakon Nazeem Khan bila dia ada live-in relationship dengan awek dia. Bila pilihanraya nak dekat mula la parti politik ni perjuangkan untuk pertahankan budaya supaya boleh menang votes.


Guddu Shukla (Kartik Aaryan) bekerja sebagai wartawan di kawasan Mathura ditugaskan untuk buat liputan pasal topik ni sebab tengah hangat. Boss dia arahkan untuk ambil pendapat wajar atau tidak live-in relationship ni.

Reshmi (Kriti Sanon) anak kepada Vishnu Trivedi (Vinay Pathak), ketua parti CPP minta boss Guddu terima anak dia intern dekat news channel diorang sebelum cari kerja dekat Delhi. Bila sama-sama buat liputan masing-masing jatuh cinta.


Kecoh bila Guddu bergaduh dengan abang dia, Vikas (Himanshu Kohli) yang dah 8 tahun membujang bila tak ada yang nak terima lamaran dia. Guddu yang stress dan takut hidup membujang propose Reshmi tapi Reshmi takut dia buat pilihan salah so dia nak live in relationship sebelum decide untuk kahwin.


Masa buat liputan di Gwalior, cameraman Abbas Khan (Aparshakti Khurana) suggest diorang live-in dekat sana selama 20 hari. Thing goes well sampai lah adik kakak ipar Guddu, Babulal (Pankaj Tripathi) ajak satu family datang sebab Guddu dah kahwin lari.

Bila balik ke Mathura, Vishnu terpaksa terima Guddu sebagai menantu walaupun dia tak suka. Reshmi pula rasa bersalah sebab terpaksa berlakon depan family Guddu padahal dia dan Guddu belum berkahwin lagi. Guddu dengan Reshmi banyak kali cuba untuk kahwin senyap-senyap tapi tak berjaya. Dapat atau tak diorang kahwin secara sah kena tengok la movie ni.


Chemistry Kartik dengan Kriti not bad lah onscreen sebab sama cantik sama padan cuma watak Kartik kali ni biasa je tak dapat dialog padu macam movie dia sebelum ni. Watak Pankaj pun tenggelam dalam karakter Babulal. Baju warna-warni nampak macam badut je. Yang menyerlah mungkin Aparshakti sebagai Abbas since karakter dia agak kelakar especially dialog untuk scene alien-Muslim dan data habis.

Sayang sebab movie ni ramai pelakon bagus tapi tak mampu nak serlahkan talent masing-masing. Hasilnya movie ni agak hambar walaupun genre rom-com. 


Visual just nice and music soundtrack pun average je for rom-com. Lagu Photo dengan Coca-Cola penyelamat movie ni dari tenggelam. Dalam movie lagu bergerak seiring dengan cerita tapi tak semua lagu masuk dalam movie. Lagu Coca-Cola dengan Poster dekat credit scene. 


Overall, movie ni mengecewakan tapi Aparshakti berjaya menyerlah dari yang lain. Dia boleh jadi hero macam adik dia, Ayushmann tak lama nanti kalau momentum maintain cantik.

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.3/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.