Cast : Yoon Eun-hye, Ji Il-joo, Yoon Yoo-sun, Sung Ki-yoon
Production Company : NA
Distributor : CGNTV
Genre : Romance / Drama
Running Time : minutes
Release Date : Jan 25, 2019 - Jan 26, 2019
Full drama:
Masa blogwalking nampak entri
KakSha pasal drama Gogo Song ni. Lepas baca terus tengok sebab drama ni pendek
sangat, ada dua episod je. Plus full drama dengan English sub ada dekat
youtube. Tinggal nak tekan play je.
Mengisahkan tentang Gong Seon Hwa
(Yoon Eun-hye) yang bekerja sebagai social worker di Welfare Centre jatuh cinta
dengan chef Kang Won Hyung (Ji Il-joo) masa buat aktiviti di rumah orang tua.
Both dah decide nak kahwin dan
beli rumah bersama tapi lagi beberapa bulan nak kahwin, Seon Hwa ragu-ragu nak
teruskan hubungan dengan Wong-hyun ataupun tak sebab personality diorang berdua
tak sama.
Lagi buat dia stress bila ayah
dia datang balik. Seon Hwa tak suka dengan ayah dia sebab panas baran dan
jarang luangkan masa dengan keluarga tapi lebih pentingkan muzik dan tour.
Dari perspektif ayah dia, dia
terlampau sibuk cari duit untuk isteri dan anak dia. Tak sangka pula cara dia
effect kepada mental health Seon-hwa sampai takut dengan perkahwinan.
Wong-hyun cuba pujuk dan sabar
dengan perangai Seon-hwa tapi tak berjaya. Sudahnya diorang cancel untuk kahwin
dan putus. Seon-hwa sibukkan diri dengan kerja di Welfare Centre dan persiapan
kahwin pasangan down-syndrome dekat situ.
Dalam pergaduhan dia dengan
Wong-hyun, ayah dia, uruskan majlis kahwin dan benda lain yang jadi buat dia
sedar sebenarnya perkahwinan bukan sesuatu yang menakutkan tapi buka mata dia
untuk nampak dari perspektif lain.
Since ada dua episod je drama ni,
jalan cerita dia tak lah berat sangat tapi mesej yang director sampaikan tu
agak mendalam. Setiap manusia ada kekurangan dan keadaan pun antara faktor
manusia buat pilihan. Tak semua benda kita dapat achieve dalam satu masa tapi
masa yang kita ada tu kita hargai dan syukur apa adanya.
"A man can live as he likes but a father can't live as he likes. He lives to give everything."
'Love is nothing if not everything'
Konflik Seon-hwa dengan ayah dia tak lah teruk mana pun kalau nak compare dengan officemate dia bila kena tinggal dengan suami sebab anak dalam kandungan dia mungkin akan jadi cacat. Kalau director highlight watak officemate dia lepastu panjangkan scene kenapa dia pilih untuk stay dengan anak dia, mungkin lagi memberi impak kepada judgement Seon-hwa.
Visual dalam drama ni cantik,
some scenes nampak dreamy lah sebab genre dia romantic kan. Lagu dekat hujung
drama tu comel sangat. Recommended!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Haritu ada nampak kat youtube je. Bila tengok sikit, eh ada dua episod je? Ingatkan tengah ongoing hahaha
ReplyDeleteYeah!! Farhana dah tengok.. TQ sebab review yang ohsem ini.. Suka.. suka..
ReplyDeleteDah lama tak tengok korea. Baca sinopsis macam best je. Nanti nak cari dan tengoklah
ReplyDeleteWaa nanti nak tengoklah! Hehe. Visual cantik tu yg best tu. Baru semangat nak tengok hehe
ReplyDeletelama betul tak singgah baca review kt sini
ReplyDelete