Production Company : Prakash Jha Productions, Drama King
Entertainment
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 110 minutes
Release Date : 18 January 2019
Trailer :
Mengisahkan tentang Bhola Prasad
Tripathi / Rana Bhola Pratap Singh (Arshad Warsi) yang berkahwin dengan Sunita
(Deepali Pansare) yang bekerja sebagai pegawai bank di Lucknow. Bholan i tak
bekerja pun, mengharapkan duit bini je.
Depan bini dengan saudara mara
lain, dia kata dia ada bisnes tapi disebabkan melingkup, dia terpaksa pinjam
nama Sunita untuk buat loan.
Bila dah dapat duit, dia pergi ke
Benaras untuk jumpa isteri kedua, Shraddha (Flora Saini) untuk collect duit
lain. Dalam masa yang sama isteri ketiga pun tengah tunggu dan bakal isteri, si
Chanda adik kepada gangster kaya.
Semua perempuan yang dia kahwin
ni anak orang kaya yang boleh bagi jaminan duit kepada dia even tak bekerja.
Dalam movie takde sebut pun berapa Bhola ni nak achieve ataupun life goal dia
sampai dia bertindak kahwin semua perempuan kaya ni.
Aktiiviti penipuan dia dihidu
oleh Murari Chaurasia (Saurabh Shukla), pakcik Sunita yang kebetulan naik satu
keretapi ke Benaras dengan Bhola. Dalam keretapi tu Bhola berjumpa pulak dengan
Payal (Sara Loren).
Lepas Payal jadi balu, Bhola
menyamar jadi orang kaya dan perangkap Payal supaya kahwin dengan dia. Masa
majlis kahwin, Bhola curi semua barang kemas Payal dan lari tapi dia patah
balik sebab dia jatuh cinta dengan Payal dan janji untuk setia sampai mati.
Sayangnya suami Payal yang
disangka mati rupanya hidup. Helah semata nak perangkap Payal yang menipu
kahwin dengan dia sebab harta. Lagi terkejut Bhola bila 6 lagi suami Payal
datang ke majlis tu. Rupanya buku bertemu ruas, Payal dengan Bhola sama-sama
penipu.
Jalan cerita FS not bad lah nak
layan cuma menyampah dengan lawak hambar baik dari Bhola ataupun Murari. Dari
excited nak tengok Bhola handle semua 12 isteri dia jadi menyampah pulak sebab
senang sangat tertipu.
Movie Ladies vs Ricky Bahl looks
convincing lah sebab ada jugak effort dari watak utama untuk berlakon tapi
dalam Fraud Saiyaan ni mudah sangat dia perdayakan 12 perempuan itupun dalam
dua daerah yang sama, Lucknow & Benaras.
Soundtrack album tak best except
lagu Chamma Chamma yang diberi nafas baru. Lagu asal, tajuk yang sama juga tapi
lagi panjang so I prefer Chamma Chamma baru sebab Neha Kakkar yang nyanyi cuma
MV dia annoying teruk tengok Elli Avram tayang body.
All in all, this movie surely a
pass.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.2, 4.
Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3,
9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 4.2/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
hmmmm...
ReplyDeletemain kawin kawin plak ekk diorang hu hu hu hu :)
mcm fun jer citer ni, farhana.
nampak merarik pulak jalan cerita ni..yaya ,emang suka citer-citer hindi n tamil ni
ReplyDeletewow dasat cerita ni
ReplyDeletebila penipu kena tipu dengan penipu ye.. baru ada akal.. hehehe
ReplyDelete