Movie Review : Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile

Friday, 14 June 2019


Director : Joe Berlinger
Writer : Michael Werwie
Cast : Zac Efron, Lily Collins, Kaya Scodelario, John Malkovich
Production Company : COTA Films, Voltage Pictures, Third Eye Motion Picture Company
Distributor : Netflix
Genre : Biography / Crime / Thriller
Running Time : 108 minutes
Release Date : January 26, 2019 (Sundance) & May 3, 2019
Trailer :



Since Zac Efron confirm jadi cast movie yang diadaptasi dari kehidupan sebenar Ted Bundy dah start follow updates movie ni. It’s a good thing the team cast Zac sebab karakter Ted seorang yang wickedly charming and we know how effortlessly charming Zac is.

Mengisahkan tentang Ted Bundy (Zac Efron) yang berjumpa dengan Liz Kendall (Lily Collins), seorang secretary dan juga ibu tunggal kepada seorang anak perempuan, Molly Kendall. Pertemuan pertama di bar pada tahun 1969 kemudian jatuh cinta.


Tahun 1974 berita pembunuhan beberapa pelajar perempuan di Lake mula keluar di TV dan newspaper. Saksi nampak pembunuh drive Volkswagen Bug masa hari kejadian. Liz asalnya tak percaya Ted suspek pembunuh sebab description dari saksi mungkin kebetulan sama tapi kawan baik dia, Joanna (Angela Sarafyan)pujuk Liz untuk call polis tapi polis deny Ted sama dengan suspek.


Ted kemudian ditangkap sebab Carol, saksi utama kes cam suara Ted tapi Ted dilepaskan dengan ikat jamin sebelum tarikh perbicaraan. Ted sangka dia akan dibuktikan tidak bersalah tapi mahkamah jatuhkan hukuman 15 tahun penjara kepada Ted.

Liz masih lagi setia dengan Ted sebab dia yakin Ted tak bersalah. Tak mungkin Ted mampu bunuh perempuan lain dengan kejam sebab Ted layan Liz dengan Molly baik sangat.


Tak lama lepas perbicaraan di Utah, Ted dibawa ke Colorado disebabkan kes pembunuhan di daerah sana. Liz makin stress dengan kes Ted, dia dah mula tak boleh fokus dengan kerja dan bertukar jadi alcoholic. Sudahnya dia minta putus dengan Ted dan mula kehidupan baru dengan Jerry Thompson (Haley Joel Osment).


Ted pula lantik diri dia sendiri untuk jadi peguam kepada kes pembunuhan disebabkan dia belajar dalam jurusan undang-undang. Banyak cubaan untuk patahkan dakwaan saksi tapi gagal sebab bukti lagi kuat menunjukkan dia sebagai pembunuh dan mahkamah jatuhkan hukuman kerusi elektrik kepada Ted.


Jalan cerita movie ni diadaptasikan dari novel The Phantom Prince: My Life with Ted Bundy nukilan Elizabeth Kendall sendiri so you guys cuma akan nampak Ted Bundy dari perspektif Liz Kendall je. Dalam movie ni memang tak ditunjukkan sangat pun pasal aktiviti pembunuhan Ted yang pernah gemparkan Amerika tahun 70-an. 


Antara benda yang agak turn off lah sebab the team promosikan movie ni as if diorang nak cerita pasal Ted Bundy rupanya tentang Liz. Sia-sia je excited. Memang tak salah tapi macam kau pergi McD lah nampak iklan Mia makan kemain crunchy sampai krup krap tapi bila kau beli tak crunchy mana pun. Sama tak analogi ni? Well its still ayam.


Walaupun adaptasi, ada perubahan yang penulis skrip buat sebab dia nak penonton feels certain way dan tak ikut sangat dalam novel. Dia ubah part Liz stay dengan Ted sebab Liz yang banyak jumpa bahan bukti yang Ted guna untuk bunuh mangsa dia.


Sama macam scene anjing menyalak bila nampak Ted masa Liz ajak Ted cari anjing untuk temankan dia dan Molly di rumah. Part tu fiksyen yang ditambah oleh team WESEAV je. For me tak payah letak pun sebab ni bukan cerita hantu and there’s no connection at all naluri haiwan untuk kenalpasti psychopaths.


Kalau dalam movie dekat hujung scene ada tunjuk pertemuan terakhir antara Liz dengan Ted, macam mana Ted bagitahu dia bunuh mangsa dia which fiction made by the team. I wish the team buat sama macam situasi sebenar bila Ted call Liz bagitahu pasal penyakit dia. Kalau baca dalam novel Aku Lelakimu you guys will know a lil bit about psychopaths and Ted Bundy is one of them.


Though movie ni diceritakan dari perspektif Liz Kendall tapi director tak garap watak Lily dengan cantik. Lily fails to connect with audience, well at least me. Chemistry Zac-Lily memang cantik onscreen tapi bila screentime Lily seorang, dia tak mampu nak carry and emote the guilt. Sayang lah sebab banyak ubah dari cerita asal. 


Overall if this movie was a romantic genre, I’ll root for this onscreen couple. I wish Zac and Lily ada movie based on Nicholas Spark’s novel hewhewhew. For a thriller genre this one surely a miss.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.3 = 5.8/10

13 comments

  1. ada tengok movie ni hari tu :)

    ReplyDelete
  2. Ala.. tak menonjol sangat eh pasal pembunuhan tu.. tak jadilah nak tengok..

    ReplyDelete
  3. akk jarang tengok cite2 omputih ni hihi..almaklumlah selera melayu haha..selalu kalau balik kampung jela adik2 bukak.movie yg best2..kita ni tengok ajelah...

    ReplyDelete
  4. hmmm more jalan citer pasal lain? tak citer pasal bunuh2 tu ekk?
    mcm more on mahkamah je...
    aida memang peminat movie horror and thriller! anak-anak pun join sekaki.
    so far, diorang ok la meskipun byk tonton filem genre gini :) hi hi hi hi...
    kita amik sudut positif citer tu kan.
    tapi takpe, aida akan carik gak movie ni.
    abis exam nanti, maybe byk masa boleh layan movie.
    tq.

    ReplyDelete
  5. ohh cerita ni bnyk psl Liz kee, ingatkan more about Ted, since tgk trailer mcm bnyk psl dia masa trials and all tu kan..so far segala documentary and everything psl Ted Bundy mmg qeela follow, oh not because rasa dia handsome ke pe like other girls hahahaha but I love thriller and psycho genre be it in movie or novel. Then dpr tau Zac pulak yg lakonkan watak dia, lg rasa tertarik nk tgk sbb I think this is the first time Zac bwk watak psychopath killer kan. Well takpelah sat gi tgk je jugak since dr last week dh ada amek this movie to be watch and plan tadi mlm ni lah baru dpt nk tgk tp jumpa review ni dulu haha. nice sharing btw!

    ReplyDelete
  6. Hehehehe kita kalau movie macam ni tak berapa minat sangat nak tengok hehehehe sebab kita suka yang ada aksi dan juga keseraman hehehehe cuma pelakon dalam filem ini pun hebat-hebat belaka kalau ada orang belanja boleh lah kita pergi tengok wakakakaka.....

    ReplyDelete
  7. Cite-cite dalam mahkamah, cite jenayah dan kisah benar ni memang seronok le sis tengok. Nanti nak tgok gak le cite ni..tq ya for sharing

    ReplyDelete
  8. Wah hensemnye Zac. Hehehe. Tak tonton lagi citer ni dan tak sangka Zac bawak watak cmni. Baca sinopsis macam best aje true story ni.

    ReplyDelete
  9. ala.. cite bunuh2 cam ni memang akak suka tapi tu lah.. awak dah highlight pasal tak menonjol tu terus macam scroll cari cerita lain..

    ReplyDelete
  10. Alaaa..macam tak best plak sebab diaorg tak kupas tentang Ted Bundy kan? Sy memang peminat cetita2 pembunuhan & memang ikuti kisah2 pembunuh kejam cam Ted Bundy ni

    ReplyDelete
  11. Kita tak berapa layan movie sangat..
    Kdang nak tengok, tapi takde geng.
    Kalut dengan anak anak je lebih.
    Seronok baca review dari kengkawan..

    ReplyDelete
  12. boleh lah pas ni tengok. kadang tak tau nak tengok cerita apa. hensem terok hero nyer pun

    ReplyDelete
  13. Alaaa macam rendah je rating bagi. Hmm tapi mmg suka cerita2 thriller2 ni.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.