Lirik Lagu Oi Gaman - Marsha ft Velvet

Saturday, 1 June 2019

Pesta Kaamatan tahun lepas Marsha dengan Velvet released single Sumandak Sabah and dapat sambutan mencanak kemain so tahun ni diorang keluarkan single jugak tahun ni sempena Pesta Kaamatan bertajuk Oi Gaman! 
MV Oi Gaman ni simple je shoot dekat Tamu Dongongon dengan Pesta Kaamatan, ada tayang dekat hujung dalam MV! Boleh kata Marsha dengan Velvet dah dapat fanbase diorang sendiri. I knew about this single sebab Tumitak update video shooting dengan Marsha, Velvet dengan Rich. 

Gaman dalam bahasa Kadazan Dusun means lelaki atau encik. Tahun lepas lagu Sumandak = perempuan, tahun ni lelaki pula. Tapi kalau Sumandak Sabah promote anak dara Sabah, lagu Oi Gaman ni bagi advice dekat lelaki jangan terburu-buru cari pasangan just pilih berdasarkan rupa cantik je. Better single daripada makan hati dengan perangai awek.

Yang belum tengok boleh klik dekat sini : 


LIRIK LAGU OI GAMAN
Lagu : Velvet Aduk
Lirik : Velvet Aduk
Artis : Marsha & Velvet

Buli tahan sisik tapuk si gaman,
(Boleh tahan kulit si lelaki)
Putungan gitar pinggang 24,
(Potongan pinggang 24)
Jaga jaga salah pilihan oi gaman,
(Jaga-jaga salah pilih si lelaki)
Muka cantik bukan semua menawan.
(Muka cantik belum tentu semua bagus merujuk perangai/hati budi)

Oh manisnya senyuman si 'umandak,
(Oh manisnya senyuman si anak dara)
Tapuk tapuk sigup kudat dalam bibir,
(Sorok rokok Kudat dalam bibir)
Odoi odoi odoi odoi kaa di gaman,
(Aduh aduh aduh si lelaki)
Itu bukan masalah yang penting dia ori
(Itu bukan masalah yang penting dia original)

Oi gaman jangan kalang kabut mencari pasangan, 
(Hai lelaki jangan kelam kabut mencari pasangan)
Umur tidak akan menjadi halangan,
Gaman jangan takut darah tinggi,

Oi gaman kada kosusa ginawo cinta pasti, 
(Hai lelaki jangan susah hati cinta pasti)
akan datang dengan sendiri,
Gaman, daripada siang malam makan hati.

Since ada yang minta translation, I'll try letak sikit yang mana I tahu sebab bahasa Dusun ni tak pandai sangat. Kalau ada salah mohon betulkan okay. 

11 comments

  1. Ahaaa ni lagu baru kan. Tak dgr lagi. Nanti nak dgr la hehe :)

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/06/book-review-niqab-by-shield-sahran.html

    ReplyDelete
  2. dah dengar lagu ni tapi xde translation la pula..hehe

    ReplyDelete
  3. Tak pernah dengar lagi.. Tapi suka gandingan vokal mereka berdua masa lagu sumandak sabah tu.. Yang ini pun mesti menarik..

    ReplyDelete
  4. Dah dengar lagu ni. Best macam lagu Sumandak Sabah👍.

    ReplyDelete
  5. 2 ni memang sedap suara nyer :)

    ReplyDelete
  6. Sigup tu bermaksud tembakau dalam lirik ni..ndak sesuai ckp rokok. Mmg sigup ada dia maksud.. Tp tembakau yg dimaksudkn dlm lirik lagu ni.

    ReplyDelete
  7. Sisik tapuk tu ngam ka kulit muka?

    ReplyDelete
  8. Lebih baik bujang daripada kampis barait. Mksudnya apa?

    ReplyDelete
  9. Sisik tapuk tu maksudnya:
    - bakat terpendam, atau
    - sesuatu (sama ada baik atau tidak baik) perkara/perangai yg empunya badan sembunyikan dari pengetahuan ramai.

    Contohnya: Anu yg tdk pernah bernyanyi d mna2 tiba2 buat persembahan karaoke yg mantap. Si Ani ckp dgn kwan2nya “Uihhh..ada sisik tapuk pula si Anu ni!”

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.