24 Jun hingga 30 Jun 2019 berlangsungnya ekspo I Love Coffee & Tea di ruang legar Da Men Mall, Subang Jaya. Ekspo selama 7 minggu untuk peminat kopi dan juga teh ni adalah acara Corporate Social Responsibility (CSR Program) syarikat Golden Land Expo (M) Sdn. Bhd dan dalam masa yang sama meraikan kemeriahan bersama warga emas dan golongan kanak-kanak yang kurang mampu.
Syarikat Golden Land Expo (M) Sdn. Bhd sudah beroperasi di Malaysia selama 12 tahun dalam mengendalikan event, leasing services, exhibition, road show dan fair dalam pelbagai jenis bidang seperti hartanah, produk rumah, kesihatan dan kecantikan, automobile, perbankan dan banyak lagi.
Beberapa booth mempromosikan produk kopi dan teh pelbagai rasa dan perisa turut serta dalam ekspo ni. Ada juga aktiviti lain untuk para pengunjung seperti drawing & colouring contest, board game, Yamaha graduation contest dan pelbagai persembahan lain.
Majlis perasmian I Love Coffee & Tea Expo dihadiri oleh tetamu jemputan utama Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah(RACTAR), VIP syarikat kopi dan teh, pihak media dan juga bloggers. Jemputan khas Ginnie Law, founder Ginnie Fairy Queen Korea, artis tempatan Ryan Yong dan juga Wan Wai Fun wakil Lovoury.
Lepas acara perasmian dapat tengok proses brew coffee dari produk Juan Valdes! Kopi yang dibawa khas dari Kemboja untuk penggemar kopi hitam.
Bukan semua dapat rasa keenakan kopi hitam ni, dengan harga promosi dekat I Love Coffee & Tea Expo, pengunjung boleh dapatkan produk Juan Valdes dan juga limited edition coffee cup berharga RM10!
Selain booth ada juga vending machine disediakan supaya pengunjung boleh rasa keenakan kopi dan minuman lain oleh vBarista dengan harga serendah RM1!
Step dia mudah je cuma tekan button untuk minuman kemudian adjust level gula dan tunggu minuman siap! Mudah sangat dan tak perlukan masa yang lama pun.
Bukan setakat ekspo untuk promosikan pelbagai produk, pihak penganjur turut sediakan beberapa tempat untuk bergambar. Jangan lupa tag ilovecoffeetea_expo di IG tau!
Berita baik untuk pengunjung I Love Coffee & Tea Expo di Da Men Mall ni, pembelian sebanyak RM80 ke atas boleh redeem mug kopi percuma. Untuk pembelian RM150 ke atas, boleh dapat voucher Starbucks!
Dapat borong produk kopi dan teh, jangan lupa singgah ke Hao Kang Food Street Bazaar di Autrium Entrance, Da Men Mall juga sepanjang 27 Jun hingga 30 Jun 2019 nanti. Double celebration, double fun and happiness!
Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi :
012-264 5727 (Joon)
012-970 8229 (Kelvin)
FB : Da Men Mall / I Love Coffe & Tea Expo
IG : @damenmall / @ilovecoffeetea_expo
Saya kalau kopi memang tak belilah. Kalau teh masih boleh dipertimbangkan😅.
ReplyDeletesy ni pulak kalau coffee tu jenis latte atau mocha sy akan cuba lah hehe
ReplyDeletePergh!! Puas minum kopi ini kalau ke sini.. tapi sayangnya jauh..
ReplyDeletefuhhh. i love coffeee! nasib baik tak pergi. kang 2,3 cawan ambil kekeee
ReplyDelete