Pengarah : Raja Ahmad
Alauddin
Penulis Skrip : Sharifah
Abdul Salem
Pelakon : Nabila
Huda, Fizz Fairuz, Ku Faridah, Tasha Shilla, Syafie Naswip, Riena Diana, Aidil
Aziz, Shuhanty Hanafiah
Genre : Drama
Jumlah Episod : 16 Episod
Tarikh Tayangan : 17
April 2019 – 3 Mei 2019
Syarikat Produksi : Suhan
Movies & Trading Sdn Bhd
Penyiaran : TV3
OST : Aku Bukan
Malaikat – Siti Nurhaliza
Drama ni dah lama tengok tapi
baru sekarang rasa nak buat review sebab sakit jiwa tengok 16 episod.
Drama ni agak kecoh dekat Twitter
sebab jalan cerita yang berbeza dengan drama Maghrib yang biasa tapi terlampau
draggy jadi lemau nak tengok sampai habis.
Kamariah (Nabila Huda) pernah
dirogol masa pergi ke parti kawan dia. Malang nasib dia bila kawan busuk hati
masukkan dadah sampai dia tak sedar apa pun malam tu. Walaupun kawan dia deny
something did happened that night, Kamariah tahu dia dirogol. I mean pffttt look at her condition lah.
Dia berhenti kerja dan balik
kampung lepas tahu dia mengandung. Disebabkan muka cantik dan pandai berniaga
kuih, makcik Hafsah (Ku Faridah) minta Kamariah jadi isteri kepada anak tunggal
dia, Murad (Fizz Fairuz).
Kamariah happy sebab Murad terima
dia sebagai isteri sebab Murad antara orang yang disegani dekat kampung tu
sebab rajin ke surau dan bersedekah. Hakikatnya, Murad owner kelab malam di KL dan tinggal dengan awek dia, Sally (Tasha Shila) merangkap manager kelab malam Murad.
Duit untung dari situ dia belanja mak dan orang kampung. Dekat awal episod pun
dah tunjuk yang Kamariah kena rogol dengan Murad so its not a secret lah.
Yang menyampahnya dengan drama
ni, Kamariah dan Murad duduk satu rumah dengan makcik Hafsah tapi bila Kamariah
beranak pagi buta tu, tak terjaga pulak orang tua tu. Bila Murad dera anak dia,
makcik Hafsah tak dengar pulak si Qhalif terjerit sakit.
Tak tahu plot masa drama ni zaman
bila sebab satu kampung tak tahu langsung kerja sebenar Murad dekat KL.
Handphone pun tak ada. Bila Qhalif dah masuk tahfiz baru wujud handphone itupun
brand Nokia. So I assume around 2004 ke bawah?
Drama ni banyak loopholes but its better kalau Kamariah mengaku je dekat makcik Hafsah yang dia kena rogol dan
mengandungkan anak orang lain daripada simpan rahsia sampai kena bantai dengan
Murad macam tu. Sebab makcik Hafsah nampak baik, boleh terima keburukan orang
lain. Kalau dia boleh terima Qhalif anak luar nikah, takkan la dia tak boleh
terima Qhalif anak Kamariah?
Silap Kamariah bila dia
kena soal dengan Murad nak hidup berjauhan dengan suami tapi jarang kena bantai
ataupun Murad selalu balik kampung tapi kena dera. Facepalm bila dia pilih
Murad selalu balik dan rela kena dera.
Kalau dia biar je Murad dekat KL,
tak payah dia nak berjauhan dengan Qhalif sampai besar. Tengok perangai
Kamariah, dia sengaja nak sakitkan hati Murad pun ye jugak. Dah tahu Murad tak
suka dengan Qhalif, lagi dia tanya pasal Qhalif dekat Murad.
Watak paling kesian dalam drama ni si Sarah (Shuhanty Hanafiah) lah. Disebabkan Murad dengan Kamariah, tak memasal Sarah kena halau keluar dari rumah, jadi pelacur lepastu tanggung malu sebab orang kampung syak Qhalif tu anak dia.
Kalau director cari pelakon
kanak-kanak muka yang sama dengan Murad, boleh jugak makcik Hafsah mention
macam anak kau ni Murad/Kamariah sebab memang anak diorang pun. Tapi dalam
drama ni, muka tak sama, perangai pun jauh berbeza.
Dari Qhalif kecil sampai ke besar
memang Murad tak pernah jatuh sayang langsung. Agak geram jugak lah sebab tu
anak diorang berdua. Walaupun sakit hati, tetap kena layan sampai habis sebab
dah separuh jalan tengok.
Tengok drama ni terfikir jugak
orang kampung ni macam mana boleh angkat Murad jadi imam padahal tak ada pun
scene dia mengaji al-quran ataupun imamkan solat. Khutbah jauh sekali. That’s
why earlier I said, terlampau banyak loopholes sampai hilang minat nak tengok.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4.
Storyline +0.2, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.2,
9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.5/10
rimas tengok watak yg terlampau baik macam kamariah ni
ReplyDeleteSaya tak tengok pun cerita ni. Biasanya memang stress kalau tengok satu watak yang baik sangat dan satu lagi jahat sangat.
ReplyDeleteNasib baik tak layan drama ni, kalau tak mmg stress kak pip...
ReplyDeleteBest cite nie . Dah lama x layan drama melayu. Gigih duk tengok full episod dekat youtube haha
ReplyDeletetgk episod mula2 dengan last je, sbb sakit ati... kdg2 tgk jgk la tp tgk laju2... geram ngn pangai kamariah jugak murad
ReplyDeletemungkin boleh improve lagi dari segi loopholes tu tapi jalan cerita mmg menarik
ReplyDeletetak tengok pun.. hehehe.. tapi memang trandinglah masa ditayangkan..
ReplyDelete