Drama Review : Black Mirror Season 5

Wednesday, 26 June 2019


Director : Owen Harris, James Hawes, Anne Sewitsky
Writer : Charlie Brooker
Cast :  Anthony Mackie, Yahya Abdul-Mateen II, Nicole Beharie, Andrew Scott, Damson Idris, Amanda Drew, Topher Grace, Miley Cyrus, Angourie Rice, Madison Davenport, and Susan Pourfar.
Genre : Sci-Fi/Thriller/Drama/Psychology
Running Episodes : 3
Release Date : 5 June 2019 (USA)
Distributor : Netflix
Trailer : 


Since 2016 dah follow series Black Mirror sebab kecoh dekat Twitter sembang keunikan series ni. I’m not really into sci-fi genre but this one is exception sebab involved technology and gadgets. Black Mirror ni pun actually represents skrin hitam gadgets kita guna macam smartphone or tabs and desktop etc.


Setiap season tak banyak pun episod dia, sama juga macam season 5 cuma ada 3 episod je. But still it is worth to watch.

Episod 1 – Striking Viper yang mengisahkan tentang Danny (Anthony Mackie) reunite balik dengan kawan baik dia, Karl (Yahya Abdul-Mateen II) masa birthday party. Karl bawa hadiah video game Striking Viper-X edition since both of them suka main masa zaman kolej dulu.

Hebatnya teknologi akan datang, just lekat device dekat kepala, minda kita akan dibawa masuk ke dalam game tu. Kita sendiri akan represent karakter game yang kita pilih. Ada superpower dan fizikal sama macam karakter game.


Awesome lah untuk gamers sebab rasa sendiri pengalaman tu tapi jadi masalah bila Karl dengan Danny tak berlawan pun tapi have sex kat dalam tu. Which means Danny curang dengan bini dia, Theo (Nicole Beharie).

Episod 2 – Smithereens which is an app, social media apps macam Twitter jugak la lebih kurang. So this one guy bekerja sebagai freelance driver tapi setiap hari dia akan tunggu depan pejabat Smithereens ni je. One day nasib dia bertuah dapat pick up pekerja Smithereens.


Dia kidnap dan ugut untuk bercakap dengan founder apps ni. Turns out dia nak bunuh diri sebab tunang dia mati dalam kemalangan kereta disebabkan dia main apps Smithereens ni. Dia depressed dan hilang kerja.


Episod 3 - Rachel, Jack and Ashley Too mengangkat tema superstar dan peminat dia. Ashley (Miley Cyrus) cipta robot untuk ‘teman’ fans dia setiap masa. Lebih kurang Alexa jugak lah cuma dalam bentuk yang comel macam Ashley.


Ashley yang sebenar tengah berperang dengan depression sebab terperangkap dengan imej yang dicipta oleh mak cik merangkap manager dia. Bila Ashley Too ternampak berita Ashley koma, suddenly dia jatuh dan rosak. Bila Jack dengan Rachel buang limiter dalam robot Ashley, robot tu hidup balik tapi dengan karakter Ashley yang sebenar.


All 3 episodes are great cuma technology dia tak sehebat previous episode since device and technology Striking Viper dah ada dekat season 4. Cuma berbeza kisah je. Smithereens pun just pasal apps je which predictable much tapi menangis jugak la tengok sebab human value ni tak la bernilai mana pun.

Episod Ashley Too paling fav sekali sebab ada Miley Cyrus since she’s my fav and kisah Ashley ni boleh relate dengan Hannah Montana. Dulu dia debut dengan imej Hannah tapi tak ngam dengan karakter asal dia yang suka genre rock and wild macam abang dia. Dekat hujung scene boleh nampak bila fans dia lari lepas dia buang imej Ashley. Sama lah dengan keadaan Miley bila dia keluar dari Disney.


Time to time Charlie Brooker serlahkan bakat dia dalam penulisan skrip Black Mirror and apa yang dia predict tu pun dah start jadi in real world. Even technology dalam Black Mirror dah start muncul. Dalam episod Ashley, ada teknologi buat lagu guna bantuan machine. In real life ada instagram model guna teknologi AI and lukisan yang dihasilkan guna robot.

For visual and shooting places, Black Mirror team tak pernah gagal hidupkan setiap episod dengan keindahan semua tempat sesuai dengan tema yang dibawa. For soundtrack, I totally love Ashley O song! Ramai yang happy dengan lagu ni sampai request team Black Mirror release full song.


Overall I totally enjoy this season and can’t wait for the next season. I wish some thrill and intense moments macam dalam season Hated In The Nation, Nosedive, Shut Up And Dance dan Crocodile.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.7/10

1 comment

  1. macam menarik pula bila Farhana cakap setiap seasons just ada 3 episod.. Okaylah.. Tak ada panjang sangat..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.