Cannes 2019 Fashion File : Diana Penty

Thursday, 13 June 2019

Mungkin ada yang tak kenal dengan Diana Penty sebab dia jarang dapat offer berlakon dalam movie komersial under production company besar tapi kalau you guys pernah layan movie Cocktail lakonan Deepika Padukone dengan Saif Ali Khan, ada la nampak Diana sebagai Mira.


Tahun ni merupakan debut year Diana di Cannes sebagai duta Grey Goose, sama brand dengan Kangana Ranaut. Boleh kata semua outfit Diana memang letops dekat Cannes. Leaves quite huge impression for Btown and Cannes. 

1. Arriving at Cannes


First day pun dah wow dah dengan pilihan santai untuk kemunculan pertama kali di Cannes. Knit blouse dan high slit skirt berwarna kelabu dari koleksi  AW 2019 RUMI Coffee Toffee rekaan Nikita Mhaisalkar dihiasi tali pinggang besi vintaj berwarna emas dari Chanel.

Gaya diana dipadankan dengan tote bag berwarna hitam, boots heel berwarna hitam dan gaya rambut lurus untuk nampak versatil.

2. Chopard Party


Sebelah malam Diana pilih gyaa chic and casual dengan dress pendek berwarna emas dihiasi manik berjuntai yang dipadankan bersama boot tinggi berwarna emas dari koleksi Celia Kritharioti. What a hottie!

3. Forum di India Pavillion, Cannes


 menyinar dah wardrobe Diana dengan sari putih satin dengan belahan di bahagian betis. Uniknya sari rekaan Amit Aggarwal ni bila lebihan kain sari yang tergantung di bahagian bahu ada corak bunga dengan material kasar kembang supaya nampak cantik terletak. Sari putih Diana dipadankan dengan strap heel dari Sergio Rossi.


Mencuri perhatian bila Diana lengkapkan gaya dengan hiasan choker necklace dan anting-anting mutiara dari koleksi Aquamarine Jewelleries. I totally love the way she braided her hair dengan gaya ala princess India. Fav!

4. Photoshoot



Padanan flora printed trench coat dengan boot hitam dari Bluemarine koleksi Fall 2019 ialah gaya yang diinspirasikan dari Angelina Jolie. Bold makeup on point dipadadankan dengan vintage earrings dari Givenchy dan bag dari Loubotin World. Ace the look with ponytail hairstyle!

5. Chopard Party


Lepas Deepika, Diana pun pilih untuk gayakan pantsuit hitam dipadankan dengan bow bersaiz ekstra berwarna pink di bahagian bahu dari koleksi Celia Kritharioti. Idk whether its heels or flat bertutup berwarna pink pastel but its better kalau jumpsuit tak tutup kasut since padanan warna nampak cantik dengan outfit.

Melengkapkan gaya Diana dengan solekan lembut dan gaya rambut jenis sanggul. Suka tengok handbag clutch Diana dari Bechi Clutches especially handle dia agak unik.

6. Photoshoot


Dulu Sonam pernah pakai outfit berbulu ni tapi kena troll teruk dengan netizen dan masuk dalam one of worst Cannes outfit. Diana pun pakai dress berbulu dengan warna yang sama. Bezanya, dress Diana lagi bergaya dan potongan tu serlahkan bentuk badan Diana tak macam Sonam yang tenggelam dalam bulu-bulu ayam tu.

Dress ni dari koleksi Atelier Zuhra dipadankan dengan sandal lutsinar dan makeup smokey eyes dengan nude lipstick.

7. Karpet Merah 'A Hidden Life' 


Terpukau dengan gaun beropol berwarna nude dari koleksi Nedo Fall 2019 rekaan Nedret Taciroglu yang dihiasi dengan bulu pelepah dan manik di setiap layer. 


Gaya karpet merah Diana dipadankan dengan solekan lembut dan sepasang anting-anting berwarna pink pastel dari koleksi De Grisgono Jewellery. 

8. Photoshoot


Kalau Deepika pilih untuk pakai pantsuit untuk sesi photoshoot, Diana pilih untuk padankan dua warna terang yang berbeza dari koleksi Atsu Sekhose. Kemeja biru gelap beropol dari material kain kasa dengan hiasan ikatan reben di bahagian tengah dipadankan bersama seluar high waist berwarna oren. 

Suka tengok gaya ni bukan sebab outfit je tapi sebab hairstyle Diana yang kerinting halus diikat sanggul, sesuai dengan ropol di kemeja Diana. Accessories dan heels bertutup dari koleksi Liadro. 

9. Bye Bye Cannes


Sebelum Diana balik ke India pun dia sempat lagi hadiahkan chic look dengan dress dari koleksi Graine berwarna kelabu metalik yang dipadankan bersama pump heels dengan hiasan duri tajam dari koleksi Balenciaga. 

Macam tak percaya bila Diana kata dia dengan team pilih semua outfit ni last minute sebelum pergi Cannes disebabkan Diana sakit beberapa hari sebelum. Semua nampak cantik terletak dengan gaya sopan Diana. A+ untuk style dan effort Diana di Cannes. Tak sabar nak tengok tahun depan! 

2 comments

  1. setakat yang akak tengok sebelum2 ni biasa2 je, tapi yang ini memang cantik baju2nya dan orangnya pun cantik sangat, cuma akak memang tak kenal pelakon nih, apapun dia memang cantik

    ReplyDelete
  2. Cantik dan mengancam betul gaya-gaya beliau.. paling suka tengok stail rambut dia.. kena je dengan setiap pakaian..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.