Blog Performance Jun 2019

Monday, 1 July 2019

Diam tak diam dah habis raya dah, sana sini jemput ke open house sampai penuh dah perut. Yang kempis dah buncit balik. Sekarang pun dah masuk Julai, second half tahun 2019 dah. Fuhhh!

Dah nak habis tahun 2019 pun blog ni masih sendu. Masih lagi fikir apa lagi nak touch up, tapi selalunya berakhir dengan tidur lah. Macam biasa lah dari dulu sampai sekarang. 

1. PV


Bulan lepas dah nak menangis tengok PV tak mampu cecah 1k tapi bulan ni mampu naik sebab ramai beraya depan tv. Kes update Derita Pia dengan lagu raya Floor 88, boleh melonjak naik. Lagi satu hal bila ada yang baca movie review sebab Astro dengan channel TV biasa tayang. Mostly post dari tahun 2017.


Disebabkan raya dan balik kampung seminggu, maka tak berupdate sangat lah blog ni. Blogwalking pun jarang sebab tak sempat. Banyak sangat open house. Balik rumah update entri sikit, update event sebelum deadline pastu tak mampu lah nak cecah 500k. Nampak macam sikit je lagi kan? Tapi azabbbb nak cecah tu haaa.

2. Posts


Bulan lepas dari awal bulan lagi post 8 Cara Kurangkan Hutang Negara tu naik masuk popular post. Even dekat keyword pun muncul setiap hari. Ada kempen mungkin ataupun nak masukkan dalam presentation. 

Movie The Hantus pun naik balik raya ni. Sama lah dengan Siccin 1 sampai 3. Since sekarang ni tengah kemaruk dengan drama Bukan Cinta Aku, OST dia haruslah tengah panas. Siapa yang tak update lagi, cepat lah update. Sis payung keyword. 


Even ramai yang cari lirik lagu Oi Gaman sempena Kaamatan haritu, tapi tak lah gempak macam Sumandak Sabah tahun lepas sampai masuk All Time Popular Post. Lirik dia pun dah nak terkeluar carta dah. Sepatutnya dah boleh keluar dah sebab banyak lagi post lain yang tinggi views tak tersenarai. 

Jangan sembang pasal Google Analytic sebab dah sembang dah kenapa dekat post bulan lepas. Haihhhh

3. Keywords


Nampak tak ramai cari pasal The Hantus? Sebenarnya kalau tengok yang daily punya diorang mencari Cinta je. Mungkin sebab Mimi Lana berlakon dalam drama Cari Aku Di Syurga dengan Bukan Cinta Aku kot.

Tak sangka dari watak sampingan dalam Halalkan Hati Yang Aku Curi, The Hantus, sekarang ni dah dapat watak kuat dah dalam drama. Dah la tengah bercinta dengan Syafiq Kyle. Semoga makin sukses dalam karier & cinta dia. I'm a fannnnnnn

4. Audience

Dah lama tak belek audience ni padahal dulu rajin jugak. Bulan ni Israel tak datang bom so kebanyakan yang membaca memang datang dari negara sendiri. Since hujung bulan dah layan movie Indonesia, harap makin kuat lah kunjungan dari negara jiran bawa berkat haaa gittew

5. Bilangan Entri



Bulan ni disebabkan kenyang makan nasi impit, kecundang sikit bilangan entri nak dibandingkan bulan lepas. Short 7 entri padahal banyak je entri boleh update. Entah kenapa malas benar bila dah jadi ular sawa ni. 

Bila dah masuk quarter ketiga tahun 2019 ni baru rasa nak compare entri tahun ni dengan tahun lepas. Jauh betul beza dia. Entah mampu lawan entah tidak. Lagipun tahun ni perasan tak banyak giveaway, segmen ataupun contest kan? Cun jugak kalau buat segmen kan? 

9 comments

  1. hahhaa nak jadi kawan ular sawa bolehh? tahniah for your PV! :D okay sangat lah tu 36 entri. den 20 lebih je. ular sawa kan Raya ni hahaha.

    ReplyDelete
  2. Banyaknya 36 entri kita hmmm kena pulun lagilah

    ReplyDelete
  3. Tahnniah ~ Huhu banyakknyaa entri bulan lepas ..

    ReplyDelete
  4. Wah banyaknya entri.. terbaik farhana! idola~ :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah, Kak Farhana. Boleh je kalau nak buat segmen. Nak tahu juga segmen apa yang Kak Farhana nak buat tahun ni😅.

    ReplyDelete
  6. Cun cun sangat kalau buat segmen

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.