Cast : Francis Ng, Julian Cheung, Charmaine, Zheng Zeshi, Liu
Haolong
Production Company : Ear East Film, Hong Kong Star Amoy Film
Co., Ltd , Hong Kong China 3D Digital Entertainment Co., Ltd. , China Tianjin
Zhongwei Culture Communication Co., Ltd. , Hong Kong Sun entertainment movie , China
Extraordinary Entertainment Production Co., Ltd , Hong Kong Yindu Agency Co.,
Ltd. , China Kaibo Global Entertainment , China Powerway Global Entertainment, Hong
Kong Grid Music Affairs Ltd. , China Zhongdi Hebang Film and Television Media, China
Austar International Entertainment Group, China Shana (Global) China Film
Festival Ltd.
Genre : Crime/Action/Drama
Running Time : 102 minutes
Release Date : 21 June,
2018
Trailer :
The Leakers mengisahkan tentang virus ZIKV yang melanda
negara Malaysia terutamanya di Penang sampai beberapa orang dikuarantin.
Disebabkan virus ni masih baru, doktor dan pakar kesihatan tak tahu apa punca
dan simptom ataupun cara virus ni merebak. Doktor buntu bila penggunaan antibiotik
tak mampu menghalang virus dari merebak dan gesa orang ramai untuk jaga
kebersihan dan pakai mask bila keluar dari rumah.
Kerajaan pula terpaksa tutup kebanyakan tempat awam
terutamanya tadika, sekolah dan universiti. Orang ramai pun takut untuk keluar
rumah kecuali bila terdesak untuk beli barang keperluan rumah.
Berita tentang virus ni dapat liputan dari seluruh dunia
bila jumlah kematian meningkat secara mendadak sehingga 60 orang dalam masa 2
minggu. Pakar panel dari The World Health Organization (WHO) turun ke Malaysia
dan mengadakan sidang khas. Carly Yuen (Charmaine), wartawan dari Hong Kong
antara yang hadir untuk buat liputan mengenai virus ZIKV.
Ada doktor yang cadangkan untuk guna ubat MD5 yang
dihasilkan oleh syarikat farmasi AMANAH walaupun ubat ni belum dapat kelulusan
dari pihak berkuasa disebabkan tiada vaksin yang mampu halang penyebaran virus
ni. Sementara semua tengah kecoh dengan virus baru, pengurus besar AMANAH, Teo
Chun Loong (Shi Yanan) pula bunuh diri di pejabat.
Pengasas AMANAH, Teo Jit Sin (Zheng Zeshi) yang juga ayah
kepada Chun Loong makin serabut bila anak kedua dia, Teo Chun Yann (Liu Haolong)
pula diculik di Hong Kong. Saham company jatuh mendadak walaupun penjualan ubat
MD5 meningkat.
Sarjan Li Yongqin (Julian Cheung) ditugaskan untuk siasat kes ni
dan dihantar ke Hong Kong untuk cari Chun Yann dan jejak isteri Chun Loong
lepas hard disk yang mengandungi data MD5 dicuri di syarikat AMANAH oleh
kumpulan hacker yang dikenali sebagai The Leakers. Di Hong Kong Yongqin dibantu
oleh Inspektor Wang Dawei (Francis Ng) disebabkan undang-undang di China
melarang Yongqin guna senjata.
Yang bestnya movie ni bukan jalan cerita dia sangat tapi
excited sebab movie ni shoot dekat Penang especially area Bayan Lepas dengan
Georgetown. Tapi tak banyak la director tunjuk kecantikan Penang walaupun
negeri tu kaya dengan tarikan pelancong. Since movie ni bertemakan skim
penipuan dalam perubatan so banyak scene dekat hospital je.
Lagi satu hal best nak layan sebab genre mystery thriller
bila pembunuhan demi pembunuhan berlaku bila doktor ambil keputusan untuk guna
ubat MD5. Dari situ dah boleh agak yang AMANAH ada agenda tersendiri tapi
terhalang oleh The Leakers.
Ada juga unnecessary scenes macam
kemelut perkahwinan Inspektor Wang Dawei ataupun scene Dawei bergaduh dengan
Yongqin ditayangkan sebagai selingan dari jalan cerita utama movie ni. Its
better kalau director tunjuk pasal The Leakers sebab dalam movie ni tak banyak
pun penonton boleh tahu pasal The Leakers.
Overall movie The Leakers is a
must watch movie sebab jalan cerita yang kuat, lakonan yang bagus ditambah pula
dengan cara director olah movie supaya melekat tengok sampai habis walaupun dah
tahu siapa watak jahat yang sebenar dan apa motif dia. Recommended!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.3/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
wah best nampak jalan cerita, dah la scene kat Penang.. lama dah tak layan movie cina..
ReplyDeleteMacam best aje ceritanya.
ReplyDeleteTapi dah tak pernah masuk pawagam
macam best je.... tapi sis dh x masuk wayang.. trpksa tunggu yg kat TV nnti juga la
ReplyDeleteWah.. buat kat Penang.. thriller pula.. cam menarik ditonton..
ReplyDeletepelakon veteran ni..
ReplyDelete