Pelakon : Afiq Muiz, Chacha
Maembong, Betty Benafe, Farida Jalal, Gulshan Grover, Rahul Dev, Khir Mohd Nor,
Jalaludin Hassan
Genre : Aksi/Drama
Durasi Tayangan : 90 minit
Tarikh Tayangan : 05 Oktober 2017
Syarikat Produksi : White
Merpati Entertainment
Trailer :
Gandingan dua negara Malaysia dan
India dalam satu movie yang mengisahkan tentang pengganas di sempadan Kashmir,
India. Masa keluar trailer agak excited nak tengok sebab trailer nampak best
nak pula bila ada pelakon-pelakon Bollywood – Farida Jalal, Gulshan Grover
& Rahul Dev.
Mengisahkan tentang Umar (Afiq
Muiz) yang baru graduate dan mendapat khabar ibu dia, Zabira (Farida Jalal) tak
sihat di India. Dah 15 tahun dia tak balik ke sana sejak datang ke Malaysia dan
tinggal bersama mak cik dia, Fatimah (Betty Benafe). Terpujuk dengan kata-kata
Fatimah, Umar ambil keputusan untuk balik ke Kashmir. Diana (Chacha Maembong)
curi-curi beli tiket ke Kashmir walaupun dilarang keras oleh Umar sebab kawasan
di Kashmir bahaya.
Sampai ke Kashmir, Umar dapat
tahu Laila yang call bagitahu ibu dia sakit tapi tak mampu nak ke hospital
sebab tak ada duit untuk beli ubat. Diana yang tak pandai berbahasa Urdu/Hindi
salah faham bila dengar cerita ibu Umar tentang ayah Umar yang mati sebagai
pengganas dalam satu letupan pada tahun 2002 bila bekerja di bawah Abu Zar
(Gulshan Grover). Tak faham kenapa Diana serba yakin tanya soalan serious bila
dia tak faham sepatah haram pun. Dah la tak bawak kamus ataupun guna khidmat
Google untuk translate.
Tak memasal dia bergaduh dengan
Umar malam tu sebab kata ayah Umar pengganas. Siapa suka nak pula bila ayah
Umar kena tipu dengan Abu Zar dan Mustafa (Rahul Dev). Esoknya, Diana dengan
Umar bawa Zabira ke klinik dekat kawasan tu. Sementara tunggu checkup, Diana keluar
jalan-jalan dekat pasar tengok sourvenir tapi geng Abu Zar datang serang secara
mengejut. Ada lelaki kena tembak depan mata Diana.
Tapi yang kelakarnya Umar dengan Zabira
tak ambik port pun bila Diana trauma tengok kepala orang tembus dengan peluru
depan mata. Siap kena marah pulak tu bila sembang pasal kejadian tu. Abu Zar
pulak dah aim Diana untuk jadi pengebom berani mati dia di sempadan. Mustafa
mula bertelagah dengan Abu Zar sebab perbuatan Abu Zar dah melampau dan
menyimpang jauh dari agama.
Kelakar bila Mustafa ingatkan Abu
Zar zaman diorang mencuri secara kecil-kecilan dan menculik orang, mungkin Mustafa
anggap yang tu masih dianggap dosa yang boleh diampunkan. Mustafa warning Umar
supaya bawa Diana dengan ibu dia keluar dari Kashmir sebab dia rasa kesian
dengan arwah Rashid yang baru berapa jam dia jumpa tepi jalan tapi kena
perangkap untuk misi ‘syahid’. Itupun nasib Umar tu copy sebijik muka Rashid,
kalau tak memang Mustafa tak kenal pun mamat cakap Hindi sebutir sebutir ni.
Tapi belum sempat Umar balik
pujuk ibu dia, Diana dengan Zabira dah kena serang dah pun di rumah dengan anak
buah Abu Zar. Diana kena culik tapi dalam perjalanan Umar sempat serang tapi
biasalah hero kalah dulu padahal boleh je Diana lompat turun dari 4x4 pastu
tolong Umar. Maybe director suruh dia menjerit dari awal sampai habis scene.
Sudahnya Diana dengan Umar kena
belasah sebelum diorang prepare untuk misi jihad esoknya. Diana dah mula trauma
lagi teruk dari sebelumnya. Umar pula salahkan Diana sebab nak ikut datang ke
Kashmir. Masa Umar larang Diana pun, dia kata dia tak kenal sangat selok belok
area tu. Diana menjawab dia boleh guna GPS tapi bila sampai Kashmir tak ada
pulak dia keluarkan GPS. Tanya orang dekat situ jugak. Kalau Umar bagitahu
kampung dia lubuk pengganas, jam tu jugak Diana turun angkut luggage dia keluar
dari kapal terbang.
Of course ada unnecessary scenes bila Umar tanya Laila pasal keadaan ibu dia padahal masa Umar dengan Diana sampai pun Laila dah bagitahu dia yang bagitahu mak cik Fatima. Buat penat Afiq je nak sembang Hindi lama-lama padahal scene Zabira dengan Laila tu dah save banyak masa. Scene Mustafa dengan Abu Zar pun sama, menyembang lebih padahal tak ada isi sangat pun dan banyak lagi la scene lain since ada yang draggy. Guna speed 1.7x masa layan movie ni.
RM7 juta habis untuk production
movie I’m Not a Terrorist tapi kalau dekat Bollywood, mungkin movie ni tahap B
ataupun C. I’ve seen much better movie in this genre. Even Nargis Fakhri
berlakon lagi bagus dari Chacha & Afiq. Of course an applause for Afiq to
learn Hindi walaupun sembang sebutir sebutir. Orang dekat sana pun sembang
Hindi campur English dah sekarang.
Tak kenal siapa pengarah Arjin
Uppal ni tapi banyak lagi dia kena improve untuk movie genre berat macam ni.
Sayang bila lakonan Farida Jalal, Gulshan dengan Rahul tersia dalam movie ni. Visual
Kashmir of course cantik macam biasa lah sebab tempat tu memang cantik, tapi
VFX dia paling sedih especially scene Jalaludin Hasan dekat Sydney tu. Wardrobe
untuk semua pelakon pun cantik especially baju Chacha pakai masa kena culik tu.
Overall agak kecewa sebab gabungan dua negara pun tak mampu hidangkan movie
yang bagus.Objektif movie ni untuk bersihkan nama agama supaya tak dipandang serong pun tak jelas sebab lebih kepada bersifat dendam lama.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4.
Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9.
Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0 = 4.8/10
baru tengok movie ni kat astro citra ritu..tulaa kurang best..walaupun bajet besar, patut pilih pelakon malaysia yang lain. Best pun sebab dapat tengok kashmir yang cantik tu..
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
wow first time mama dengar cerita ni.. rare jln cerita dia
ReplyDeleteRare betul jalan cerita dia ni
ReplyDeletebaru tengok movie ni kat astro citra ritu..tulaa kurang best..walaupun bajet besar, patut pilih pelakon malaysia yang lain. Best pun sebab dapat tengok kashmir yang cantik tu..
ReplyDelete