Production Company : Excel Entertainment &Tiger Baby Productions
Distributor : AA Films, Zee Studios International, Cinestaan
Film Company
Genre : Music/Drama
Running Time : 153 minutes
Release Date : 9 February 2019 (Berlin)
14 February 2019 (India)
Trailer :
Diinspirasikan dari kisah penyanyi rap di India yang datang
dari kawasan perumahan kelas rendah di Dharavi, Mumbai, Zoya Akhtar bawa bakat
dan usaha Divine ke layar perak. Movie Gully Boy mendapat kutipan 36 juta
dollar di cinema antarabangsa dan menjadi filem tertinggi jumlah kutipan di
pasaran global dan kedua tertinggi jumlah kutipan box office tahun 2019.
Murad Ahmed (Ranveer Singh), pelajar kolej yang hidup daif
bersama keluarga dan mempunyai seorang ibu tiri bila ayah dia, Aftab (Vijay
Raaz) yang baran berkahwin baru. Siang belajar, malam dia terpaksa bekerja
gantikan ayah dia yang patah kaki masa bertugas sebagai pemandu keluarga orang
kaya. Masa dia banyak dihabiskan di luar rumah bersama kawan-kawan dan Safeena
(Alia Bhatt).
Masa festival musik anjuran kolej,, Murad ternampak
persembahan rap MC Sher (Siddhant Chaturvedi) atas stage. Dari situ dia mula follow semua video MC
Sher di FB dan turun jumpa in person di gudang lama. Murad minta MC Sher nyanyi
lagu dia tulis tapi Sher tolak sebab dia cuma nyanyi lagu kisah hidup dia
sendiri dan paksa Murad nyanyi sendiri depan semua.
Awalnya memang kekok dan nervous, even Murad tak mampu nak
diss rapper lain bila battle tapi lepas dia practice dengan Sher, dia mula
pandai rap dan record lagu then publish di Youtube. Sky, pelajar music dari
Berklee College of Music nak jumpa Murad sebab lirik lagu Murad memang unik.
Sky minta Murad dengan Sher bekolabrasi dengan dia untuk final year project.
Untung split 50-50.
Tak ada masalah bab hasilkan album dengan Sky sebab dia
jenis yang cool tapi jadi masalah bila Safeena dapat hidu affair Sky dengan Murad.
Lagi serabut bila ibu Murad, Razia Ahmed (Amruta Subhash) dah tak tahan hidup
dengan Aftab so Murad ajak ibu dengan adik dia keluar dari situ dan tinggal di
rumah pakcik dia, Ateeq (Vijay Maurya). Sangkanya Ateeq akan bantu tapi Ateeq
marah dan hina keluarga mereka.
Murad nampak jalan keluar bila rapper famous, Nas datang ke
Mumbai dan buat rap competition. Hadiah Rs1 juta untuk siapa yang menang. Mampu
atau tak Murad keluar dari kemiskinan dia kena tengok dalam movie ni.
Movie Gully Boy agak panjang tapi kalau garapan zoya Akhtar
memang tak pernah mengecewakan baik dari segi plot dan dialog. Ada yang kata
movie ni sama dengan jalan cerita 8 Miles tapi tak pernah tengok so tak tahu
nak bagitahu sama ataupun tak. Tapi yang pastinya tema sama bila bermula dari
bawah dengan bakat yang ada ceritakan kisah hidup kepada dunia.
Ni bukan pertama kali Ranveer buktikan bakat lakonan dia di
layar perak lepas Lootera, Bajirao Mastani, Padmavaat dan kali ni, Gully Boy
ditambah pula dia perlu buktikan pada Zoya yang dia mampu rap. Hasilnya boleh
tengok dalam nyanyian lagu Gully Mein dan Aapna Time Aayega.
Jalan cerita Gully Boy jadi lebih menarik dengan watak
Safeena yang posesif bila dia mampu belasah Albina yang suka kacau Murad dan
juga Sky. Nampak ganas bila di depan stranger tapi Safeena bertukar karakter
sopan dan penyayang di depan Murad dan parents dia. Menangis tengok scene Safeena
merayu dekat Nasir supaya jangan halang dia pergi kolej. She’s still good in
playing with audience emotion just like she did in Highway, Dear Zindagi and
Raazi.
Watak sampingan seperti Siddhanth antara yang menguatkan
jalan cerita bila dia berlakon sebagai mentor kepada Murad. At times you guys
akan nampak watak dia lebih kuat dari Murad, which I believe Zoya sengaja
highlight dia since GB is his debut movie. Tapi bersesuaian lah dengan watak dia yang confident dan match dengan nama 'Sher' (Singa).
Bila ada movie yang memaparkan kisah kemiskinan macam ni,
the struggle, misery and dilemmas boleh relate dengan life sendiri ditambah
pula dengan hard-hitting dialogues dari Vijay Maurya, the connection with some
characters are quite deep.
'All the great artistwere once broke and hungry. Starving even they would eat anything. They stole beats and turned that hunger into stories. Then they got somewhere. All you need is your truth and that lava within, just let it explodes'
'It means to people, it means something. Even after I die, people will still watch this and feel something. This has value. I have value so don't ever call me worthless'
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4.
Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9.
Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10
wahhh best nie cerita nie. berdasarkan cerita sebenar dan memaparkan realiti kehidupan kita sehari2. sangat berkualiti dan nampak best baca jalan cerita movie nie. nanti nk tengok lah
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
nice sharing
ReplyDeleteWow 36 juta dollar. Banyak tuuu. Jalan cerita menarik and I love rap! Suka dengar rapper rap tapi diri sendiri susah nak rap haha
ReplyDeleteWow movie baru
ReplyDeleteTq for sharing...harap harap dapat peluang menonton filem nie
ReplyDeleteJalan cerita nak bad gak ni..boleh le tengok2 masa tgh boring, atleast nak melapang otak bila tgh stress cari idea nk menulis
ReplyDeleteWah nampak menarik filem ni. Nanti nak cari. Suka filem macam ni. Kisah realiti kehidupan.
ReplyDeleteStory line macam menarik. 2 3 hari dok layan Tara channel. Boleh cari movie ni nanti
ReplyDeleteWoww cerita dia.. Macam best je.. Bayak sangat knflik dia ye.. Yang paling best part safeena tumbuk tu.. Hehehe.. Boleh la tengok cerita ni..
ReplyDeleteAgak menarik jalan cerita dia
ReplyDeletewahhh best nie cerita nie. berdasarkan cerita sebenar dan memaparkan realiti kehidupan kita sehari2. sangat berkualiti dan nampak best baca jalan cerita movie nie. nanti nk tengok lah
ReplyDeletemenarik jalan cerita dia..
ReplyDeleteMacam best je movie ni. Kalau free time weekend memang boleh je layan movie ni.
ReplyDelete