Movie Review : A Boy Called Sailboat

Sunday, 5 May 2019


Director : Cameron Nugent
Writer : Cameron Nugent
Cast : Julian Atocani Sanchez, Neil Gugliemi, Elizabeth De Razzo, Jake Busey, J.K Simmons, Keanu Wilson, Rusalia Benavidez
Production Company :
Distributor :
Genre : Drama/Comedy
Running Time : 92 minutes
Release Date : 5 February 2018
Trailer :


Dah lama tak layan movie bertemakan kanak-kanak, kali ni layan kisah si kecil Sailboat (Julian Atocani Sanchez) yang tinggal dengan keluarga Mexican-American dia di kawasan sunyi dan terpencil berhampiran sempadan di Texas. Rumah diorang pun tunggu masa nak roboh je. Nasib ada tiang sebatang tu, kalau tak dah masuk hospital satu family.

Nak dijadikan cerita Sailboat terjumpa sebuah ukulele di tempat buangan sampah masa dia tengah bermain dengan kawan baik dia, Peeti (Keanu Wilson) . Dia tak tahu pun apa fungsi ukulele tu tapi dia bawa ke sana sini sebab dia suka dan nak belajar untuk main. 


Ayah dia dapat call dari hospital mengenai keadaan mak dia, Abuela (Rusalia Benavidez). Masa melawat singkat je nak pula bila Abuela taknak bercakap langsung hari tu. Tapi sebelum diorang balik Abuela minta Sailboat buatkan lagu untuk dia sebelum meninggal bila dia ternampak Sailboat pegang ukulele tu.

Sailboat yang sayang dengan Abuela, berazam nak buatkan lagu terindah untuk dia. Tak selamanya hari Sailboat indah bila dia kena buli dengan Tommy sampai tali ukulele dia putus. Ayah Sailboat, Jose (Neil Gugliemi) memang pantang bila family dia kena kacau tak bersebab. Sebelum ni Jose mengamuk bila isteri dia, Meyo (Elizabeth De Razzo) kena kutuk sebab tak pandai bergaul. Jose ajak Sailboat pergi rumah Tommy minta ganti. Tak memasal Sailboat dapat tali ukulele baru yang terbaik tambah CD untuk belajar main.


Lepas belajar dari CD tu, Sailboat berjaya hasilkan satu lagu yang sangat indah tapi dalam movie ni memang takkan dengar pun lagu tu sebab dia berpegang pada quote

“Sometimes when you think of someone, all goes to quiet”

So everytime Sailboat dengarkan lagu tu you guys akan wondering apa lagu yang Sailboat nyanyi sampai semua orang menangis terharu, yang marah jadi sayang, yang lemau jadi bermotivasi, yang benci jadi cinta.


Dari kawan-kawan dan family makin bertambah ke satu sekolah. Makin kecoh bila setiap hari ada strangers dari luar kawasan pecan terpencil tu datang semata nak dengar lagu Sailboat nyanyi sampai penuh kawasan rumah Sailboat. Mak dia yang pandai buat meatball pun boleh berniaga dekat situ.

Tapi Sailboat taknak pun orang puji lagu dia best, dia nak jumpa Abuela tunaikan permintaan terakhir tu. Sailboat kecewa ayah dia tangguh setiap kali Sailboat ajak pergi ke hospital sudahnya Sailboat lari dari rumah. Mampu tak Sailboat tunaikan permintaan Abuela tu you guys kena tengok sendiri.


Jalan cerita movie ni sangat simple, budget pun tak banyak keluar sebab movie ni berkonsepkan minimal. Dialog pun tak banyak so pelakon lebih kepada guna body language and face expression tambah pula bila dengar lagu Sailboat.

Keindahan movie ni terletak pada kekuatan lakonan Julian Atocani Sanchez sebagai Sailboat. Karakter dia sebagai anak dan cucu yang baik ditambah pula dengan sikap penyayang dia pada semua orang even yang buat jahat pada dia buat kita rasa music yang dia hasilkan tu sesuatu yang mampu menenangkan hati. Such an innocent and adorable kid.


I love how the story flows, the character, the brightness tone for visual, the comedy and drama involved, semuanya just nice for a relaxing Sunday. You guys should watch this movie. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

3 comments

  1. Baru jgak cite ni ya. Tahun lepas. Dari jalan cerita nampak simple tp mesti best ni. Rating pun full. Hehe

    ReplyDelete
  2. sepatutnya cerita2 mcm nilah yg perlu diperbanyakkan...

    ReplyDelete
  3. agaknya, banyak scene sedih tak? kene sedia tisu kalo nak tengok cite family oriented ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.