Movie Review : 2.0

Wednesday, 22 May 2019


Director : Shankar
Writer : Shankar, B. Jeyamohan, Madhan Karky (Dialogues)
Cast : Rajinikanth, Akshay Kumar, Amy Jackson, Sudhanshu Pandey
Production Company : Lyca Productions
Distributor : Lyca Productions, Dharma Productions, AA Films
Genre : Sci-fi, Action
Running Time : 147 minutes
Release Date : 29 November 2018
Trailer :


Movie 2.0 ni sequel kepada movie Enthiran tahun 2010 yang mengisahkan tentang Vaseegaran (Rajinikanth), seorang saintis dan mencipta robot manusia, Chitti (Rajinikanth). Kali ni dalam 2.0 disebabkan Chitti disimpan dalam pejabat kerajaan disebabkan kerosakan dan bahaya yang mengancam negara, Dr. Vasee cipta Nila (Amy Jackson) untuk bantu dia di makmal dengan teknologi yang sama dengan Chitti cuma RAM Nila banyak drama dengan movie Hindustan lah. Suka tengok Nila quote dialog movie sebab comel sangat. 


Masalah timbul bila semua smartphone di bandar Chennai terbang dan hilang dari radar. Semua smartphone dimatikan so tak ada siapa pun dapat trace. Kecoh semua orang sebab nak berniaga tak boleh, students tak boleh study, tak boleh contact orang lain, data dekat dalam tu pun takut ada yang bocorkan, yang simpan harta attach dengan smartphone pun mula gelabah.


Semua smartphone yang hilang tu berkumpul dekat satu tempat dan bergerak ke rumah owner kedai smartphone, Jayanth untuk bunuh dia. Smartphone masuk dalam bilik dia dan mula masuk dalam badan dan keluar secara paksa sampai satu badan hancur. Pihak polis call Dr. Vasee untuk bantu siasatan dalam kes ni.

Bila siasat rupanya semua ni angkara roh Pakshi Rajan (Akshay Kumar) yang mati sebab bunuh diri di menara pencawang. Radiasi dari pencawang tu hasilkan gelombang aura tenaga negatif dan hidupkan kembali Pakshi. Sebab tu semua smartphone boleh bergerak sendiri ikut kuasa Pakshi.


Dalam movie ni Pakshi jatuh sayang dengan burung sejak dia lahir lagi bila burung selamatkan dia bila jantung dia berhenti. Pakshi belajar untuk kenal burung dengan lebih mendalam dan jadi seorang ornithologist dan mempunyai rumah yang dipenuhi dengan burung pelbagai spesies. Tapi disebabkan menara pencawang makin banyak, burung mula mati disebabkan radiasi yang terhasil dari pencawang.

Ikut kajian, sebanyak 6.8 juta burung telah mati dan gagal untuk membiak disebabkan menara pencawang bila telur burung gagal membentuk dengan sempurna. Pakshi pergi berjumpa dengan Jayanth untuk tutup menara pencawang nak pula bila menara dia melebihi frekuensi yang ditetapkan kerajaan. Of course Jayanth bantah permintaan Pakshi sebab business dia akan rugi besar. Reaksi yang sama bila Pakshi pergi jumpa menteri dan lagi bertambah kecewa bila rayuan dia ditolak di mahkamah. Disebabkan kecewa tak dapat bela nasib burung-burung yang ada, Pakshi pun bunuh diri.


Terkesan juga bila tengok movie ni especially scene Pakshi ceritakan kisah hidup dia sebab teknologi kita dah mengancam spesies hidupan lain. Bila Google memang betul radiasi dari menara pencawang buat burung terancam. Bukan setakat burung je tapi lebah, serangga dan binatang lain pun terkesan jugak cuma sekuat mana kesan buruk tu saintis tak dapat jawapan lagi.

Mesej 2.0 ni lebih kepada teknologi dan alam sekitar which is great bila kita dah terlampau syok dengan teknologi sampai kita lupa ekosistem perlu dijaga, Bumi perlu dijaga sebab rantaian makanan kita berkait dengan rantaian haiwan juga.


Walaupun watak Pakshi tu mengancam manusia tapi dia sebenarnya nak jaga burung daripada pupus je. Betul apa dia kata, manusia terlampau gunakan handphone walhal untuk perkara sia-sia macam selfie ataupun bergosip. Bukan dia minta untuk hapuskan terus cuma kurangkan penggunaan je tapi manusia ni perangai dia selagi tak ancam nyawa dia, selagi tu lah dia tak serik.

Suka tengok VFX movie 2.0 ni especially scene Chitti 2.0 berlawan dengan Pakshi Rajan dekat stadium. VFX nampak cantik onscreen cuma ada certain part lah nampak kartun sikit, tak sia-sia lah labur sampai billion untuk hasilkan movie ni.


Action scene antara Chitti dengan Pakshan not bad lah sebab kreatif tapi pelik dekat scene stadium tu bila Chitti jadi bola berapi tembak Pakshi sambil rolling. Dalam stadium tu ada ramai orang tapi dia tembak rambang ikut suka dia je. Yang kena tembak tak mati pulak tu. Happy lari sana sini padahal peluru kemain besar.

Jalan cerita dah bagus, visual pun cantik, lakonan masing-masing pun bagus. Ada tengok BTS movie ni bila Akshay kena makeup untuk watak Pakshi ni sampai berjam tapi berbaloi lah sebab karakter dia hidup dan terkesan.


Dalam movie ni ada 3 lagu tapi jadi background song masa cerita berjalan except dekat credit scene. Paling best lagu Tu Hi Re sebab lirik kreatif sangat guna terms IT sebab percintaan robot Citti-Nila haha.


Overall this movie memang sequel terbaik untuk Enthiran dan movie wajib tengok bukan sebab Rajinikanth je tapi sebab jalan cerita dan mesej dia walaupun ada part fiksyen macam tenaga aura Pakshi but still worth it. Nanti mungkin ada 3.0 pulak. Can’t wait!

1. Team Production +1, 2. Visual +0.9, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

11 comments

  1. OMG id ok cari mana laa akshay nya?!?! HAHAHHAHAAH jadi jahat tu haa kena makeup dh xd akshay yg hensem hot macho dh hilang! HAHHAHA adoi dia berlakon mmg best!

    ReplyDelete
  2. Filem lakonan Rajinithan mmg tak pernah mengecewakan..k mid mesti tengok tapi yang nie belum berkesempatan tapi lepas baca review farhana terus nak tengok :))

    ReplyDelete
  3. Wah.
    Menarik juga jalan cerita dia.
    Kang Rawlins nak try tengok kat rumah la, nak tengok effect dia.

    ReplyDelete
  4. Filem Tamil memang gila2 cikit, tapi best

    ReplyDelete
  5. Cerita cerita macam ni sis tak berapa berminat, mungkin faktor usia kot..hehehe. Kalau romatik n seram2 tu minat le

    ReplyDelete
  6. Dah ada movie ni tapi tak berkesempatan nak tengok lag . Baca sinopsis macam sedap cerita ni. Bila nak tengok tak tahulah. Sebelum ni tengok movie ethiran tu memang best. Yang heroinnya aishwarya rai kan

    ReplyDelete
  7. Macam menarik je jalan cerita ni. Thriler cite ni pun nampak banyak aksi yang menarik. Saya jarang tengok cite tamil tapi cerita tamil yang best yg pernah tgk adalah sivaji the bos mmg sy suka tengok lah

    ReplyDelete
  8. kalau ada rajinikanth mmg meletop laa filem ni

    ReplyDelete
  9. Weyhhh, ada sequel rupanya movie ethiran tu. Dulu ingat lagi zaman belajar duk layan movie ethiran dengan roommate. Pastu bantai duk gelak masa scene yg ada nyamuk boleh cakap ke amenda ntah.

    ReplyDelete
  10. Kalau ada mesej macam nie memang menarik.. Harapnya hiburan dan mesej kebaikan macam nie mendapat tempat dan berjaya menegur perangai manusia sekarang..

    ReplyDelete
  11. Wah betul juga kalau kita tak ada smartphone memang tak tau nak buat apa. I like this creative movie, will check it out.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.