Kini Anda Boleh Menggunakan E-Dompet Boost Di Restoran Kfc Seluruh Negara

Wednesday, 29 May 2019


Berita baik kepada pengguna akaun Boost apps sebab you guys dah boleh bayar menu yang dibeli di KFC menggunakan Boost. Pada 23 Mei lepas, syarikat Boost umumkan berita gembira bahawa pembayaran melalui Boost kini diterima di cawangan KFC di seluruh negara supaya pelanggan boleh menikmati hidangan sehingga menjilat jari sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Apa Itu Apps Boost?


Boost merupakan e-dompet terbesar di Malaysia hari ini, dengan 4 juta pengguna dan lebih daripada 80,000 titik sentuhan jualan dalam talian dan luar talian di seluruh negara. Selain perkhidmatan “Scan & Pay” di keai runcit dan F&B, pasar malam dan ‘food truck,’ pengguna boleh melakukan pelbagai urusan, seperti membayar caj meletak kereta di atas jalan dan bil perkhidmatan, membeli tiket bas dan keretapi serta membeli tiket wayang dan menyumbang kepada NGO melalui derma tanpa tunai.

Kerjasama Boost dengan KFC ni bertujuan untuk menguatkan lagi skop cashless di Malaysia dengan kemudahan e-wallet.

“Pihak kami sentiasa mencari peluang bagi mengukuhkan pengalaman digital pengguna dan melengkapi gaya hidup mereka. Kerjasama dengan KFC membolehkan kami meluaskan kebolehcapaian, ketersediaan dan kemudahan tambahan agar penduduk Malaysia mengamalkan gaya hidup tanpa tunai dengan Boost, sambil menerima ganjaran tunai kembali,” kata Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital Services, syarikat induk Boost.



“Kerjasama dengan rakan niaga yang sealiran seperti KFC ialah peluang berharga, membolehkan kami melangkah seiring dan membina sinergi bagi memudahkan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai di seluruh negara,” tambah Khairil.

Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Pengarah Urusan di QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata, ”Sebagai pengendali rangkaian restoran perkhidmatan pantas terbesar di Malaysia, kami perlu peka tentang perkembangan sezaman dan mengetahui perubahan dalam kegemaran dan tingkah laku konsumer. 

Mohd Khairil Abdullah, CEO Perkhidmatan Digital Axiata (kanan) dengan (dari kiri) Chong Ching Kan, Ketua Pegawai Penerangan Kumpulan QSR Brands, Merrill Pereyra, CEO Bahagian Restoran QSR Brands dan Dato' Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Pengarah Urusan QSR Brands di pengumuman rasmi perkongsian Boost dan KFC

Ini supaya kami bersedia dengan rangka kerja dan strategi sewajarnya untuk memenuhi permintaan pelanggan yang kian berubah. Dalam memenuhi peranan ini, kami telah mengintegrasikan beberapa kemudahan dan saluran pembayaran digital di restoran-restoran kami, sesuai dengan langkah tekad kami ke arah masa depan yang lebih bersepadu dan ‘seamless’ buat manfaat pelanggan.”

“Dompet digital semakin menjadi pilihan ramai kerana faedah yang ditawarkan kepada pengguna, dan selari dengan misi kami untuk selalu menawarkan perkhidmatan bernilai tambah kepada pelanggan. Kerjasama dengan e-dompet terbesar di Malaysia, Boost, memacu kelebihan kompetitif kami dalam trend tanpa tunai yang semakin berkembang. Kami berharap pelanggan kami akan menikmati pengalaman menjamu selera yang lebih meriangkan, dengan adanya kemudahan Boost di KFC.”

Untuk meraikan kerjasama Boost dan KFC, semua pembelian minimum RM20 akan mendapat rebat tunai RM5 menggunakan Boost  di semua cawangan KFC sehingga 31 Mei 2019 nanti.

3 comments

  1. hari tu gi KFC pun da nampak ada signage boost ni...mudah dah sekarang ni kan

    ReplyDelete
  2. cashless dah sekarang lebih mudah kan

    ReplyDelete
  3. senang sekarang ye.. tak yah bawa duit dha.. Yang penting ada hp je..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.