Idea

Saturday, 18 May 2019

Tengah makan idea nak menulis datang

Tapi, tengah makan. Tunggu kejap habis nanti baru buka lappy

Bila dah habis makan, buka lappy dan idea pun hilang.


**************

Tengah mandi idea nak menulis datang.

Ulang sebut supaya tak lupa sampai habis mandi

Tengah pakai baju pun ulang sebut lagi

Bila buka lappy, idea pun hilang

**********************

Tengah masak idea nak menulis datang

Ah parah tengah kacau santan ni karang tak menjadi cantik pulak kalau tutup kejap

Sambil masak sambil ingat lepastu kembangkan idea bagi cantik

Habis masak bergegas buka lappy dan idea pun hilang

********************
Tengah drive idea nak menulis datang

Tapi ada dekat luar rumah, data pulak dah habis

Update dekat notes supaya tak hilang

Balik rumah, buka lappy nak update tapi tak faham apa benda tulis dekat notes

Tekan pangkah

***********************

Nak tidur, mata dah berat, lappy dah tutup tapi idea datang

Esok lah, tak daya dah nak buat kerja

Buka lappy sebab teringat idea tertunggak dalam kepala

Klik new post untuk update

Idea tak hilang tapi otak jammed macam mana nak olah bagi entri keluar cantik

Sudahnya tekan pangkah

13 comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hahahaha i feel you. idea datang tak kene masa

    ReplyDelete
  4. faham. kadang idea tu ada tapi bila nak tulis tetiba struggle nak mengolah ayat..hehe

    ReplyDelete
  5. Mungkin seperti itulah blogger ide mendadak datang dan mendadak hilang..

    ReplyDelete
  6. Perkara biasa terjadi. Kadang-kadang idea datang pada masa kita tak jangka. Bila dah plan nak tulis entri, tak ada idea pulak😅.

    ReplyDelete
  7. hahaha.. sindrom blogger. skrg kerap jd mcm ni, nina akan prepare note. nasib baik boleh taip

    ReplyDelete
  8. Hahahaa kadang kadang tengah solat pun datang idea tulis blog tu adoiii

    ReplyDelete
  9. Selalu jadi macam ini.. hehehe.. kadang tu sampai stress..
    bab gambar pun sama.. dah ingat dah nak ambil gambar dulu, eh.. lepas tu lupa.. hahaha..

    ReplyDelete
  10. kena catat dalam phone dulu sambil kacau santan tu...hahahhaha..nanti bukak lappy, rujuk notes kat phone

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.