Tahun ketiga Deepika Padukone mewakili sponsor besar dan jenama terkenal, L'oreal di Festival Filem Cannes. Tahun pertama yang agak dull dan tahun kedua pula wardrobe Deepika semakin improve dan berjaya curi tumpuan banyak pihak.
Personally for me, tak banyak pun outfit Deepika yang berjaya curi tumpuan bila gaya tahun ni hampir sama dengan tahun lepas. Well let's see which one yang cantik di mata you guys pulak. Mana tahu boleh recreate looks dari wardrobe Deepika.
1. Red Carpet Film Screening - 'Rocketman
Gaun putih dihiasi ribbon bersaiz besar di bahagian pinggang dan dada dari Peter Dundas couture jadi pihan Deepika untuk berjalan di karpet merah tayangan perdana filem Rocketman di Cannes tahun ni. Digayakan bersama aksesori sepasang anting-anting berlian berbentuk bulat dan rantai tangan berlian dari Lorraine Schwartz.
Menaikkan seri wajah Deepika dengan gaya glam ni ialah winged eyeliner with high volume di bahagian bawah kelopak mata dan high ponytail untuk tonjol lebih yakin dan cantik di hadapan ramai. Not a fan of this outfit but makeup look and hairstyle is a total love!
2. Event
Hari kedua agak busy untuk Deepika bila jadual agak padat dengan aktiviti luar. Gaya pertama agak sama dengan pilihan tahun lepas bila dia memilih pant-suit bercorak jalur biru berselang putih dari koleksi Louwe dipadankan bersama kasut tumit tinggi bertutup berwarna oren cerah dari Stuart Weitzman.
I personally love the subtle look of her makeup with some highlight on the eyes. Gaya rambut lurus memang sesuai sangat dengan bentuk muka Deepika tambah pula dengan earrings juntaian panjang dari Misho Designs.
3. Event
Tak semestinya pergi Cannes kena pakai heels dan flat kan? Kali ni Deepika tampil berbeza bila dia mengenakan tulle dress berwarna hitam dan bahagian atas berwana hijau neon bercorak kulit ular yang dipadankan bersama sneakers hitam juga sunglass neon hijau. Deepika gayakan koleksi Off White ni dengan gaya rambut lurus yang dibiarkan lepas bebas.
Tak berapa suka sangat dengan gaya ni sebab Deepika nampak agak tenggelam dalam tulle maxi dress ni. Lebih cantik bila dress ni lebih pendek atau kurang mengembang sangat.
4. Event
Gaya musim panas yang diinspirasikan dari gaya Bohemian, kemeja lace jarang dipadankan bersama bra lace dari koleksi Philosophy di Lorenzo Serafini dan juga seluar bercorak jalur halus berwarna putih.
Nude makeup dan ponytail rendah melengkapkan gaya elegan dan chic Deepika. Aksesori dari Alighieri Jewellery dan heels bertutup berwarna krim pekat sebagai pelengkap gaya. What a summer look!
5. Event
Tak lengkap lah summer look kalau tak ada maxi floral dress. Tahun ni Deepika menggayakan maxi floral dress berwarna kuning dan coklat putih berlatarkan putih kelam dan juga dihiasi sepasang reben besar di bahagian bahu dari koleksi Erdem.
Digayakan bersama wedges hitam, gaya rambut sanggul yang disimpul tinggi dan sepasang anting-anting berbentuk bunga dari Lorraine Schwartz. Gaya solekan yang masih sama untuk kesemua gaya pada hari ni. Subtle and simple.
6. Karpet Merah Tayangan Perdana Filem Dolor Y Gloria (Pain and Glory)
Style yang sama dengan tahun lepas di karpet merah Cannes bila Deepika memilih gaun kain kasa berwarna hijau pucuk pisang dihiasi corak ropol di bahagian bahu dan bertingkat dari bahagian badan hingga kain berjela. Rekaan Giambattista Valli ni ditambah bowtie dan tali pinggan satin berwarna krim bersaiz kecil di bahagian atas dada.
Padanan yang cantik bila Deepika memilih strap heels berwarna krim dari koleksi Stuart Weitzman, aksesori dari Lorraine Schwartz jewelry dan headdress berbentuk mawar di bahagian tengah rekaan Emily London. Gaya solek berona lembut dari L'oreal dan gaya rambut yang disanggul rendah di bahagian belakang menaikkan seri Deepika.
7. Airport Looks Dari Cannes
Tampil dengan gaya ringkas dari Cannes, Deepika pulang ke India dengan menggayakan kot labuh denim rekaan Alexander Wang dengan t-shirt hitam Balmain yang dipadankan bersama seluar latex potongan skinny berwarna hitam. Pelengkap gaya bila disesuaikan bersama but hitam dan shade hitam. What a stylish entry!
Tak pasti tahun depan akan ada kemunculan Deepika di Cannes ataupun tidak disebabkan masalah kewangan L'oreal. Kalau ada, I just hope Deepika cari koleksi summer looks yang sesuai dengan bentuk badan dia and play it chic and fun!
kurang berkenan pula dengan gaya dia kali ini cam tak menarik.. kecuali yang last tu..
ReplyDelete