Penulis : Nadia Khan
Penerbit : FIXI
Helaian : 209 mukasurat/ 2 cerita
Genre : Drama
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama –
April 2015
Cetakan Kedua – April 2015
Cetakan Ketiga – November 2015
Cetakan Keempat – April 2016
Cetakan Kelima – April 2017
Harga : RM 20.00
Sinopsis :
Review :
Dalam novel Pakar ni ada 2 cerita
– Pakar Pencuri Jodoh & Pakar Sakit Hati.
Pakar Pencuri Jodoh ni
mengisahkan tentang Liya yang terjumpa Rouk yang menubuhkan Agensi CJ di sebuah
tasik. Disebabkan pertemuan tu, Liya decide untuk guna khidmat Agensi CJ untuk
dijodohkan bersama bos syarikat dia yang kaya dan baik, Khairy.
Rouk pula tugaskan Ben dan Erin
untuk jodohkan Liya dan Khairy sebab Ben-Erin merupakan ejen Agensi CJ yang
mempunyai success rate setinggi 100%. Cuma jadi masalah bila Khairy dan pun ada
kekasih hati, si cantik Julia yang bekerja di syarikat majalah. Erin tak suka
tugasan yang memerlukan dia untuk memutuskan hubungan orang lain untuk satukan
jodoh klien dia. Tapi disebabkan pujuk rayu Ben, Erin terpaksa bersetuju since
Erin dah lama suka dengan Ben.
Ben cuba korek rahsia Khairy dari
Julia dan divert attention Julia sampai ambil keputusan untuk berpisah. Dalam
diam Ben dah mula jatuh suka dengan Julia. Erin pula secara terpaksa bantu Liya
pikat hati Khairy dan Puan Sri. Tapi bila tahu kisah silam Liya, Erin ubah
persepsi terhadap Liya dan bantu Liya capai impian dia.
Pakar Sakit Hati pula mengisahkan
tentang dua pakar psikologi yang bekerja di sebuah klinik terapi – Dr. Max dan
Sandra. Dr. Sandra lebih suka guna pendekatan heart-to-heart dengan pesakit dia
manakala Dr. Max lagi suka sound direct sebab dia agak realis dan malas nak
layan kerenah klien sebenarnya.
Dr. Max berjumpa dengan Nina yang
baru sahaja kehilangan suami dia, Ryan secara mengejut lepas bersukan dengan
kawan-kawan. Tapi lepas 2 bulan Nina mula dihantui oleh bayangan Ryan nak pula
bila habit Ryan yang suka campak stoking merata. Nina ingat tu cuma bayangan
tapi bila Ryan mula bercakap dan sentuh dia, Nina tak nak jadi gila so dia
berjumpa dengan Dr. Max untuk dapatkan rawatan dan bawa Dr. Max datang rumah
untuk tengok keadaan rumah. Terkejut Dr. Max bila dia pun mampu nampak Ryan.
Dr. Sandra pula berjumpa dengan
Encik Fairuz yang berniat nak membunuh isteri dia, Zila yang baran dan marah
tak tentu pasal. Dengan bantuan penyiasat persendirian, Jon dan Joni, kantoi
Encik Fairuz rupanya ada hubungan sulit dengan Mimi. Rakaman telefon mereka
berdua buat Dr. Sandra dapatkan bantuan dari Dr. Max untuk kes ni. Tapi makin
bertambah celaru bila Mimi sendiri datang berjumpa Dr. Sandra mengaku yang dia
sebenarnya psychiatrist Encik Fairuz.
Personally antara 2 cerita ni,
suka sangat dengan huru-hara keadaan dalam cerita Pakar Sakit Hati. Selain tahu
kisah rumahtangga dengan karakter dan personality setiap pasangan, tahu juga
terms psychology dalam relationship.
Cerita Nadia Khan memang tak
pernah mengecewakan dengan plot twist di hujung cerita. For both stories I
mean. Pakar Curi Jodoh pun ada plot twist yang best. Tak sangka langsung ending
dia jadi macam tu dan sarat dengan pengajaran dalam percintaan.
I wish Kak Neddo nak buat sequel
dari dua cerita ni sebab tak puas kot bila baca. Dua-dua cerita ada kekuatan
dari jalan cerita dan konsep dengan penceritaan yang bersahaja dan bahasa yang
santai. Habis baca dalam masa 5 jam je sebab best layan.
1. Author +1, 2.Plot +0.8, 3. Genre +1, 4. Editing +1, 5.
Social Message +1 = 4.8/5
looks interesting
ReplyDeletesaya pun suka cerita pakar sakit hati tu pasal nina, yg lain tak berapa nak ingat dah cerita dia camne..hehe
ReplyDeletecikbunga pon dah lama tak buat book review ... haaaa dah malas nak pegang buku wak ;)
ReplyDeletependek sangat.. memang tak puas.. hehehe..
ReplyDelete