Penulis : Sara Aisha
Penerbit : Karya Seni
Helaian : 743 mukasurat/ 48 bab
Genre : Misteri / Thriller /
Drama
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama –
September 2017
Harga : RM 29.00
SINOPSIS
REVIEW
Sebelum ni pernah terbaca review
dekat blog Tiara pasal novel Aku Lelakimu ni. This is my first time baca karya
penulisan Sara Aisha. A lil bit about Sara, she was graduated from Uni Malaya
in Bioteknologi. Ada Sarjana Pengurusan Perniagaan dari UTM. Selain jadi
penulis, dia ada buat business jugak.
Okay back to the track, novel Aku
Lelakimu mengisahkan tentang Tihani Rose, seorang wartawan jenayah yang busy
dengan kes The White Killer. Modus operandi TWK menculik kemudian patahkan
leher mangsa dan korek biji mata untuk disimpan sebagai koleksi. Semua mangsa
dia akan dipotong rambut pendek dan dipakaikan gaun putih. TWK akan buang mayat
mangsa di kawasan yang sama dia jumpa.
Tihani Rose antara peminat tegar
penulisan Alexander Aryan, penulis novel yang menetap di New York bersama ibu
dan sepupu dia, Benjamin yang juga merangkap pembantu peribadi dia. Kerosakan
otak di bahagian bilateral amygdala di mana individu tak akan merasa takut
langsung terhadap bahaya yang dihadapi. Disebabkan keadaan ni Alex cuba
menyelami dunia psikopat, sociopath dan pembunuh bersiri untuk dia faham
keadaan diri sendiri. Sebelum menjadi penulis, Alex bekerja sebagai polis di
NYPD tapi dia berhenti disebabkan partner dia hampir mati semasa bertugas.
Alex kembali ke Malaysia untuk
book tour dia dan di MPH Nu Sentral adalah detik pertemuan pertama antara dia
dan Tihani Rose. Tanpa pengetahuan Tihani, Alex juga terlibat dalam kes TWK
bila khidmat dia diperlukan untuk bantu Inspektor Edric selesaikan kes. Makin
dirungkai misteri ni, makin saling berkait antara TWK, Tihani dan Alex. Kisah
lampau Tihani punca kenapa TWK mengganas, Alex pula rupanya dah 12 tahun
melindungi Tihani tanpa Tihani sedar.
Nak tahu misteri apa, siapa TWK
dan kenapa Alex jaga Tihani dari jauh, tu kena baca dalam novel tulisan Sara
Aisha ni.
Novel ni agak tebal sampai 700
mukasurat so it tooks me around 1 month untuk habiskan. Bila masuk bab yang
best tu best lah nak baca especially bila TWK mengganas. Bila masuk bab yang
meleweh macam Tihani salahkan diri, Alex salahkan diri, Tihani dengan Alex
jatuh cinta tapi tak mengaku tu haaa mula lah tertidur nyenyak sampai esok
pagi.
Walaupun draggy tapi banyak input
boleh dapat lepas baca novel ni macam karakter dan personaliti psikopat dan
pembunuh bersiri. Kajian ni Sara Aisha ambil dari kes-kes yang famous di negara
luar especially di New York. Karakter Tihani sebagai wartawan jenayah pula
hasil temu ramah dengan Encik Syahril A. Kadir tapi tak banyak input special
yang boleh ambil pun but still the character feels alive because it was
perfectly described.
'Having zero empathy makes you a psycopath, having too much empathy makes you a victim'
'Everyone comes with a baggage. And that baggage comes with two options. Pertama, untuk kita tukar beban tu jadi pendukung. Memaksa kita untuk jadi lebih kuat dan akhirnya beban itu jadi hikmah. Kedua, untuk terus gantung beban itu di bahu. Terus-terusan memasing setiap pergerakan kita, sampaikan kita tak boleh bergerak. Tak boleh move on. Dan akhirnya kita jadi orang kalah yang menyalahkan takdir.'
'Love is a happiness. But love that cannot be spoken is a punishment'
Tahun lepas masa pergi PBAKL di
PWTC ada jumpa Shahrul Ridzwan. Dia tanya nak dia berlakon drama adaptasi novel
mana so ada budak suggest Aku Lelakimu. Since I dah lupa jalan cerita lepas
baca dekat blog Tiara, I diam je lah bila Shahrul tanya jalan cerita dia macam
mana.
Tapi kalau buat drama ambik le pelakon lain. Zul Ariffin lah paling
sesuai setakat ni. Dengan senyum senget dia tu awwww kbai.
1. Author +0.8, 2. Accuracy +1, 3. Writing Style +0.7, 4.Plot
+0.8, 5. Character +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social
Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.9/10
mama suka cerita macam ni
ReplyDeletePart jadi drama tu, tak pastilah pelakon mana yang sesuai.. Tak boleh bayangkan.. hehehe..
ReplyDeleteTapi buku nie memang best.. Buku baru dia tak jumpa pula masa gi Popular aritu..
tak nampak pelakon mana yg best kalau jadi drama..hehe
ReplyDeletewahh,, thriller gitu ekk..karya seni jarang2 ada cerita macam ni..
ReplyDeletememang best buku ni. dah baca. habis baca dalam beberapa hari je sebab masa tu memang tgh mood baca novel kan haha. lagipun jalan cerita Sara Aisha tak boring. tu laju je hee.
ReplyDeletekalau pelakon yang sesuai utk novel ni.. maybe Azrel Ismail/Nazim Othman/Ammar Alfian? haha