Bomboloni Viral Subang Bestari

Friday, 17 May 2019

Sekarang ni memang semua tengah kemaruk dengan Bomboloni sampai gerai kecil terpacak sana sini jual bomboloni. Asalnya Bomboloni datang dari Italyyang dimakan sebagai snek atau pencuci mulut. Nama lainnya Bomba sebab bentuk dia bulat macam bom, lagi satu hal bomboloni memang tinggi dengan kalori.

Bomboloni dekat Subang Bestari ni memang sejenis yang laku keras jugak. Lambat sikit je mesti habis kena sapu dengan orang lain. Kebetulan officemate craving nak makan so adik order lebih sikit. Dapat la rasa apa yang jadi kegilaan sangat tu. 

Dalam 1 pek ni ada perisa tiramisu dan coklat. Sempat rasa yang coklat je sebab siz bomboloni ni agak besar. Tak mampu nak merasa semua. 



Roti dia gebu, memang sedap tapi yang tak bestnya bila inti melimpah. Yes of course ada yang suka sebab tak kedekut tapi bila makan memang akan comot sana sini. Cukup makan 1 biji je sebab rasa dia muak. Makan 1 pun dah boleh kenyang.


Sudahnya ada lagi 4 tak termakan pun. Lepas makan haritu dah tak rasa nak beli dah because for me rasa dia biasa je. 

12 comments

  1. Ada jugak tengok orang jual kat area rumah ni. Setakat ni tak teringin lagi nak cuba sebab macam manis je nampaknya.

    ReplyDelete
  2. makanan baharu ni. rasanya blom sampai kat kelate. kena try..

    ReplyDelete
  3. macam donut jer kan ...cuma sumbat coklat atau yang digemari like stawbery.)

    ReplyDelete
  4. by the way cikbunga dah follow sini ;)

    ReplyDelete
  5. Baru semalam makan Bomboloni :)

    ReplyDelete
  6. Tak pernah cuba lagi tapii sekali imbas macam donut je.

    ReplyDelete
  7. ermmm x pernah nampak kuih nie tpi subang ngan gombak jauh jugak nak pergi

    ReplyDelete
  8. so far belum ada rezeki nk mkn bomboloni. selalu habis or xde org buat jwpn yg diterima...sedih betul😁😒

    ReplyDelete
  9. Ada orang kata rasa dia macam donut.. tapi akak tak pernah try pun.. tak teringin lagi.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. pernah makan sekali je, kawan buat jual..sedap jugak...

    ReplyDelete
  11. yes betul.
    viral bombolini thn ni.
    aida ni memang buat roti & donut kat rumah.
    so not new la bombolini ni, farhana.
    anak2 memang suka makan donut versi gini.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.