Wooden Mini Drawer

Monday, 29 April 2019

Hari ni rasa lemau, nak blogwalking malas, nak baca novel malas, nak lipat baju pun malas sudahnya tangan rasa gatal nak bertukang. Semalam dah buka plastik dah kononnya nak buat sambil tengok drama Nur tapi tak boleh nak fokus pulak sudahnya terbiar macamtu je. 


Makanya hari ni ambil keputusan untuk siapkan mini drawer yang dah nak cecah 3 tahun dalam plastik. Dah beli tahun 2016 tapi sekarang baru nak buka itupun sebab tengah mengemas kotak lama dalam bilik. 

Dalam plastik tu dah bagi sekali manualnya so faham tak faham lah bila baca. 


Nampak tak ada tiga jenis lubang dekat papan tu? Yang bentuk t dengan bulat tu maksudnya kena masukkan benda putih pastu masukkan skru. Kalau yang lubang panjang melintang maksudnya cantumkan dengan lebihan kayu dari papan lain macam puzzle.

First step kena asingkan semua papan ni ikut jenis dia. Lepastu asingkan papan yang nak buat drawer dengan papan yang perlu untuk bahagian rangka. 

Second step, fokus buat drawer. Cantumkan semua part yang perlu lepastu skru untuk penutup bahagian depan. Ada tiga drawer saiz besar dan satu saiz kecil. 


Paling senang nak buat haruslah drawer sebab rangka kena guna banyak skru. Sakit jugak tangan nak squeeze bahan putih sebelum masukkan skru dekat lubang tu. 



Bila semua drawer dah siap, kita susun dekat tepi sebab nak fokus bahagian rangka pulak. Bahagian rangka ni ada base berlubang macam dalam gambar tu. Semua papan tu lepas cantum kena secure dengan getah yang dia bagi sebab taknak bagi longgar ataupun tercabut. 


Dah secure dengan getah, kita masukkan skru pulak dekat semua lubang. Nak masukkan benda putih tu kena squeeze kuat sikit sebab lubang t bukannya besar sangat. 



Kit ni best sebab dia dah provide semua benda cukup lengkap. Tak payah nak fikir mana nak cari screwdriver untuk benamkan skru ni. Tinggal nak guna je. Lagi satu hal bila benda putih ni ada lebihan plastik so susah nak squeeze tapi dalam kit ni dia bagi lebih. Kalau tengah buat tu hilang ke, rosak ke, tak payah risau sebab ada lebih. Skru dengan getah pun sama. 

Lepas beberapa minit gigih masukkan semua skru, tadaaaa dah siap pun rangkanya!


Bila drawer dengan rangka dah siap, boleh lah masukkan drawer dengan jaya dan bahagianya!


Sekarang ni dah ada dua jenis mini drawer ni. Lagi satu ada corak vintage which is my fav, yang baru ni kosong je. 


Nanti kalau ada lagi boleh beli nak letak brooch pulak. Ada je alasan nak membeli kan? ;P

11 comments

  1. ya ampun, rajin nya ko dik... akak nengok benda kecik2 ngn skru2 tuh.. terus rasa blur hehehhe

    hasilnya bila dh siap tu comei, yg corak bunga2 tuh mmg cantik... tp klu akak la, mmg idok la sanggup nk beli hhehhe

    ReplyDelete
  2. wah..comel..bli kt ner ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat EzBuy cik nor, 10 ringgit satu set :)

      Delete
  3. Bila dah dtg penyakit M memang serba serbi xnk buat. Tapi ni malas2 siap juga drawer ya. Terbaik! Hihi

    ReplyDelete
  4. Wah comelnya drawer ni...diy plak tu.

    ReplyDelete
  5. Tgk gmbr kelima tu nmpk mcm besr ja. ..

    Tpi comel la drawer ni

    ReplyDelete
  6. sy fhm 'penyakit' org pompuan ni 😆😆😆

    ReplyDelete
  7. suka rak DIY macam nie.. yang ada corak vintage tu cantik..

    ReplyDelete
  8. lamanya peram, kalau saya la dapat barang je terus excited nak pasang..hehe

    ReplyDelete
  9. cantik kejadiannya best

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.