Tragedi Cinta Zeenat Aaman

Friday, 26 April 2019


Zeenat Aaman a.k.a Zeenie Baby, bekas Miss Asia Pacific 1970, antara actress cantik jelita yang famous pada era 70-an. Dia merupakan trendsetter diva yang terkenal dengan western culture dan fashion icon.

Jatuh cinta dengan Sanjay Khan lepas berkerja kali kedua di set movie Abdullah. Sanjay Khan antara top actor pada era yang sama, ayah kepada pelakon Zayed Khan dan juga bekas isteri Hrithik Roshan, Susanne Khan.


3 November 1979, jam 4 petang Zeenat dapat call dari Sanjay tapi dia ignore sebab dia busy shooting. Jam 4.30 Sanjay call lagi & Zeenat angkat. Sanjay minta Zeenat cari tarikh untuk reshoot balik lagu untuk movie Abdullah walhal movie tu dah siap dubbing dah pun. Tapi Sanjay nak jugak reshoot balik dan perlukan 4 hari. 

Zeenat tak mampu nak tunaikan permintaan Sanjay sebab dia dah terikat dengan jadual shooting movie lain. Sanjay bengang Zeenat tak nak ikut cakap dia & tuduh Zeenat ada affair dengan B.R. Chopra, director movie baru tu. Yang ada dekat set tu dengar Zeenat jerit separuh menangis bagitahu Sanjay dia tak ada affair dengan orang lain sebab Zeenat memang sayang sangat dengan Sanjay.

Phone call conversation Zeenat-Sanjay berlarutan sampai setengah jam, cuba yakinkan Sanjay yang dia sayangkan Sanjay. Sudahnya Zeenat minta izin B.R. Chopra untuk habis shoot awal sebab dia kena pergi jumpa Sanjay bincang hal reshoot schedule tu.Tak guna pun diorang nak teruskan shooting sebab semua dekat set dengar Zeenat bergaduh dengan Sanjay. 

Jam 5.30 petang Zeenat pergi ke rumah Sanjay ditemani oleh hairdresser dia, Flory tapi Sanjay tak ada dekat rumah sebab dia ada private party di Hotel Taj. Jam 9.30 malam Zeenat sampai di hotel Taj dan minta panggilkan hos party, Mr Kamal Sidiqi dekat Neptune Suite. Dia minta izin dengan Mr. Kamal untuk jumpa dengan Sanjay in private sebab nak bincang hal reshoot lagu.

Tapi Mr Kamal taknak bincang hal reshoot dan paksa Zeenat join private party tu. Bila Zeenat masuk, suasana jadi tegang. Sanjay yang dah mabuk tanya Zeenat kenapa dia datang situ.

Jam 9.45 malam, Zeenat request dengan Sanjay nak cakap in private tentang reshoot lagu. Zeenat nak settle cepat sebab dia kena balik ke Lenovla sambung shoot yang tergendala secepat mungkin. Sanjay ikut Zeenat keluar dari party tu pergi ke adjoining room.

Dekat situ Sanjay pukul Zeenat sebab dia marah dengar gossip Zeenat ada banyak skandal terutamanya gossip Zeenat ada skandal dengan abang dia, Feroz Khan. Staff hotel yang nampak kejadian tu pun tak berani masuk campur.


Sanjay pukul Zeenat sampai jatuh dan luka di kepala lepastu dia angkat Zeenat dengan tarik rambut Zeenat lepastu pukul lagi dan lagi. Tak cukup dengan tangan, Sanjay pukul dengan kasut. Semua orang dengar Zeenat menjerit tapi tak ada yang pergi tolong.

Flory yang datang dengan Zeenat nak pergi bantu tapi kena halang dengan yang lain. Bila Flory masuk dalam bilik tu dia jadi takut bila Sanjay cekik Zeenat sampai terangkat satu badan. Lepas Flory lari, Zarine isteri Sanjay pula masuk dalam bilik tu.

Bukan dia nak tolong Zeenat tapi jadi batu api supaya suami dia belasah Zeenat lagi. Tetamu yang ada dekat party tu langsung tak membantu, Pameshwar kata macam mana nak tolong kalau Sanjay dah serupa orang gila.

Dah puas belasah Zeenat, staff hotel  bawa Zeenat masuk ke kereta untuk dibawa ke hospital. Badan Zeenat penuh dengan luka, hidung Zeenat tak berhenti keluar darah, rambut dah kusut, muka bengkak. Zeenat tak berhenti menangis sebab sakit dan malu dibelasah depan orang ramai.

Keluarga Zeenat, Dr. A Massa bagitahu Cineblitz magazine yang keadaan Zeenat teruk sangat. Muka dia penuh dengan darah, luka, bengkak dan lebam hitam di mata. Dalam bebola mata pun ada gumpalan darah, bibir dia banyak kesan luka. Semua luka ni akan ambil masa 4 hingga 5 bulan untuk sembuh sepenuhnya.

Tapi paling teruk keadaan mental Zeenat yang terkejut dengan perbuatan Sanjay sampai trauma. Nurse terpaksa inject anti-depressant sebanyak 3x sehari kepada Zeenat sepanjang  8 hari dia di hospital. Sanjay ada datang untuk jumpa Zeenat tapi Dr. A Massa halau balik. Ni bukan kali pertama Zeenat kena pukul dengan Sanjay. Sebelum ni Zeenat kena tumbuk dekat mata dan disepak di rusuk. Dia minta Zeenat buat X-ray sebab takut ada tulang yang patah.


Zeenat tak buat laporan polis pun sebab dia sayangkan Sanjay dan maafkan perbuatan kejam Sanjay. Dah ramai rakan industry yang warning Zeenat jangan bercinta dengan Sanjay sebab perangai dia teruk tapi Zeenat degil. Dia sangka rakan industry sengaja pandang rendah pada Sanjay.

Zeenat kata dia sayang Sanjay sampai tahap nak naikkan nama Sanjay dalam industry ke level ‘King’. Pengarah, produser, co-star semua dah advice Zeenat yang Sanjay cuma bercinta dengan dia sebab nak release movie Abdullah je.


Semua nampak pengorbanan dan usaha Zeenat nak naikkan nama Sanjay sebab masa tu nama Sanjay dah jatuh. Kalau bukan sebab Zeenat yang pujuk producer dan cari dana untuk movie Abdullah, memang tak boleh siap projek tu. Abdullah pula movie pertama Sanjay sebagai pengarah dan merupakan movie paling mahal pada zaman tu. Sayangnya tak raih kutipan tinggi pun di India tapi diterima di negara luar disebabkan populariti Raj Kapoor di Soviet Union.


Ada yang assume Sanjay dah berkomplot dengan Zarine untuk buang Zeenat. Sanjay sengaja call Zeenat untuk reshoot lagu dalam movie Abdullah walhal movie tu dah ready untuk release dah. Kenapa baru malam tu Zarine nak marah Zeenat pasal affair Sanjay-Zeenat sedangkan dia dah tahu yang diorang berdua dah kahwin dah pun dan Zarine berkawan baik dengan Zeenat. Even payment Zeenat berlakon dalam Abdullah pun tak dibayar.

Zeenat dan Sanjay berkahwin pada 30 Disember 1978 di Rajashtan dengan kehadiran 2 orang saksi masa tengah shooting Abdullah dan bercerai pada 24 November 1979. Perkahwinan diorang tak bertahan lama pun sebab Sanjay selalu pukul Zeenat.

Tahun 2005, kawan rapat Zeenat, Shobha De pernah tulis pasal tragedi hitam yang mengejutkan di Btown dalam buku dia.



Tahun lepas Sanjay terbitkan autobiografi bertajuk ‘The Best Mistake of My Life’ tapi kelakar bila dia tak letak pun kisah dia belasah Zeenat sampai buta sebelah. Autobiografi Sanjay Khan ni sama level dengan movie Sanju, fake and whitewashed image!




Untuk launch event autobiography ni pun journalist dah kena warn supaya jangan tanya soalan tentang #MeToo ataupun Zeenat Aman. 


Kisah Zeenat Aman sebaliknya dikiaskan dalam autobiografi sebagai kisah cinta putera dan puteri, watak utama dalam movie yang dia nak sangat buat lepas Abdullah.



Disebabkan ramai kawan journalis yang rapat dengan Zeenat bantah terbitan buku ni, fans Sanjay Khan blame Zeenat Aaman sengaja cari publisiti masa tu bila kecacatan tu wujud sejak lahir berpunca dari penyakit keturunan bila mak Zeenat ada Strabismus.

Lepas tragedi hitam dengan Sanjay Khan, Zeenat bercinta dengan Mazhar Khan yang muda 10 tahun dan berkahwin pada 1985 walaupun mak Zeenat tak setuju. Rakan industri pun ada yang larang Zeenat sebab Mazhar bermasalah.


Tapi Zeenat tetap dengan keputusan dia untuk berkahwin sebab dia rasa dah sampai masa untuk ada anak dan dia rasa Mazhar adalah cinta sejati. Sepanjang berkahwin dengan Mazhar dia dapat 2 orang anak tapi dalam masa yang sama Mazhar curang dengan perempuan2 lain. Sama jugak dengan Sanjay, Mazhar pun jenis kaki pukul disebabkan pengaruh dadah.


Zeenat sedar dia dah buat silap besar tapi Zeenat tetap setia selama 12 tahun dengan Mazhar demi family kecil dia. Ramai yang kata Zeenat boleh bertahan dengan lelaki kaki pukul sebab ayah dia pun jenis kaki pukul. Even ex dia sebelum Sanjay pun jenis abusive.

Tahun 1993 Mazhar buat liposuction mengakibatkan hati dan pancreas dia rosak sebab berat hilang secara mengejut. Sepanjang dia sakit, Zeenat yang jaga di hospital dan belajar cara untuk cuci luka. 

Sepanjang 5 tahun dia bagi segalanya yang dia ada kepada Mazhar sampai dia rasa penat dan hilang arah. Zeenat failkan penceraian pada tahun 1997 dan Mazhar meninggal pada tahun 1998. Berita ni tak diterima baik oleh keluarga mertua.


Mak mertua, kakak ipar dan abang ipar datang ke rumah Zeenat dan rosakkan semua barang yang ada, mengamuk tuduh Zeenat tak jaga Mazhar dengan baik. Duit peninggalan Mazhar semua kena kebas dek keluarga mertua, sikit pun tak tinggal untuk cucu.

Zeenat buat police report atas tuduhan mencabul dan menceroboh masuk. Disebabkan kes ni, Zeenat menang hak penjagaan anak-anak dan hidup sebagai ibu tunggal sampai lah sekarang.



Zeenat katanya akan berkahwin dengan businessman dan anak-anak pun setuju dengan keputusan dia. Zeenat kata kalau dia mampu ulang balik masa, dia akan dengar kata mak dia, dia akan dengar nasihat kawan-kawan dia sebab kisah cinta dia antara benda yang paling dia nak sangat lupakan dalam hidup terutamanya kisah dia dengan Sanjay Khan. 

9 comments

  1. Wow, mmg tahan lasak la tp mmg sedih la kan asyik kena pukul..

    ReplyDelete
  2. sedihnya cerita dia..padahal dia pon layak bahagia..

    ReplyDelete
  3. sedih pulak rasa..kesian sangat kat dia...faham sangat hati seorang perempuan yang terlampau sayang pada seorang lelaki melebihi sayang pada diri sendiri...

    ReplyDelete
  4. Mencabarnya kisah cinta dia.. Serius sedih tabah betul orangnya

    ReplyDelete
  5. pergh!! menacabar betul kisah hidup dia..

    ReplyDelete
  6. Lelaki ni sangat disgusting dan sampai ke akhirnya dia tak own up to his mistake. Even has the audacity untuk tulis seolah hubungan dia dengan Zeenat hanya konflik kecil. Semoga Tuhan bahagiakanlah Zeenat. Dugaan dia bukan main besar.

    obsesidrama.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Fuhh, complicated betul kisah diorang ni!

    ReplyDelete
  8. Zeenat ni mmg suka trouble person laa

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.