Production Company : Benaras Media Works, Soham Rockstar
Entertainment
Genre : Drama
Running Time : 140 minutes
Release Date : 3 August 2018
Trailer :
Movie Mulk arahan Anubhav Sinha
mengisahkan tentang Shahid (Prateik Babbar) letupkan sebiji bas dan
mengorbankan 16 orang atas nama jihad. Komuniti kejiranan di kawasan keluarga
Shahid tinggal mesti lah terkejut dengan berita ni dan tuduh keluarga Shahid
lahirkan pengganas. Tapi malangnya even parents Shahid tak tahu menahu pasal aktiviti
Shahid selama ni.
Shahid diburu dan dikepung oleh
polis tapi penyudahnya dia bunuh diri. Shahid selamat dari dihukum di dunia
tapi keluarga dia? Ulang alik ke balai polis untuk siasatan, rumah pula kena
geledah dengan polis, jiran-jiran pulaukan keluarga diorang. Even worst kena baling batu, rumah pula penuh tulisan balik ke Pakistan.
Pakcik Shahid, Murad Ali Mohammed
(Rishi Kapoor) yang dah bersara dari profesion peguam dengan bantuan menantu
dia, Aarti (Tapsee Pannu) jadi peguambela untuk ayah Shahid, Bilaal (Manoj
Pahwa). Belum habis kecewa dengan Shahid, Bilaal kena turun naik court untuk
dakwaan keluarga dia memang train pengganas bila laptop Shahid penuh dengan
cara-cara untuk buat bom. Tak lama lepas tu Bilaal meninggal disebabkan sakit
jantung.
Mulk mengangkat tema stereotype dan
Islamophobia di kalangan masyarakat dan perpaduan dua agama untuk keharmonian
negara.
“We should not keep doing the
same, age old things in the name of religion. Even religion should adopt and
evolve along with the modern age.” – Mulk
Mulk diadaptasi dari kisah sebenar yang berlaku di Kanpur bila anak Sartaj,
Saifulla join ISIS dan dibunuh pada 9 Mac 2017 oleh UP Anti-Terrorism Squad di
Lucknow, India. Sama macam dalam movie, Sartaj taknak terima mayat anak dia
sebab anak dia pengkhianat kepada negara. Disebabkan kes ni, Menteri Dalam
Negeri bangga dan puji tindakan Sartaj di Parlimen
Jalan cerita Mulk ni
menarik dan digarap dengan baik untuk menceritakan tekanan yang keluarga Murad
dan Bilaal terima, tapi still tak faham macam mana keluarga ni boleh terlepas
pandang aktiviti Shahid sebagai pengganas sebab keluarga Shahid boleh kata
cerdik jugak lah tapi mungkin disebabkan jenis yang suka butakan mata bila anak buat
silap buat satu keluarga merana.
Not judging but you guys can
watch what happened when something fishy happened in this movie. Susah nak
besarkan anak-anak sekarang bukan setakat masalah seksual je tapi masalah
keganasan dan salah tafsir erti jihad. Fasisme yang ditanam dan dilaungkan
secara umum sampai membahayakan manusia lain. Nazi, ISIS, laungan ‘pendatang’dari
sesetengah individu yang susah buat sesebuah negara capai perpaduan. Macam
dialog dalam movie Mulk :
‘Terrorism is a criminal act, not
a communal act’.
Lakonan dan chemistry antara
Rishi dan Tapsee nampak cantik onscreen. I think Tapsee pandai cari chemistry
dengan senior actor tanpa tenggelamkan diri dia macam mana dalam movie Pink
dengan Amitabh Bachchan. A great year jugak untuk Neena Gupta bila Mulk dan
Baddhai Ho sama naik dan serlahkan talent dia onscreen.
Walaupun skrip agak lemah terutamanya
scene dalam bilik mahkamah tapi perjalanan movie ni memang cantik dan wajib
tonton.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.2, 4.
Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Moralnya..setiap apa yang kita lakukan impaknya perlu juga diambil kira.
ReplyDeletedah tengok movie Mulk ni, mmg best..
ReplyDelete