Movie Review : Guava Island

Thursday, 25 April 2019


Director : Hiro Murai
Writer : Donald Glover, Stephen Glover, Ibra Ake, Jamal Olori, Fam Udeorji
Cast : Donald Glover, Rihanna, Nonso Anozie, Letitia Wright
Production Company : New Regency Productions
Distributor : Amazon Studios, Regency Enterprises
Genre : Musical / Drama
Running Time : 56 minutes
Release Date : April 11, 2019 (Coachella) & April 13, 2019 (United States)

Minggu lepas ada nampak video clip lagu Summertime dekat Twitter. Video clip dia comel nak pulak ada Rihanna, tak la minat dengan Rihanna cuma excited dengan lagu tu. Rupanya lagu tu datang dari movie Guava Island ni. Terus tengok sebab lagu tu comel.

Guava Island ni nama je guava tapi tak ada pokok guava pun sebab keistimewaan dekat pulau yang terpencil di tengah lautan ni ada ulat sutera biru. Sayangnya orang yang jumpa ulat sutera tu dibunuh dan business pakaian dipelopori oleh Red. Dia kerah semua penduduk dekat Guava Island ni bekerja dengan dia.


Red ni agak kejam la sebab dia akan bayar gaji rendah je dan tak ada siapa pun pernah keluar dari pulau tu. Tak ada yang kaya selain Red. Turun-temurun kisah ni diceritakan sebagai bed time stories dan cerita ni sampai ke generasi Kofi (Rihanna), tapi dia tak percaya dekat luar dari Guava Island ni tak ada kehidupan yang lagi bagus. So impian dia nak keluar dari situ.

Jiran dia, Deni Maroon (Donald Glover) pandai main gitar dan nyanyi. Dari first time dia dengar lagu Deni nyanyi sampai lah both of them jatuh cinta. Sayangnya impian Deni nak stay dekat Guava Island dan ubah nasib penduduk dekat situ. Dia nak cipta lagu untuk bangkitkan semangat penduduk Guava Island.


Deni invite semua ke festival muzik pada malam Sabtu tapi jadi masalah kepada Mr. Red (Nonso Anozie) sebab bila semua berjimba dekat festival tu, sah esoknya tak ada yang datang kerja. Business dia boleh rugi sebab satu hari tak ada production. Orang upahan Mr. Red culik Deni untuk ugut suruh batalkan festival tu. Tapi Deni tetap teruskan jugak walaupun dia takut. Apa jadi dengan Deni lepastu kena tengok sendiri la dalam short movie ni. 


Jalan cerita movie ni simple je, lebih kurang bed time story untuk tidur. The momentum changed dekat hujung movie sebab ada plot twist. Tengok dalam movie ni memang betul lah Rihanna ni manusia yang busy sebab sekejap je screentime dia but still a strong character dan menyerlah onscreen nak pulak bila dia emote with her facial expressions and body gestures je. Kalau movie ni dipanjangkan sikit cerita dia mungkin best sebab rush sangat nak habiskan cerita. 

Since movie ni untuk ditayangkan di Coachella, director guna wardrobe yang bercirikan konsep Coachella. Suka tengok outfit biru Rihanna dekat hujung movie tu. Tone warna yang director guna pun nampak cantik dan subtle. Lagu-lagu dalam movie ni semuanya comel dan best! Suara jenis soft berlenggok tapi kecewa la sebab Rihanna tak nyanyi langsung pun.


Apart from storyline and songs, message dalam movie ni memang mendalam. Nak buat sesuatu yang besar, kita kena korbankan sesuatu yang besar jugak. Happy ending tapi dalam interpretation Guava Island.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 9.5/10

1 comment

  1. Tengik trailer menarik...nanti akak cari citer ni..tgh mc ni..boring giler

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.