Director : Majid Majidi
Writer : Mehran Kashani, Majid Majidi
Cast : Ishaan Khatter, Malavika Mohanan, Goutam Ghose, Amruta Santosh Thakur
Production Company : Zee Studios, Namah Pictures
Distributor : Zee Studios
Genre : Drama
Running Time : 120 minutes
Release Date : November 20, 2017 (IFFI), April 20, 2018
(India)
Trailer :
Sebelum ni dah pernah review
movie
Dhadak, kali ni review pasal movie debut Ishaan Khatter, adik kepada
Shahid Kapoor. Ni beria tengok sebab kawan Twitter banyak kali remind tengok
movie BTC ni sebab dia kata best sangat Ishaan berlakon. Congrats to Ishaan for his Filmfare Debut Best Actor award last year. He totally deserves the award.
Kalau dalam Dhadhak watak Ishaan
sebagai si romeo yang jatuh cinta tapi dalam movie BTC watak Ishaan sebagai Aamir,
penjual dadah di bandar Mumbai. Hidup merempat dan pastikan bisnes selamat dari
polis. Silap langkah bila dia ugut bos besar untuk bayar payment dia on time.
Sudahnya tempat diorang proses dadah kena terjah dengan polis.
Aamir sempat lari dan berjaya sembunyikan
diri dalam longgokan kain di tempat kakak dia, Taara (Malavika Mohanan) bekerja.
Taara minta bantuan Akshi (Goutam Ghose)sembunyikan dadah yang Aamir bawa. Esoknya
bila Taara minta balik dadah tu dengan Akshi, lain pula yang jadi bila Akshi
cuba nak rogol dia. Nak selamatkan diri, Taara pukul kepala Akshi dengan batu
sampai Akshi cedera teruk dan ditahan di ICU.
Bangun dari tidur, Aamir terus
pergi ke tempat kerja Taara tapi Taara dah dibawa ke balai. Aamir yang masih
belum dapat hadam apa yang jadi berlari kejar trak polis sampai ke penjara.
Bila dia dapat tahu Akshi cuba rogol Taara, dia cuba selamatkan Akshi sebab nak
Akshi mengaku jenayah yang dia buat dekat polis.
Taara cuba sesuaikan diri di
penjara sementara tunggu Aamir cari duit untuk ikat jamin tapi dia taknak Aamir
guna duit hasil jual dadah sebab dia taknak Aamir kena tangkap dengan polis.
Aamir dah buntu sebab stok dah habis, tak tahu mana nak cari duit ikat jamin so
dia terpaksa jaga Akshi di hospital. Bila Akshi dah sedar dan dipindahkan ke
wad biasa, Akshi tak dapat bercakap dan lumpuh satu badan. Makin stress Aamir
dan Taara menunggu hari.
Beberapa hari kemudian keluarga
Akshi datang ke hospital. Aamir dapat idea untuk lacurkan anak perempuan Akshi
sebab duit jual perempuan agak lumayan.
Jalan cerita BTC agak kompleks
bila manusia terikat dengan pelbagai macam ujian kehidupan. You simply cannot
blame Aamir for what he did sebab surrounding dia pun memang ajar untuk buat
apa sahaja asalkan dapat survive untuk hidup. Tak ada pilihan untuk fikir moral
kehidupan yang mana salah atau betul. Scene Aamir stress bila dia tak mampu nak
ikat jamin Taara sampai mengamuk dekat keluarga Akshi tu paling kesian.
The way Ishaan expressed that
anger was an impactful performance. There’s no way manusia tu boleh bertenang
bila tersepit dalam situasi Aamir-Taara. Agak terkesan dengan scene tu bila
director cuba sampaikan yang kita dah cuba yang terbaik untuk selamatkan orang
yang tersayang tapi tak mampu sebab halangan tu lagi besar. The least we can do
is just accept the fate and destiny. Sebagai manusia kita tak mampu nak ubah
dah takdir tu.
Cuma yang menjadi pertanyaan
lepas tengok movie ni, masih lagi tak dapat nak pastikan Aamir stress sebab nak
Taara keluar dari penjara atas dasar sayang ataupun sebab Taara je tahu dekat
mana dadah tu dia sorok. Walaupun performance semua pelakon bagus tapi jalan
cerita dia agak lemah nak pula bila kita dah boleh agak apa akan jadi selepas
tu.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.1/10
aduiii..kalo kita tengok cite ni, agaknya stress sampai ke sudah...
ReplyDeleteWaaa suka cerita yang genre macam ni, ada part pasal nak survive kehidupan
ReplyDeletegood review
ReplyDeleteermm bagus review ni, dengan baca je dah paham jalan cerita, nak kene cari kat internet ni citer ni.. kak lily suka tengok citer realiti hidup cam ni
ReplyDeleteMacam menarik lah crita ni, tak pernah dengar pun pasal movie ni sebelum ni. Boleh laa nak cari nanti, tengok masa hujung minggu lepak kat rumah.
ReplyDeletewahhh bestnya...nak tengoklah ...nanti review lagi tau citer2 luar terutamanya cerita tamil sebab cerita2 tu jarang dapat pendedahan...harapkan tv2 jer tayangkan
ReplyDeletePelakon baru ni kita kurang kenal sikit hehehehe tapi kita memang minat lakonan artis hindustan hehehehe kita suka filem mereka kerana banyak aksi dan juga kisah kekeluargaan heheh tambah dengan lagu yang sedap...
ReplyDeletebagus dan agak kompleks jalan ceritanya, tak cliche seperti filem filem yang lain yang ada di pasaran
ReplyDeleteJalan cerita yg tak cliche dgn kebanyakan cerita lain. Suka juga cerita-cerita ttg kehidupan ni. Boleh la nak try tgk nanti.
ReplyDeleteTerma kasih atas perkongsian cerita2 yg menarik lat sini. Insaallah sis aka cuna tgol satu persatu cerita2 yg direview kat sini
ReplyDeleteterima kasih sebab selalu berkongsi movie2 hindustan/tamil yang best2 dekat sini. now dah banyak movie dalah wishlist utk tengok. lepas nie x keliru lagi nak tonton yg mana satu, hihi
ReplyDeletebanyak kali singgaj blog awak dan baca movie review cerita hindustan. Awak memang peminat cerita hindustan ke? Sis tak boleh la cerita2 hindustan ni.. confirm nangis nanti 😅😅
ReplyDeleteAwakniminat hindustan sungguh ye? hihihi Kak liez dah tak layan sgt hindustan ni. tp tgk juga klau heronya hensem hihihi boleh je layan sikit-sikit cerita-cerita hindustan yg baru ni tapi macam slow sikit la nak hadam
ReplyDeleteWah! Macam best ja. Nanti cx try search dan tengok cerita ni. Sekarng tk sempat nak kayan hindustan sbb panjang sangat . Lpstu anak² saja dengki dekat mak dia tak bagi layan movie. Ahhaah
ReplyDeleteWeyh cerita hindustan. Lama sangat dah tak layan hindustan pun haha. Nanti2 la free sket baru tengok hindustan.
ReplyDeletewah menarik juga review filem ni. boleh la masuk list movie layan hujung minggu dengan suami yang peminat hindustan
ReplyDeleteWah... Suka laaa citer bollywood gini. Penceritaan awak pun dah buat kita rasa tak sabar nak tonton. Nak cari laaaa nanti
ReplyDeleteThanks tau sharing