Lepas lagu Jutaan Purnama sebagai lagu comeback Datin Alyah, 3 hari lepas pada 18 April 2019 satu lyric video lagu Meluruh keluar secara official di Youtube. Lagu genre balada ni dikarang liriknya oleh Datin Alyah sendiri based on kisah hidup dia sendiri kemudian dibantu oleh Slen.
Sama seperti single Jutaan Purnama, lagu Meluruh diterbitkan di bawah syarikat rakaman Warner Music Malaysia. Ikutkan hati Datin alyah dia dah nak give up sebab 5 lagu dia tak dapat sambutan sebab sebelum ni dia tak pandai promote lagu. Tapi bila Warner Music datang offer contract, Datin Alyah setuju pastu belajar macam mana nak promote lagu supaya reach pendengar.
Lagu Meluruh gubahan Helen Yap ni dah dapat 40k views dan 2k likes di Youtube. Yang belum dengar boleh klik dekat sini :
Lagu : Meluruh
Lirik : Alyah & Slen
Komposer : Helen Yap
Syarikat Rakaman : NAR Records
Label : Warner Music Malaysia
Lirik Lagu Meluruh
(Verse)
Diamku tak bererti aku akur
Diamku tak bererti aku hancur
Isi hatiku bukan menzahirkan kita
Semua menjadi rahsia.
(Chorus)
Haruskah aku meluruh
Bagimu dosaku hina tak terhitung
Biar kali yang terakhir ku bertanya
Apakah sebenar yang kau inginkan dari diriku
(Verse)
Senyumku bukan kerna aku gembira
Senyumku bukan kerna aku bahagia
Setiap waktu jiwaku meronta resah
Merengkuh cinta yang makin tersisa
(Bridge)
Ku berikan kau segala di atas nama cinta
Ku percaya bahagia kan jadi milik kita
Tiada yang aku pinta hanyalah keikhlasan jiwa
Tapi semua dusta
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.