Penulis : Azwar Kamarulzaman
Penerbit : Lejen Press
Helaian : 298 mukasurat/ 29 bab
Genre : Teenlit/Drama/Falsafah
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama,
April 2013
Cetakan Kedua, Januari 2014
Cetakan Ketiga, April 2014
Cetakan Keempat, Ogos 2014
Cetakan Kelima, Mac 2015
Harga : RM20.00
Sinopsis :
Novel bestseller terbitan Lejen
Press karya Azwar Kamarulzaman ni mengisahkan tentang Leman yang diejek sebagai
anak haram disebabkan status anak pelacur di pekan Sungai Petani. Leman atau
nama penuhnya Sulaiman berhenti dari sekolah sebab tak tahan dimaki dan diejek
oleh semua orang.
Mak dia, Pauziah a.k.a. Paul sakit
hati dengan keputusan Leman bila dia penat cari duit dengan melacur siang malam
untuk bela Leman dan dua lagi orang anak dia, Joe dan Aida. Joe dengan Aida
anak-anak hasil perkahwinan dengan suami lama tapi Leman lahir sebab melacur.
Entah siapa ayah dia. Paul nak buang lepas beranakkan Leman tapi ada suara yang
larang. Leman akan jadi penyelamat Paul katanya. Paul tak faham tapi dia bela
je lah, bukan susah pun.
Ada je dia cari pasal dengan
Leman, kadang dimaki, kadang dipukul berbeza layanan dia dengan Joe dan Aida. Tapi
yang elok perangainya, Leman lah. Joe ketagih dengan dadah, Aida pulak entah
apa dia buat dengan hidup dia.
Leman selalu lepak dekat Flat
Pulai Hijau dengan Azmi dan Shah kawan-kawan dia yang banyak tolong dia menimba
ilmu di sekolah agama dan subjek lain. Azmi, si tomboy yang syok dengan Leman
tapi Leman anggap sebagai adik je. Mana boleh anak haram macam dia bercinta
dengan manusia lain. Shah pula jealous dengan Leman sebab dia suka dengan Azmi
tapi dia lepak jugak sekali sebab dia nak tengok Azmi senyum.
Yang bestnya baca novel indie
macam ni, kita memang akan dapat baca the real side of life. Dalam buku ni of
course bertemakan kehidupan pelacur dan kemiskinan di bandar walaupun Sungai
Petani je tapi terasa juga kesempitan hidup sampai pilih jalan yang salah untuk
tanggung keluarga.
Dalam ramai yang mencaci, ada
juga yang sayang. Rasa tenang and happy bila baca pasal friendship
Leman-Azmi-Shah. Even Shah yang kaya pun ada juga masalah hidup dia, tersepit
dengan kehendak keluarga walaupun muda lagi. Masing-masing ada ujian dia
sendiri.
Buku ni agak mual jugak lah nak
baca for certain chapter especially bila ada part Joe dengan Aida. Ekstrem
betul dua beradik ni, tak tercapai dek akal but shit happens tho. Paul pun sama
dengan hidup dia yang suka puja syaitan untuk hidup mewah. So tak sesuai la nak
baca untuk yang bawah umur ataupun tak boleh terima kehidupan macamni.
Gaya tulisan dia agak skema walaupun
indie, bila baca tu memang menguap jugak. Lama jugak lah ambil masa nak
habiskan walaupun plot dia menarik dan fresh.
1. Author +0.7, 2. Accuracy +0.6, 3. Writing Style +0.4, 4.Plot
+0.7, 5. Character +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social
Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.7/10
Wah, taju yang boleh timbulkan kontroversi tapi prolog cerita nampak menarik..
ReplyDeleteberat juga cerita ni
ReplyDeleteCeritanya boleh buat kemurungan sekejap lah lepas baca.. :)
ReplyDeletenape azmi pergi biarla die bahagia ngan leman ") haduh stress aku baca
ReplyDelete