Blog Performance March 2019

Monday, 1 April 2019

Cepatnya bulan Mac dah habis! I stress sebab apa yang I plan semua tak jadi. Tahu tahu dah hujung bulan dah. Dah masuk April dah pun.

1. PV


Bulan lepas cecah 1,520 paling tinggi PV tapi bulan Mac mampu cecah 732 je paling tinggi. Boleh murung tengok penurunan berturut ni. All time PV pun tak mampu nak cecah 500k lagi padahal bulan lepas punya target nak cecah 600k. Tinggi sangat sampai tak tercapai hajatnya. Terpaksa turunkan untuk bulan April sebab taknak stress kejar benda yang tak mampu dikejar. 550k maybe? 

2) Post


Bulan ni post pasal gigi tengah naik, bagus jugak sebab boleh jadi reminder pergi buat appointment kali ke3 sebab dah 3 bulan pending gara-gara kerja menimbun. Bulan ni boleh lah ambik port pasal diri sendiri sebab dah tukar department yang tugas dia tak mengejar dateline. Fuhhh lega sikit rasa. 


Disebabkan strategi letak Popular Post mingguan tu, berjaya jugak naikkan sampai masuk balik dalam Popular Post All Time. Nak kena rajin tukar setting popular post tu bila ada masa. Untung-untung tercapai hajat nak tengok Movie Review Hindustan masuk Popular Post All Time. 

3) Search Keywords


Movie Review Langsuir tu dah lama buat tapi tak sangka sekarang ni ramai yang cari. Harap yang mencari tu bersyukur lah entri tu dah selamatkan diorang dari membazir masa. 

4) Blog archive



Dalam banyak statistik yang negatif, bilangan entri je la yang tunjuk peningkatan kalau nak dibandingkan dengan 2 bulan sebelum ni. Entah mampu entah tidak pecahkan kepala 3. Banyak je entri terperam disebabkan takde masa nak update. Kita try la target yang satu ni sebab yang ni je la kot paling senang nak capai sebab kita yang kawal. Yang lain tu bergantung dengan orang lain campur dengan usaha kita. 

Semoga bulan April ni tak semurung bulan Mac. Have a nice day ahead everyone! :)

6 comments

  1. Tahniah
    Mudah2an target April tercapai

    ReplyDelete
  2. bagusnya keep track macam ni.. akak surrender. redha je sebab x brapa reti sangat..

    ReplyDelete
  3. Keep it up Farhanna mana yang baik..
    Teruskan usaha..

    ReplyDelete
  4. All the best, Kak Farhana. Mudah-mudahan target bulan ni tercapai.

    ReplyDelete
  5. kita pun buat popular post setting mingguan supaya orang nampak post mingguan yang paling ramai baca, dan klik sekali untuk baca

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.