Movie Review : Uri : The Surgical Strike

Monday, 25 March 2019

Related image

Director : Aditya Dhar
Writer : Aditya Dhar
Cast : Vicky Kaushal, Yami Gautam , Paresh Rawal, Mohit Raina, Kirti Kulhari
Production Company : RSVP Movies
Distributor : Zee Studios
Genre : History/Action/Thriller
Running Time : 138 minutes
Release Date :  11 January 2019
Trailer :


Movie yang diinspirasikan dari peristiwa sebenar bila kem tentera India diserang oleh pengganas dari Pakistan pada tahun 2017. Tragedi ni agak gempar jugak lah di negara India dan Bollywood antara yang terkesan bila pelakon-pelakon Pakistan dihantar pulang ke Pakistan. Surgical strike bermaksud serangan dari pihak tentera tapi kepada yang terlibat sahaja dan akan mengakibatkan kerosakan yang minima kepada keadaan sekeliling.

Movie Uri : The Surgical Strike ni dibahagikan kepada 5 babak yang menceritakan sebelum serangan dan selepas serangan baik dari pihak India mahupun Pakistan.


Chapter 1 – The Seven Sisters menceritakan tentang serangan hendap dari Pakistan terhadap tentera India di kawasan Chandle, Manipur tahun 2015. India hantar team terbaik untuk balas serangan yang diketuai oleh Mejar Vihaan Singh Shergill (Vicky Kaushal) bersama abang ipar dia, Major Karan Kashyap (Mohit Raina) dan tentera khas yang lain. Kejayaan serangan balas diraikan oleh PM Modi tapi Vihaan minta untuk bersara awal disebabkan mak dia dah mula hilang ingatan gara-gara Alzheimer. Tapi PM refuse untuk bagi Vihaan bersara awal sebaliknya tukarkan dia ke bahagian pejabat.


Chapter 2 - An Unsettling Peace

Bila dah terbiasa di padang, mana boleh sesuaikan diri di pejabat hadap segala fail dari pagi sampai petang tapi Vihaan kuatkan diri sebab mak dia lagi penting. Mak Vihaan dijaga rapi oleh Jasmine (Yami Gautam) jururawat khas tentera. Tapi mengamuk Vihaan bila tahu mak dia hilang masa Jasmine tengah on call. Turns out Jasmine bukan jururawat tapi ejen khas untuk jaga semua family tentera unit khas disebabkan ada blackmail dari Pakistan.


Chapter 3 - Bleed India with a Thousand Cuts

18 September 2016, kem tentera India di Uri, Jammu & Kashmir masa subuh. Ramai tentera yang mati disebabkan serang hendap di awal pagi waktu diorang tengah tidur. Antara yang meninggal masa serangan tu ialah abang ipar Vihaan. Disebabkan tragedi ni Vihaan join balik untuk surgical strike dan pilih 3 team komando elit untuk serang kem pengganas di Pakistan.


Chapter 4 – Naya Hindustan (New India)

India pilih untuk serang kem pengganas pada malam 29 September tapi diorang kena kumpulkan maklumat sebanyak mungkin dan minta bantuan ejen risikan India di Pakistan. Jadi masalah bila dalam kedutaan India ada mata-mata Pakistan.

Chapter 5 - The Surgical Strike

Semua rancangan asal gagal disebabkan perisik Pakistan dah bocorkan maklumat tapi Vihaan tetap teruskan disebabkan waktu ni je yang ada untuk serang kem pengganas sebelum diorang berpindah dan tutup segala akses kem.


Jalan cerita movie Uri portray professional and personal life tentera elit di India, mana nak jaga keluarga, mana nak berkhidmat untuk negara and Aditya Dhar buat yang terbaik untuk pastikan jalan cerita nampak ada drama untuk tambah rasa kesian dan hormat dengan pengorbanan tentera.

Lakonan Vicky Kaushal sebagai Vihaan antara penyelamat terbesar movie ni bila scene intense agak gagal untuk tambah rasa saspen dan jalan cerita yang agak predictable macam movie perang yang lain. Boleh kata movie Uri agak ringan compared to war movies yang lain. But still entertaining to watch lah.


Suka tengok action stunts dalam movie Uri nak pulak bila Vicky memang training di kem tentera untuk watak Vihaan selama 5 bulan dan tambah berat supaya nampak sasa. Best tengok bila setiap kali Vihaan tanya skuad dia ‘How’s the Josh? And they replied ‘High sir!’. Fun fact, disebabkan sogan ni viral di India, team kriket India dan pihak polis guna untuk naikkan semangat.

Nothing much untuk music soundtrack album sebab tak ada lagu yang best pun tapi visual Uri memang top notch bila cinematoghraphy & VFX nampak real. Kudos to team Uri for making it big and successfully give patriotism vibes to audience although some flaws are hard to hide.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.7/10

6 comments

  1. Baca entri awak baru kak ana tau tentang serangan tu. Baru beberapa tahun lepas. Baru2 ni pun ada salah faham kan.

    ReplyDelete
  2. Ada nampak filem ini.. ingatkan omputih.. Rupanya bukan..
    menarik juga bila baca review Farhanna..

    ReplyDelete
  3. wahhh macam paskal!! tengok trailer pun tau cinematography and special effects dia tip top!

    ReplyDelete
  4. Movie ni akan masuk dalam list. tq for the review 🙆

    ReplyDelete
  5. Banyaknya movie yg ika tak tgk lagi. Thanks for the review awak. gonna watch this later 🙊

    ReplyDelete
  6. ingatkan cerita melayu haha.. best la perjalanan cerita movie ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.