Movie Review : Pee-Nak

Tuesday, 19 March 2019

Related image

Director : Achira Nokthet
Writer : Kimhant Kanjanasomjai
Cast : Paisarnkulwong Vachiravit, Puvadol Vechwongsa, Jannine Parawie Weigel, Chinawut Indracusin, Bhuripat Vejvongsatechavat, Witthawat Rattanaboonbaramee
Production Company : MM2 Entertainment 
Genre : Horror/Comedy
Running Time : 139 minutes
Release Date : 21 February 2019 (Thailand) & 14 March 2019
Trailer :



Musim panas dan stress dengan kerja ni kena layan movie yang kelakar dekat cinema. Elok tengah scroll nampak movie ni dalam list Now Showing,  terus bergegas ke MBO Space U8 tapi sakit hati gila sebab hall tu tak boleh guna katanya. Air-cond rosak katanya tapi tak boleh brain langsung diorang masukkan dalam list. 

Skip that part sebab kitorang bergegas ke TGV The Strand disebabkan semua gigih nak layan jugak movie ni gara-gara trailer dia. Sebelum review, I just want to clarify nama watak mungkin betul mungkin tak sebab tak banyak info pasal movie ni.

Image result for pee nak

Pee-Nak mengisahkan tentang Nhong (August), First (Bhuripat Vejvongsatechavat) dan Balloon (Witthawat Rattanaboonbaramee) yang nak dibaptiskan menjadi sami di tokong di mana tempat Balloon minta nombor ekor dan bernazar untuk menjadi sami selama 3 punsa kalau menang. Tokong tu agak keramat la sebab ramai yang mati bila nak jadi sami. Bila dah bernazar kena la tunaikan so diorang angkut luggage masuk tokong berhantu tu. Nhong pula kena paksa dengan ayah dia sebab asyik bad luck je.


Sebelum jadi sami kena jadi Nak dulu tapi sesiapa yang dah selesai upacara Nak memang akan diburu hantu dekat tokong tu. Kebetulan masa diorang datang tu ada Nak yang mati kena gantung dekat pintu gerbang. Langkah kiri bila petang tu ada upacara pengebumian Nak dan diorang bertiga terpaksa temankan mayat sampai upacara bakar esok harinya.

Image result for pee nak

Of course malam tu kena kacau teruk tapi lepas dah kena bakar pun diorang kena kacau jugak. Rupanya bukan hantu Nak yang baru tu yang kacau diorang tapi hantu Nak Nooth yang mati terhentak batu masa upacara Nak. Mak dia pulak jadi gila dan berkeliaran dekat tokong tu. 

Dekat tokong tu tak ramai pun penghuni, cuma ada Sami Long, pembantu sami dengan Aod dan atuk dia yang tolong diorang jaga tokong tu. Aod ni la nak kena layan perangai Nhong, First dengan Balloon. First dengan Balloon ni gay so Nhong yang handsome ni lah kena layan perangai menggeletis diorang.
Ada scene yang kelakar, ada scene yang try hard. Kalau dah biasa layan movie kelakar Thai, scene kelakar ni mungkin nampak try hard. Hantu dia tak creepy mana pun, sama macam dalam poster tu cuma curious nak tahu apa yang dia sakit hati sangat sampai bunuh semua Nak dekat tokong tu lepas kematian dia. Ada jugak scene jumpscare yang tak jadi tapi tak banyak lah.


Watak adik Nak baru (Jannine Parawie Weigel)mati tu macam tak perlu je dalam movie ni. Cuma jadi penyeri dan alasan untuk Nhong bertahan hidup dekat tokong tu je lah sebab adik Nak tu cantik kemain. Pastu ada confusion sikit dalam movie ni. Kalau satu punsa sama dengan 3 bulan, 3 punsa sepatutnya 9 bulan tapi First mengamuk sebab dia kata 3 tahun. Maybe dia tengah geram kot. Lewlz

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 7.8/10

6 comments

  1. Haha macam lawak je cite ni. haha

    ReplyDelete
  2. Baca review Farhanna nie macam menarik je untuk ditonton.. hahaha.. boleh try kot nanti..

    ReplyDelete
  3. wah menarik ni genre yg mama suka

    ReplyDelete
  4. Nampak menarik la awak. hehe. baca review Farhanna ni tak pernah la rasa tak nak tgk. mesti nk tgk punya hehe.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/03/book-review-bila-cinta-milik-dia-by.html

    ReplyDelete
  5. eeee tak tau la nak rasa kelakar ke nak rasa seram...hahahahha

    ReplyDelete
  6. aaa akak citer cemni kena fkir banyak kali nk tngk ke x..
    jiwa lemah hahaha.. kalo klakar pun genre seram selow sikit =P

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.