Movie Review : Jalebi

Sunday, 10 March 2019


Director : Pushpdeep Bhardwaj
Writer : Kausar Munir, Pushpdeep Bhardwaj
Cast : Rhea Chakraborty, Varun Mitra, Digangana Suryavanshi
Production Company : Vishesh Films
Distributor : Viacom18 Motion Pictures
Genre : Romantic / Drama
Running Time : 112 minutes
Release Date : 12 October 2018
Trailer :


Tertarik dengan music soundtrack & recommendation dari kawan, try layan movie Jalebi sebab trailer nampak menarik. Movie arahan Pushdeep menceritakan tentang kisah cinta Aisha (Rhea Chakraborty) seorang penulis freelance yang datang ke Delhi untuk cari ilham. Disebabkan kawan dia ajak utuk join sesi tour, Aisha mula suka dengan Dev (Varun Mitra) local tour guide.

Dari situ Aisha mula mengorat Dev sampai both of them decide untuk kahwin tapi mampu ke Aisha gadis bandar yang kaya nak adapt dengan suasana luar bandar dan hidup sederhana dengan Dev? Banyak benda yang Aisha kena berkompromi untuk cinta dia kepada Dev.


Tambah pula terikat dengan keluarga Dev nak pula bila mak Dev tak suka bila Aisha pakai kurang sopan ataupun merokok dalam rumah. Dev pulak tersepit antara mak ataupun Aisha. Tak lama lepastu Aisha mengandung tapi dia nak gugurkan sebab dia tak ready untuk jaga baby dalam usia muda. Dia baru umur 21, impian dia nak jadi penulis dengan company besar pun tak tercapai lagi tapi Dev yakinkan dia yang both of them boleh jadi parents terbaik untuk Disha –gabungan nama Dev dan Aisha.


Since then both of them happy tapi sayangnya Aisha gugur disebabkan accident, mak Dev pulak salahkan Aisha tak reti jaga anak sampai dicanangnya dekat semua. Aisha makin stress then decide untuk bercerai. Dev terpaksa biarkan Aisha pergi sebab dia pun dah penat dan stress terpaksa pilih Aisha ataupun mak dia. 


7 tahun kemudian, Aisha pergi Delhi untuk wedding kawan dia tapi terpaksa duduk satu gerabak dengan isteri Dev dan anak dia, Disha. Macam manan kejam Dev tak pujuk Aisha balik, macam tu lah kejam bini dia, nak main uji Aisha padahal Aisha dah cukup kuat halang diri sendiri dari bunuh diri sebab depression tak mampu nak move on dengan cinta dia untuk Dev. Tak mampu nak faham kenapa Dev fikir Aisha tu bunga walhal Aisha tu manusia. 


Jalan cerita Jalebi memang best tapi lakonan Rhea bila masuk intense scenes jadi penghalang untuk movie ni pergi lagi jauh. Tapi menangis jugak lah kalau siapa yang merasa stress hidup dengan keluarga mertua lepastu suami pesen tak mampu nak pilih isteri ataupun mak. Cinta je cukup bila kita berdua tapi bila masuk orang lain dia mula nak lompong sana sini.

Music soundtrack movie Jalebi memang best especially lagu Pal nyanyian Arijit Singh dengan lagu Tumse nyanyian Jubin Nautyal.


Cinematoghraphy movie ni cantik sebab shooting dekat Delhi nak pula Dev tourist guide dekat situ so banyak la bangunan dan tempat cantik dekat Delhi yang jadi latar untuk movie ni. Ada jugak some scenes dekat Switzerland bila Aisha dengan Dev honeymoon and dekat Kashmir.




1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 6.8/10

2 comments

  1. Tak tahu kenapa tapi lepas tengok trailer dan tonton klip video lagu Pal tu, terasa sangat sedih dan cerita nie memang stress.. Walaupun tak tengok tapi boleh hadam perasaan Aisha yang tertekan tu.. Sebab tu orang tua kata, cinta je tak cukup untuk bina rumahtangga.. huhuhu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.