Director : Sudip Bandyopadhyay
Writer : Sudip Bandyopadhyay, Neha Pawar
Cast : Naseeruddin Shah, Sonali Kulkarni, Aamir Bashir,
Naveen Kasturia, Kabir Sajid, Virti Vaghani, Kenil kajavadra
Production Company : Thumbnail Pictures
Distributor : PVR Pictures
Running Time : 90 minutes
Release Date : 11 May 2018
Dah lama tak tengok movie bertemakan family yang santai dan
ringan tapi bonding kekeluargaan tu kuat. Movie Hope Aur Hum ni berkisarkan 3
generasi dalam kehidupan keluarga sederhana di bandar. Nagesh Srivastava
(Daadu) (Naseeruddin Shah) yang jatuh sayang dengan ‘Mr Sonecken’, mesin
fotokopi antik yang dah tak berapa nak berfungsi. Second generation, anak-anak
dan menantu dia and of course cucu-cucu dia yang semakin membesar.
Isunya bila ‘Mr Sonecken’ dah tak mampu nak berfungsi dengan
baik disebabkan lensa rosak tapi nak dapatkan spare part bukannya mudah bila
zaman sekarang dah guna mesin fotokopi buatan Jepun yang lagi mudah dan pantas.
Memang lama nak tunggu ‘Mr Sonecken’ siapkan task yang customer minta. Satu
salinan makan masa sampai setengah jam. Setiap hari memang makan makian je lah
Daadu dengan ‘Mr Sonecken’ ni.
Tapi disebabkan sayang sangat dengan ‘Mr Sonecken’, Daadu
minta tolong cucu dia email company yang hasilkan ‘Mr Sonecken’ di Jerman untuk
gantikan lensa but everyone know its impossible thing to do. Mustahil lah mesin
zaman 50-an wujud lagi tambah pulak untuk sesuatu yang antik.Tapi Daadu tak
putus asa, dia usaha untuk tulis email dalam bahasa Jerman, mungkin diorang
lebih faham bila guna bahasa sendiri?
Menantu dia, Adit (Sonali Kulkarni) setiap hari membebel nak
buang ‘Mr Sonecken’ sebab anak perempuan dia perlukan bilik sendiri untuk
belajar dengan tenang tanpa gangguan dari anak lelaki dia, Anu yang aktif. Disebabkan istana lama mak dia nak
dijadikan hotel, Neeraj (Aamir Bashir) bawa Anu balik ke kampung berdua
disebabkan anak perempuan dia nak exam so Adit mengalah stay dekat rumah jaga
anak dengan Daadu.
Masa dekat kampung Anu terjumpa budak perempuan menyorok
dalam peti kayu besar sebab main game hide and seek dekat stor lama. Sebelum
keluar dari stor, dia perasan kunci peti tu terjatuh tapi Anu biar je. Maybe
dia nak buka lepas dia habis main kriket dengan kawan-kawan dia. Tapi tak, dia
terlupa nak buka balik sampai lah dia dah halfway nak sampai ke stesen
keretapi. Dia dah berlari nak balik ke istana lama tapi ayah dia sempat tangkap
sebab risaukan terlepas keretapi.
Tak faham kenapa Anu tak bagitau je dia nak selamatkan budak
perempuan tu instead menjerit bagitahu dia tertinggal bola kriket. Memang tak
lah ayah dia nak layan. Kalau dia bagitau masa tu, boleh je ayah dia call nenek
suruh buka peti dekat stor. Dah 2018 kot, nenek dia dah pandai main Whatsapp
dah.
Sudahnya for the whole second half penonton diajak untuk risau
bersama pasal budak perempuan tu. Jadi geram bila Anu taknak bagitahu sesiapa
yang budak perempuan tu ada dalam peti. Dah jadi movie thriller pun ye sebab
nak tahu budak tu selamat ataupun tak since polis datang cari budak hilang even
dekat news pun keluar pasal budak hilang. Dia punya cuak sampai dia mimpi buruk
lepastu demam panas. Dah serupa Amit dalam movie Kaho Naa Pyar Hai dah tapi
yang tu boleh faham lah kenapa dia tak buka mulut.
Lagi dia bertambah sedih bila Daadu decide untuk buang ‘Mr
Sonecken’sebab pakcik dia dah belikan mesin fotokopi dari Jepun. Business pun
makin bagus sebab cutomer makin ramai sebab tak payah nak tunggu lama macam
dulu dah. Kualiti pun makin bagus. Well some things are better off for good. Tapi
menangis jugak lah tengok scene ‘Mr Sonecken’ kena angkut dengan collector.
Lepas dah buang ‘Mr Sonecken’, dapat pulak email dari syarikat
Jerman bila dia bagitahu yang diorang ada stok lens yang Daadu nak tapi
sayangnya ‘Mr Sonecken’ dah tak ada. Patah hati orang tua tu bila dia tak mampu
nak buat apa dah untuk selamatkan ‘Mr Sonecken’.
Stress jugak bila layan scene Daadu dengan ‘Mr Sonecken’ ni
sebab menantu dia tak cakap apa pun bila Daadu menangis tengok ‘Mr Sonecken’
kena buang. Well at least say sorry lah. It’s a basic common sense kot. Masa
Daadu menangis tahu ada lens tu pun takde siapa pun yang pujuk dia or bagi advice
look at the bright side. Kalau tak nak pujuk kenapa bagitau ada lens, macam
scene tu nampak family ni dysfunctional and selfish.
Some scenes are great to watch but some are unbearable and lost
cause. Suka tengok scene Anu dengan Naani dia dekat istana lama bila Naani
tunjuk macam mana zaman dia layan music Jazz guna gramophone. I wish I had one.
Bila stress je layan Jazz dari gramophone sebab orang kata kualiti piring hitam
tak sama dengan mp3 player sekarang ni. Orang la kata, kita tak tahu. Yang kita
tahu movie ni not bad lah nak layan dengan family.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4.
Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9.
Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 7.4/10
lama tak layan cita hindustan sbb tak de yg menariks.. leh try layan ni
ReplyDeletetq for sharing..
wahhh. ni nampak best..
ReplyDeleteBaca review Farhanna je.. hehehe.. TQ Farhanna..
ReplyDelete