Movie Review : Gol & Gincu Vol. 2

Sunday, 24 March 2019



Pengarah : Umi Salwana Omar
Penulis Skrip : Rafidah Abdullah & Nadia Khan
Pelakon : Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Aedy Ashraf, Syafiq Kyle, Jad Hidhir, Takahara Suiko, Sherry Al-Hadad, Ziana Zain, Nadiya Nissa,
Genre : Drama/Sukan
Durasi Tayangan : 106 minit
Tarikh Tayangan : 25 Oktober 2018
Syarikat Produksi : Redfilms
Pengedar : Redfilms
Trailer :



Siapa je yang tak tahu movie Gol & Gincu yang berjaya naikkan nama Fazura dalam industry tahun 2005 dulu. Tahun 2018, movie ni ada sequel tapi tanpa kemunculan Fazura langsung, jalan cerita pun dah tak ada kaitan dengan yang pertama cuma ada beberapa watak yang dimasukkan dari G&G1.

Instafamous Yaya (Ummi Nazeera) daftar masuk kolej hari pertama di Help University, sama juga dengan Zak (Diana Danielle) tapi jadi masalah bila Yaya tweet Zak potong barisan. Zak marah Yaya sebab malukan dia di socmed walhal boleh je tegur depan-depan. Lagi kecoh bila Yaya dengan Zak satu bilik di asrama. Bila minta tukar bilik dengan kak Liza (Takahara Suiko), fasi orientasi diorang, makin bertambah kecoh bila team Berita Kampus berjaya rakam.


Hakim (Syafiq Kyle) boleh agak yang Yaya dan Zak ni viral material so dia ajak teammates dia, Mateen (Aedy Ashraf) & Momok (Jad Hidhir) untuk follow Zak & Yaya. Lagi naik rating Berita Kampus bila Zak dengan Yaya bergaduh di surau sampai kena masuk dalam bilik disiplin lepas viral bukan takat di kampus diorang je tapi sampai kampus yang lain.

Sudahnya both of them kena buat kerja charity sebagai denda dari Dekan Mardiah (Sherry Al-hadad). Kak Long (Ziana Zain) pilih diorang buat charity dekat Rumah 3R – Rehat, Rawat, Remaja sebab dekat dengan kampus diorang. Dekat rumah 3R ni ada 7 orang penghuni yang tinggal di asrama dan juga datang hari-hari lepas balik sekolah.


Hanis (Iezahdiyana Alaudin) yang mengandung lepas ditinggalkan Fakrul (Fimie Don), Cenonet (Aida Noris) si kaki copet, Gangster (Tiara Anchant), Fifi (Intan Serah), Shanti (Annabel Michael), Gadang (Nik Nasuha) dan Rifa (Grace Ng). Semua remaja bermasalah ni dijaga oleh Jijie (Sharifah Amani).

Zak dengan Yaya kena buat raisefunding untuk selamatkan Rumah 3R disebabkan rumah tu terpaksa tutup gara-gara tak cukup dana. Zak dapat idea untuk ajak semua join futsal walaupun memasing tak tahu main. Thank God Kak Jijie ada Shasha (Sazzy Falak) yang power main futsal sebagai coach.


Dah cantik practice, dah berjaya masuk semi final, Fakrul pula datang bawa kawan-kawan dia bagitau dia pernah tidur dengan Hanis pastu malukan Hanis. Gangster yang bengang terus belasah Fakrul sampai huru-hara jadinya. Sudahnya team Rumah 3R kena buang bila buat kecoh dekat tournament tu. Makin parah bila AhLong dah simbah cat merah dekat Rumah 3R. Yaya tak mampu nak collect dari insta sebab nama dia dah buruk lepas beberapa video viral, Zak pula kena sekat duit dari parents lepas banyak masalah disiplin. Masing-masing buntu macam mana nak selamatkan Rumah 3R.


Jalan cerita movie G&G 2 ni jalan cerita biasa di kampus tapi dipersembahkan dengan olahan dan garapan yang baik dari pengarah baru Umi Salwana Omar. Tak sangka hasil kerja Umi sama level dengan Bernard walaupun ni movie pertama dia. Yang bestnya movie ni diolah oleh kak Neddo!! No wonder skrip nampak fresh. Memang tak bosan layan movie ni walaupun jalan cerita agak predictable. Yang bestnya movie ni tak sentuh pasal cinta langsung macam G&G1, memang team G&G2 stick dengan tema women-oriented dan memperkasakan wanita dan ni antara sebab kenapa movie ni terbaik.


Bab lakonan semua watak memang tak ada masalah langsung, semuanya tak kekok and chemistry Diana dengan Umi Nazeera cantik sangat onscreen. Happy sangat tengok movie ni sebab multi-starrer nak pula masa ending scene meriah dengan kemunculan Tom Abang Saufi, Marina Mahathir, Rafidah Abdullah, Kartini, Melissa Tan, Alicia Amin dan ramai lagi. Dalam movie ni ada Ucop dengan Farhan Sterk Production jugak. Dah macam kenduri dah bila tengok muka famous tapi sayang Fazura tak join langsung, muncul kejap pun jadi la L



Hadi Koh Harris Hue did a great job for the stunning visual and cinematography in this movie. Shoutout jugak kepada Min Luna yang berjaya sediakan wardrobe cantik for each character. Sesuai la dengan movie ni yang jenis santai and fun. Soundtrack movie ni pun best hasil karya Aizat Amdan dengan lagu Hari-Hariku.


Movie G&G2 ni jenis movie yang boleh bagi warm feelings bila layan and for me this team dah berjaya capai objektif diorang untuk buat women-oriented movie yang ada good content dalam masa yang sama sebarkan social awareness. Walaupun ambil masa 13 tahun untuk buat sequel but its totally worth it. Harap yang ke3 sentuh isu yang lagi berat dalam masalah kehidupan wanita. Keep it up!!!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

10 comments

  1. Ada tengok movie ni masa kat pawagam..okaylah best

    ReplyDelete
  2. menarik jalan cerita lari dari Gol m gincu asal

    ReplyDelete
  3. Jalan ceritanya nampak menarik. Tapi saya tak tengok lagi.

    ReplyDelete
  4. alaaa kita tak sempat nak tengok kat wayang ri tuu..kawan da ajak daaa

    ReplyDelete
  5. x tgk lg tp nampak menarik jalan ceritanya... gol dan gincu dulu bg sy sgt 'dkt' sbb rancangan 3R hehehe

    ReplyDelete
  6. Wow.. Something different bila tak ada cinta2 langsung..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.