Beans & Beans - Citta Mall

Sunday, 10 March 2019

Cerita ni dah lama tapi tak basi lagi so kita tempek sini sebab nak review pasal Beans & Beans jugak. alkisahnya bila cuti nak release stress kena makan something good and sweet so pilih Beans & Beans sebab ternampak bingsu.


Harga semangkuk bingsu dekat Beans & Beans ni memang menangis jugak kalau hujung bulan sebab semangkuk RM19 tapi kalau nak makan sekali sekala tak ada masalah kot. Semangkuk ni elok share dua orang sebab ais cepat cair memang tak mampu nak habiskan semangkuk ni melainkan kau ada saka yang suka makan aiskrim.


Toast dia pun berbelas tapi kalau nak jimat, ambil la set combo drink and toast. Boleh pilih hot drinks ataupun bingsu. 


Tapi tak berapa maunya tekak dengan toast sebab selection dia tak banyak so ambil chicken pie sebab nampak sedap. Lepastu pilih chocolate bingsu je sebab bingsu buah tak ada. Yang lain pulak macam tak best dengan tekak. 

Lepas order terus bayar nanti dia bagi alam button so bila makanan dah siap device tu akan vibrate bergoncang meja. So you have to pick up your order at the counter. Sementara tunggu tu selfie lah dulu sebab lighting cantik, decoration kedai pun cantik. 


Anddddd order dah siapppppp


Bingsu dia memang penuh semangkuk dengan bahan lain tapi mangkuk dia quite tricky sebab tirus ke bawah. So visual ni tak seindah yang disangka okay. Bingsu ni rasa macam aiskrim coklat biasa je, nothing much really.


Tapi chickn pie dia sedap, bila makan melting dalam mulut. Nak pulak makan panas-panas memang nyummm sangat rasa ayam dengan mushroom soup. Makan dengan salad and chips, memang puas hati. If only this pie is bigger mesti lagi bahagia jadinya.


Lepasni tak sure nak singgah sini lagi or tak sebab service dia tak la best mana even staff pun tak ramah. Agak lama jugak nak tunggu order siap sampai boleh selfie beratus gambar lol nasib deco cantik. Nak try Mykori sebab banyak choice katanya, bingsu pun ada topping buah-buahan. Till then, happy bingsu!

9 comments

  1. ice cream tu memikat betul..haha

    ReplyDelete
  2. aaaaaa sedapnyaaaa! teringin nak try bingsu tuuuuu..

    ReplyDelete
  3. Servis tak best boleh buat tak nak datang lagi..
    Tapi chicken pai tu memang nampak menarik..

    ReplyDelete
  4. nmpk sedap foodie dia..yummmy

    ReplyDelete
  5. huhuu sedapnya lapar plak perut ni tgk

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi makan kat sana. Saya jarang ke kedai yang lebih fokus kepada dessert ni. Tapi chicken pie tu nampak sedap.

    ReplyDelete
  7. Terbaik reviews jujur heheheee....

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.