Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu

Wednesday, 27 February 2019

2 minggu lepas my company ada buat company trip ke Sungai Pertak di Kuala Kubu Bharu walhal asalnya ajak 2,3 orang je join lepastu tiba-tiba jadi company trip sampai family boss pun join sekali. Dari Sungai Ulu Yam membawa ke Sungai Chilling tapi terpaksa tukar destinasi ke Sungai Pertak disebabkan ikan-ikan dalam proses penternakan sampai bulan 3 ni. 






Nak masuk ke Sungai Pertak ni kena tengok signboard sebelah kanan jalan sebab signboard dia kecil je pulak tu dalam perkampungan Orang Asli Pertak. Nak masuk pun kena bayar RM1 per person tak kira kanak-kanak ataupun dewasa. Berbaloi lah bayar RM1 sebab kawasan sungai ni memang bersih cumanya tak ada tandas atau tempat salin baju. Ada dua pondok tapi dah rosak. Vandalism at it best hmmm. 

Sungai ni banyak batu maybe sebab tu tak ramai yang berebut nak mandi dekat sini. Sakit jugak lah kaki bila asyik terlanggar atau terpijak batu. Lebam sana sini tu memang hadiah dari sungai ni. Air dekat sini pun agak deras so memang sakit badan kalau tak mampu nak jaga diri. Kalau bawa budak kecil memang kena extra alert.


Dah namanya company trip memang meriah sangat makanan tapi tak berat lah sebab plan nak makan tengahari dekat luar tapi manusia hanya mampu merancang uolls. Kitorang sampai sini jam 9, setup khemah, bentang tikar untuk letak makanan lepastu lepak sampai jam 5 petang. Nasib perut memasing tak cerewet. 

Yang bestnya bila datang awal dapat port cantik, ada kawasan lapang untuk pasang khemah dan bentang tikar. Boleh lepak dekat batu untuk tengok sungai dekat bawah, kena pulak angin hutan fuhhh lega! Air dekat sini agak sejuk, sekejap je mulut dah boleh jadi biru okay. Yang tak tahan sejuk memang mengigil, yang banyak lemak macam kita boleh enjoy mandi.




Nak bergambar pun cantik jugak dekat sini tapi kalau datang awal lah sebab masuk tengahari dah ramai dah yang datang so tempat agak sesak. 

Ada kawasan dalam, ada kawasan cetek so tempat ni sesuai for any age I guess cuma banyak batu lah tapi kalau pandai pilih tempat dapat la yang boleh bersuka ria dengan bahagia tanpa gangguan. Tempat yang kitorang lepak agak susah nak turun dari atas dan bahaya juga kalau nak ikut jalan air. 








Ada jugak ikan dekat sini tapi tak lah sebanyak macam Sungai Chilling so bulan depan memang kena pergi Sungai Chilling sebab teringin sangat nak tengok ikan-ikan dekat sana. Time spent here memang berbaloi lah sebab puas mandi walaupun jauh sikit dari Subang. Weekdays stress dengan kerja, weekend spend time dengan nature memang jadi terapi. A nice one. 

3 comments

  1. syukurlah masih ada lagi sungai yg terpelihara n jernih airnya.

    ReplyDelete
  2. wahhh.. lama tak mandi sungai. :)

    ReplyDelete
  3. Cantiknya kawasan dia.. Vandalism merata-rata..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.