Tea Time Di Will You Cafe, Oasis Village Ara Damansara

Tuesday, 31 December 2019


Dah lama tau nak makan dekat sini sebab best tengok koleksi buku dekat sini. Dah la susunan kemas sangat, bersih berkilat pulak tu. 

Dulu suka jalan-jalan dekat Oasis Village ni lepas lunch hour sebab nak exercise kaki. Dah kenyang makan kang tertidur pulak macam ular sawa. 


Oasis Village ni tak ramai orang sangat lagipun kedai dah banyak yang tutup. Petang tu boss suruh cari frame dekat area sini so sementara tunggu frame tu siap, lepak lah dekat sini kejap. 

Nak duduk sini tak order apa-apa macam segan pulak nak pulak anak aunty tu autism so sambil tolong dia lah. Aunty ni baik sangat tau, senyum tak pernah lekang. 






Lagipun nak tunggu pukul 4 tu agak lama lah so order brownies muffin. Officemate order hot chocolate sebab dia suka minum chocolate. Harga tu standard Damansara lah hshshshs


Muffin dia okay lah for me, tak la teruk sangat, tak lah sedap sangat. Okay lah nak telan sekali pergi. Konon je nak baca buku sudahnya main board games dekat sini. Malas nak baca sebab nanti tak habis kena sewa pulak. Bila dah balik nanti bukannya nak baca pun. Buku kat rumah pun tak habis baca. 

Nak sewa buku dekat sini RM24 ringgit sebagai deposit. Nanti you guys dah pulangkan, dapat la balik RM18 itupun kalau pulangkan dalam keadaan elok lah. 


Dekat sini dah tak jual lunch dah macam dulu. More focus on sandwich, pasta, cake macam tu lah. Tak tahu kenapa dah tak ada lunch, nak jimat kos kot. Tak pun tak sempat nak masak sebab condition anak dia. 


Will You Cafe ni dekat dengan event space, Mindspace. Dekat Oasis Village ni memang banyak event space and I just found out yang event space sekarang dah makin banyak dekat area KL/Klang Valley. Anyway, kalau datang Oasis Square ni singgah la lepak Will You Cafe.

Come Across A Rude Stranger


Living in an apartment with limited parking space is hard. Seriously. 

My apartment cuma bagi satu rumah, satu parking lot je since kawasan ni tak lah besar mana tapi boleh je park dekat kawasan luar. Jauh sikit lah tapi tak sesak sangat nak compare dengan apartmen lain dekat kawasan ni. 

Kalau my family or friends datang pun I'll tell them to park outside sebab memang susah nak dapat parking lot kosong plus akan menyusahkan orang lain kalau park dekat kotak lain.

Dari start I pindah memang banyak kali lah jadi isu my parking space diambil orang. I okay je kalau owner tinggalkan contact number tapi perangai memasing memang biadap. Paling biadap bila I terpaksa tunggu diorang habiskan hal masing-masing sampai kena hon banyak kali supaya cepat. 

Ye lah kita bukannya ada masa nak tunggu orang lain. Lagi biadap bila dah tegur tapi boleh pulak menyembang. Most of them are older people tapi manners kelaut sangat. Buat kita tunggu satu hal, tak minta maaf satu hal. 

Disebabkan dah kena banyak kali, setiap kali ada kereta yang park I terus bagitahu guard suruh clamp while I park outside. Sepatutnya visitor tak boleh masuk tapi kalau dah sampai ada kes macamni haruslah ada orang tak buat kerja kan?

Back to the picture above, tahun ni paling teruk I kena bab parking lot ni sebabnya kereta ni park sampai masuk kawasan I. Memang muat untuk I park tapi I kena keluar masuk dari pintu passenger. Menyusahkan sangat! 

First day benda ni jadi, I just ignore lah sebab esok pagi hilang lah tu. Tapi esoknya masih sama so dalam hujan I berjalan pergi dekat guard suruh clamp kereta tu. Macam drama habis kan nak berjalan dalam hujan tapi I nak tunjuk yang kalau I berjalan dari parking lot sampai dekat pondok guard then guard yang ada motor pun boleh buat perkara yang sama. Nak pulak dekat pondok tu ada ramai so tak ada isu kalau sorang pergi meronda, sorang lagi jaga gate depan. 

Malam tu memang guard tu clamp lepastu I dah pesan untuk tanya owner kereta tu visitor rumah mana. Nak tahu bukan sebab nak cari gaduh tapi nak tegur je lah kereta tu park lah elok-elok sebab visitors I tak pernah pulak pakai space orang lain. 

Esok pagi masih lagi sama maknanya dia tidur dekat situ tapi yang sakit hatinya clamp dah tak ada. Malam ketiga masih lagi sama. Again, dalam hujan I berjalan pergi cari guard semalam kenapa tak clamp kereta padahal dia visitor je. 

Puas tanya tak nak jawab sudahnya I gertak nak buat aduan sebab yang salah sekarang ni guard lah sebab bagi visitors masuk sampai 3 hari pulak tu. Sia-sia je buat warning sign dekat depan gate. Bila I dah naik angin tahu pulak nak bersuara then bagitahu tu kawan kepada ketua JMB dekat apartmen ni. 

And I was like, so what? 

I resident dekat apartmen ni and I bayar maintenance and facilities tapi just because visitors tu kawan ketua JMB then I kena terima je ketidakadilan ni? Hah gittewww

Actually I tak ambik port pun bab dia langgar undang-undang tapi dia kacau life I. Kalau dia park elok-elok, takde masa lah nak mengamuk dekat pondok guard. Orang dah penat balik kerja, balik rumah nak rehat tapi kena hadap benda macam ni. 

Lagi buat sakit hati bila dapat tahu yang guard ni ada kunci kereta visitors tu tapi malas nak keluarkan. I mintak number ketua JMB tu pastu cakap esok pagi kalau ada lagi kereta tu I buat report dekat JMB dengan polis sekali. Esok pagi dan sampai ke saat ni, kereta tu dah tak pernah ada di pandangan mata. 

Tapi satu benda lah dah berubah bila semua guard shif malam dah tak mesra macam dulu lah. But I don't give a damn lah sebab bila kita baik diorang pijak kepala so biar diorang tahu yang kita malas nak layan diorang punya malas. 

Movie Review : Gone Kesh

Sunday, 29 December 2019


Director : Qasim Khallow
Writer : Qasim Khallow
Cast : Shweta Tripathi, Jitendra Kumar, Vipin Sharma, Deepika Amin, Brijendra Kala
Production Company : Dhirendra Nath Ghosh Films
Distributor : Eros International
Genre : Comedy / Drama
Running Time : 110 minutes
Release Date : March 29, 2019
Trailer :


Mengangkat tema yang sama dengan movie Bala iaitu botak dengan watak yang berbeza bila watak utama seorang perempuan. Masalah keguguran rambut Enakshi (Shweta Tripathi) bermula sejak zaman sekolah menengah bila ibu dia perasan lepas dia mandi bilik air mesti bertakung dengan air disebabkan tersumbat dengan rambut yang sangat banyak. Sama juga di bantal Enakshi.


Awalnya parents Enakshi ingatkan cuma masalah keguguran rambut biasa tapi makin merisaukan bila kepala Enakshi mula nampak tompok botak di banyak tempat. Kawan-kawan Enakshi mengejek dengan panggilan Gone Kesh (Rambut Hilang) dan Enakshi terpaksa tutup dengan selendang bila keluar dari rumah disebabkan malu. 


Ayah Enakshi (Jitendra Kumar) guna duit simpanan dia untuk rawat masalah botak Enakshi. Doktor kata Enakshi kurang kalsium dalam badan so Enakshi dinasihatkan untuk makan antiobiotik dan telur rebus setiap hari. Tapi keadaan Enakshi masih sama. Doktor kedua sarankan untuk makan ubat untuk hilangkan kegatalan disebabkan masalah kulit kepala. Masih sama, tiada perubahan. 


Ayah Enakshi sarankan untuk Enakshi berhenti makan makanan berminyak dan makan sayur sahaja sebab anak jiran dia dari botak berubah kepada berambut lebat. Masih tiada hasil sampai Enakshi dah jelak makan ubat dan berpantang makan. Sebab keadaan Enakshi, ibu dia tukar pinggan besi kepada pinggan plastik supaya Enakshi tak sedih tengok keadaan kepala dia.


Selain bijak dalam pelajaran, Enakshi berbakat dalam bidang tarian tapi tahun tu Enakshi ponteng sekolah sebab dia sedih tak ada kekuatan untuk perform depan satu sekolah. Sedih dengan keadaan Enakshi, ayah dia bawa berjumpa dengan pakar rambut di bandar. Hasil dari lab test, Enakshi mengalami penyakit Alopecia dan cara untuk sembuhkan agak mahal dan akan wujudkan kesan sampingan yang lain. 


Enaskhi tak kisah asalkan rambut dia tumbuh balik. Tak lama lepas beberapa kali appointment, rambut Enakshi tumbuh balik dan dia berjaya masuk ke kolej tapi lama-kelamaan Enakshi perasan yang muka dia ditumbuhi misai. Nak tak nak, Enakshi terpaksa stop ambil ubat untuk penyakit dia dan pilih untuk pakai rambut palsu. 


Sejak dari tu Enakshi berhenti menari dan bekerja sebagai salesman di mall. Banyak pinangan terbatal disebabkan keadaan kepala dia yang botak. Kalau ada yang terima keadaan dia pun mesti ada niat letakkan harga hantaran yang tinggi. 

Berbeza dengan Bala bila Enakshi berterus-terang dengan keadaan rambut dia sebelum berkahwin tapi Bala sembunyikan dari Pari sampai Pari dapat tahu selepas perkahwinan mereka dan ambil keputusan untuk bercerai. 


Walaupun genre movie Gone Kesh dengan Bala agak sama iaitu komedi tapi Gone Kesh lebih kepada drama dan mesej lebih cantik disampaikan oleh watak utama. Mesej untuk terima keadaan diri yang serba kekurangan tapi tetap menyerlah dengan bakat yang ada. 

Jalan cerita Gone Kesh lebih emosi bila melibatkan pengorbanan ibu bapa Enakshi yang ketepikan kebahagiaan diri sendiri demi kebahagiaan anak. Tak pernah tutup kedai supaya dapat menyimpan lebih untuk beli ubat Enakshi. Tak pernah pergi bercuti supaya duit boleh guna untuk Enakshi. Disebabkan ni Enakshi ambil keputusan untuk terima nasib dia dan tak pentingkan diri. 


Disebabkan kejujuran Enakshi, Tuhan hantar lelaki yang terima dia apa adanya dan ikhlas sayangkan dia dan keluarga dia. Kekuatan kasih sayang orang di sekeliling Enakshi yang buatkan dia semangat untuk capai impian dia. 

'There are so many girls in Siliguri but this did not happen to any of them. Why did it have to happen to me? I've never been bad to any person then why is God so angry to me?'
Lakonan Shweta sebagai Enakshi well-delivered on screen especially bila dia rasa sedih dengan keadaan dia. Dari part Enakshi cerita masalah dia sampai nak habis cerita tak habis berdoa supaya masalah dia hilang sebab keadaan keluarga dia bukannya kaya pun. Bersyukur pun ada sebab kita tak ditimpa masalah sampai hilang semangat untuk hidup. Jitendra Kumar dan Deepika Amin pun hebat sebagai ibu bapa Enakshi. Supportive dan penyayang just like what everyone need.


Pengarah dan penulis skrip yang debut dengan movie Gone Kesh ni bijak menyusun emosi dan garap cerita supaya berpijak di dunia nyata dan dalam masa yang sama cukup rencah komedi dan emosi. Kudos!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Winter Hamster Mati

Entri sebelum ni pernah up pasal pengalaman first time bela winter tapi winter lari entah pergi mana. Well, luckily kitorang jumpa dekat dalam bilik, dia sembunyi dekat belakang almari baju. Since then, dalam seminggu dalam dua atau tiga kali kitorang lepaskan dia dari sangkar biar dia pergi mana dia nak sebab dia pergi tak jauh pun. 

Bila hidup berdua dah okay then kitorang tambah lagi dua ekor biar meriah tapi tak lama lepastu seekor mati kena gigit dengan kawan dia. 


Masa tu tak tahu mati sebab apa sebab bedding dia kering, tak ada darah. Tapi nak assume dia mati terjatuh agak menyimpang sebab badan dia ada kesan gigit. 


So I google lah apa punca winster hamster makan kawan sendiri tapi tak keluar pun. Then tak lama lepastu female winter lagi satu kena bunuh. But this time my sister nampak dia makan daging dan jilat darah female winter tu. 


So tu sebabnya tak ada langsung darah sebab yang bunuh tu jilat darah lol like a monster. Selama ni mati-mati ingatkan winter hamster ni vegetarian/herbivor rupanya tak. 

Seek help at Twitter and she explained yang hamster ni tak boleh duduk ramai-ramai dalam satu cage dan cage dia perlu besar. Salah rupanya fakta dekat Google sebab yang I jumpa, dia kata winter hamster suka duduk berkumpulan. That's why lah I beli banyak. Rupanya..... hmmm


Dia kata kalau hamster gigit sangkar, panjat sana sini maknanya dia stress dan taknak kongsi cage dengan hamster lain. Bila hamster stress dia akan bunuh hamster yang lain. Bedding dia pun kena tebal dan dia perlukan tempat untuk dia menyorok macam small hut. 

Sekarang ni tinggal lagi dua ekor winter hamster dalam cage. Kadang-kadang je bising gigit besi tapi kalau saling berbunuhan pun lantak lah, malas dah nak cara. Letak je bedding tebal tapi sudahnya diorang tendang sampai bersepah dekat lantai. Letak kucing dalam rumah ni pandai pulak behave. Duhhh

Galeri Kuala Lumpur

Saturday, 28 December 2019


Berjalan di Kuala Lumpur kalau tak singgah ke Galeri Kuala Lumpur ni memang tak lengkap lah perjalanan tu sebab dekat sini penuh dengan sejarah dan maklumat tentang Kuala Lumpur dari awal tertubuhnya bandaraya ni, tarikan Kuala Lumpur di zaman sekarang dan apa yang dirancang di masa hadapan nanti. 


Galeri Kuala Lumpur ni asalnya Pusat Percetakan Kerajaan Lama yang ditubuhkan pada tahun 1899 berukuran 30,000 kaki persegi yang mana menggantikan bangunan kerajaan di Taiping, Perak untuk cetak buku rasmi kerajaan, log urusan rasmi, dan tiket keretapi. 

Image result for printing office kl 1899

Rekaan bangunan ni dibina mengikut senibina Renaissance bila ada unsur-unsur seperti batu-bata yang sengaja dibiarkan terdedah, rekaan tingkap semi-circular dan binaan ni dikukuhkan lagi dengan besi. 

Tahun 1961 Menteri Buruh ambil bangunan ni kemudian tahun 1977 bangunan ni ditukar menjadi Metropolitan Postal Security Office. 9 tahun kemudian DBKL beli bangunan ni sebanyak RM3 juta dan renovate untuk jadikan bangunan ni sebuah perpustakaan awam dan juga sebagai pusat penyelidikan. 

Tahun 2016 baru dijadikan Galeri Kuala Lumpur macam yang you guys tengok sekarang ni. 


Sebelum masuk dalam bergambar dulu dekat I Love KL ni sebab masa tu tak ramai orang, cuaca pun just nice je. 






Bahagian depan dah sarat dengan pelbagai info. Paling besar dekat sini ialah peta lokasi Kuala Lumpur lah. Masuk sini percuma je dan dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sampai jam 6.30 petang. 

Ada banyak stage tau dekat dalam galeri ni. Untuk first stage -Memories Of Kuala Lumpur di tingkat bawah you guys boleh tengok sejarah penubuhan Kuala Lumpur dengan gambar-gambar lama dan juga ada video disediakan untuk yang lebih suka penerangan secara visual. 










Belah luar ada tandas untuk kegunaan pengunjung but what really catch my eyes ialah koleksi batik dekat luar. Cuma sayangnya dah banyak yang lusuh la but but but still pretty okay!






Naik ke tingkat atas, ada bahagian  untuk lihat bandaraya Kuala Lumpur dengan beberapa replika bangunan terkenal di Kuala Lumpur dan juga certain place untuk bergambar. 



Ni replika Little India yang penuh dengan tiang berwarna-warni di Bangsar, KL berhampiran Menara Bank Rakyat dan juga KL Sentral.



 Dekat replika bangunan Sultan Abdul Samad ni lighting cantik untuk bergambar  and since bahagian lantai ada karpet, you guys boleh duduk atau meniarap masa bergambar ikut kreativiti masing-masing. Ada tapak kaki sebagai tanda supaya bangunan ni nampak cantik dalam gambar. 


Kalau dekat luar ada I Love KL berwarna merah, dekat bahagian atas ni ada I Love KL berwarna hijau yang melambangkan projek hijau alam sekitar di bandaraya ni. 


Yang ni pula replika bandaraya Kuala Lumpur di masa akan datang bila Menara PNB, menara yang paling tinggi di Malaysia siap pada tahun hadapan. Tak sabar nak melawat nanti dan naik tingkat paling atas. (Padahal Menara KL pun belum sampai lagi)


Model mini pelari "Torch Runners" ni dicipta oleh Andrew Lee tapi tak tahu bersempena dengan apa tapi kalau you guys perasan dekat Kuala Lumpur memang banyak acara larian di hujung minggu. Makin lama makin ramai yang join setiap tahun. Dalam masa yang sama memeriahkan kempen #FitMalaysia dari kementerian.


Dekat tingkat atas ni ada bilik visual untuk para pengunjung tahu apa misi kerajaan untuk menaikkan Kuala Lumpur dari segi ekonomi, pusat pelancongan, prasarana, projek alam sekitar dan banyak lagi. Sambil layan video, sambil tengok replika bandar Kuala Lumpur dengan effect lampu di bahagian tepi. Video tu tak lama mana pun, around 5-10 minutes I guess.


Di sebelah tepi tangga ada bandaraya Kuala Lumpur dan juga dua tempat untuk bergambar.


Kalau manusia tak kreatif macam Iolls ni susah sikit la nak buat gaya walaupun ada contoh gaya terbaik bila bergambar dekat sayap KL ni. Staff dekat situ pun bagus kot tolong ajar macam mana nak ambil gambar bagi nampak cantik. 


Turun dari atas dan bergerak menuju ke bahagian lain, akan jumpa diorama model  kawasan Dataran Merdeka which some of them was made from glass tapi yang tak bestnya banyak lampu yang terbakar. 




Habis melawat semua bahagian, di penghujung nanti akan jumpa kedai cenderamata galeri ni. Ada pelbagai jenis cenderamata dijual di sini macam baju, scarf, potret, lukisan, fridge magnet, pinggan, keychain dan banyak lagi sampai ada yang mencecah ratusan ringgit so kena berhati-hati sikit lah terutama yang jenis clumsy tu. 













Dalam kedai cenderamata ni ada disediakan cafe untuk pengunjung berhenti rehat atau pekena kek di sini dengan harga rata-ratanya RM10 sepotong. Tak la mahal sangat sebab sepotong kek dekat bakery ataupun Secret Recipe pun RM7 ke atas. Durian Imperial Cake la mahal sikit dengan harga RM20 sebab dia guna durian Musang King.





So that's all for my short tour at Kuala Lumpur City Gallery. Kalau ada tarikan baru dekat galeri ni nanti, boleh la datang lagi.