Movie Review : The Vanished

Friday, 14 December 2018

Related image

Director : Lee Chang-hee
Writer : Lee Hi-Chan, Lee Chang-Hee
Cast : Kim Sang-kyung, Kim Kang-woo, Kim Hee-ae
Production Company :   Sidus Corporation, MCMC, Double & Joy Pictures
Distributor : Kidari Ent
Genre : Mystery/Thriller
Running Time : 101 minutes
Release Date : 7th March 2018
Trailer :


Diadaptasi dari movie Sepanyol The Body tahun 2012, The Vanished mengisahkan tentang kehilangan mayat Yoon Seol-hee (Kim Hee-ae), isteri kepada pensyarah kimia Park Jin-han (Kim Kang-woo) beberapa jam selepas proses autopsi di rumah mayat.

Kes ni diketuai oleh Detektif Woo Jung-sik (Kim Sang-kyung) yang emosi lepas kematian tunang dia. Bila dia tengok reaksi kosong Jin-han masa dapat tahu mayat isteri dia hilang, Jung-sik syak Jin-han ada perempuan simpanan. Makin kuat dia syak Jin-han yang bunuh isteri dia sendiri tapi persoalannya sekarang kenapa nak curi mayat?

Image result for the vanished 2018

Detektif Jung-sik and the team lagi sesak kepala nak fikir mana mayat Seol-hee hilang bila bos asyik call tanya minta update. Takkan nak bagi alasan mayat bangun sendiri walaupun security guard bagitau dia kena kacau malam tu? Tambah pula bila CCTV record kereta yang keluar masuk ke rumah mayat tu cuma kereta Jin-han dengan team detektif je. Lagi creepy bila ada kesan tapak kaki di terowong rahsia rumah mayat tu.

Bertambah sakit kepala bila Jin-han kata Seol-hee hidup lagi dan plan semua ni untuk bunuh perempuan simpanan dia, Hye-jin (Han Ji-an). Walaupun nampak macam tak boleh hadam teori Seol-hee hidup lagi tapi lepas Jin-han buka rahsia macam mana dia cuba bunuh Seol-hee, Jung-sik hantar polis ke rumah Hye-Jin tapi sayangnya rumah tu kosong tak berpenghuni.

Image result for the vanished 2018

Dari awal sampai habis cerita memang takkan penat otak berfungsi fikir segala macam kemungkinan jalan cerita movie ni unless you guys dah pernah tengok movie The Body lah. Director pandai simpan semua jawapan dekat hujung cerita. Plot twist dia memang jaw-dropped lah. Kalau ada yang perasan masa first half memang you guys pay attention lah.

Lakonan memasing memang nampak cantik onscreen nak pula bila berubah dari satu karakter kepada karakter yang lain. Kalau at first macam kesian dengan watak Seol-hee sebab dicurangi, perasaan kesian tu akan bertukar pula kepada Jin-han bila dia hidup dalam tekanan lepas berkahwin dengan Seol-hee. Lakonan Kim Kang-woo terbaik bila dia dominasi setiap scene dari suami yang terpaksa berlakon sedih bila isteri dia meninggal kepada suami yang hidup dalam cengkaman isteri manipulatif kepada watak penyayang kepada Hye-jin.

Image result for the vanished 2018

No wonder lah movie The Vanished ni masuk dalam senarai movie Korea wajib tonton tahun 2018 sebab jalan cerita yang menarik dengan lakonan mantap dari barisan pelakon. For a mystery thriller lovers, this one definitely for you guys.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.4/10

5 comments

  1. tak tgk lagi.. jalan cerita mcm mnenarik..

    ReplyDelete
  2. Suka cerita penyiasatan misteri begini. Jangan seram dah.

    ReplyDelete
  3. Memang best filem ini.. Terutama sekali twist di hujung cerita tu.. power..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.